Tuesday 30 December 2008

gadis kotor



dia gadis paling kotor pernah kau jumpa
ada pasir tersekat di kukunya
penuh lumpur hitam di paru-parunya
dia bernafaskan udara sampah
dia berumahkan sisa makanan semalam
dia kotor sekali

peluhnya hangit semerbak
memenuhi ruang kaki lima durjana itu
dakinya setebal konkrit itu
kulitnya kasar, jijik, penuh sisik
dia gadis kotor

kasihnya tidak pernah kesampaian
cintanya tidak pernah dihiraukan
dia tidak suci
dia dibenci
dia bukan indah di hati
dia bukan gadis impian jejaka
dia tidak mahu didamba lelaki
kaum adam yang terakhir sekalipun
tidak mahu dekat gadis ini

dia gadis kotor

lewat malam
dia menangis sendiri
bersoal pada tuhan
mengapa dirinya begini

satu hari yang lebih kotor
dia terlihat satu cahaya
datang ke arahnya
terlihat seorang wira
entah dari kayangan mana
menghulur tangan erat
disambutnya dengan nikmat

tangisan gadis kotor hari ini
bukan tangis hiba
tangis penuh ketawa
air mata kesyukuran dilimpah
khas buat penciptanya
kerana memberi ruang
mengunjur peluang

sang wira itu terus menggenggam tangan gadis itu seerat-eratnya

dia diselamatkan
sang perwira
diturunkan tuhan

sang perwira,
jangan lepaskan tanganmu
tetaplah disisi selalu

Monday 29 December 2008

bulan, jangan jatuh


kepada mereka yang mendamba sang rembulan. dambaan yang tidak bernoktah. ketahuilah bahawa kamu sangat setia.

bulan jangan jatuh

bulan, jangan jatuh ya
kalau kamu jatuh
siapa yang lantas mengambil kamu ke riba
mesti ramai pantas yang menyambut kamu
pasti bukan aku seorang saja
pasti mereka ambil kamu dari pandanganku
oleh itu janganlah jatuh bulan ku?

bulan, kamu tahu kenapa aku tak benarkan kau jatuh?
kalau kamu jatuh
sang pendamba lain yang merebut kamu
kalau kamu jatuh
insan lain yang miliki kamu
biar disitu ya bulan?
jangan lah jatuh
aku perlu lihat kamu di langit itu

kalau kamu jatuh
pasti aku tidak dapat menatap kamu

jangan jatuh ya
kekallah di situ
agar aku sentiasa dapat perhati kamu
di malam gelap gelita
di masa aku tidak mahu ketawa

jangan jatuh ya bulan?

Sunday 28 December 2008

shifting

salam
salam maal hijrah my fellow friends.. :)
hoping that this year's resolutions will come true, amin.

here's sumthing for my whole brand new year

to all my fellow muslims, my fellow friends. hijrah, is a powerful diction. it will never be too late to hijrah. let's do it :)

hijrahku

beralihlah kita
ke lembaran baru
dengan penuh takwa
dengan sujud tunduk
penuh kesyukuran

inginku berhijrah
ke lembah baru tiada dusta
tiada noda
mulakan hidup di situ
bebas aku mendambaMu tuhan
rela aku menyanjungmu tuhan

hijrah
bukan adat
bukan budaya
tidak disambut dengan kenduri kendara
bukan dimeriah dengan ledakan mercun

kedua belah tangan ku angkat
tanda kenikmatan alamMu ya tuhan
semoga hijrahku
ke arah cinta Mu


dear Allah SWt,
please save the people who has been in torture in this world
give them the best of life and free them from hunger and cruelty
may you free all their sins and make them live happier in this new year
may their life be blessed and ours too
may Islam stand strong with all the believers who try hard to not fail you
make us the best khalifah as possible
and show us the right path to your love
and bless your messenger, Nabi Muhammad SAW
i stand here, as humble as i could be
to witness your power and blessings
as I live for Islam
and i stand in it as long as i live.

amin, ya rabbal alamin.
salam tahun baru saudaraku

Wednesday 24 December 2008

we just don't fit in

salam
hey all
that day i went window shopping with two lovely friends, kak su and the bubbly shaz
while waiting for kak su (lambat! hehe :P) shaz, as bubbly as i remember were talking about soo many stuff that were really worth hearing. shaz is like 100% talker, and i am the 40% talker and 60% listener. ahaha :) and to my liking, the topic we talked about mmg happening. and we watched oprah (it's life ok?) and that's why i feel connected with shaz. mmg line penuh la. network bagus!

anyway, we were talking about how we just don't fit in. fit in what and where? huh, the so-called material life of course! i've been in five states in Malaysia, growing up is an adventure and truly i love the perak the most. it's like a pekan with a little bit of jams and a taste of local ppl and sub-urban view of ppl. it's not like where i am now.

i spend most of the time in public transports, vehicles, shoppping malls, instead of really cool places like they have in ipoh. ok, yeah i dun have a life. i dun go clubs, i dun go for parties, and my night life is at home. yes i dun have a life. so what? why should i have one when i am living in a true world, and i dun need parties and clubs to make me happy. i dun need to smell the cigar smoke stuck in my clothes to make me live life better. i dun need that.

and truly yes and yes, like shaz said, we dun fit in. we like..dun belong. right. as if we want to !
we dun buy designer stuff and we only shop at bundles and go for 70% sales only. bargain! as shaz would say. we dun spend money at starbucks or coffee bean or chilis or whatever. we eat at food court and buy cheap sushis at Isetan. we just dun have the money, the liking and the moood for urban lifestyle. we just dun dress like ppl wan to see and we just dun care. we dun like living in the material world where ppl see the shoes, the bags and the whatever. i dun wana be material.

(but if course i love to watch and stare at ppl's bag and nice shoes. hahaha :P)

as a whole, yes, we dun fit in, we truly dun.
and that's not a sin
and we noe, there are many ppl out there who feel the same. we are equal.
dun worry. getting a life is more than partying and stuff. it's more than having a perfect fit stilettos and cute guess bags.
it's more than u could ever imagine.
find ur life elsewhere, and i suggest u go back to religion to see it clearly.

islam is my way of life. i am still finding it there :)

i hope you'll gain something from somewhere too. wallahualam. amin.

buat mereka yang rasa tersisih, rasa tidak sempurna, rasa tidak kaya, dan rasa kehidupan kamu bosan. dalam ketidaksempurnaan itu ada indahnya. kerana kersempurnaan itu milik tuhan. percayalah, keindahan hidup bukan hanya pada kebendaan.

tempurung dan kataknya

hari ni aku ke gedung beli-belah
tak tahu kenapa
tiada makna
tiada arah
tiada tujuan
tiada wawasan

mungkin aku sengaja
mahu cuci mata
buka minda
luaskan telinga
bernafaskan pendingin hawa
menghidu wangian berjenama

aku lihat di sana
berebut tangan-tangan mencapai helaian baju
mencari saiz paling muat
mendamba warna paling hebat

aku lihat di sini
ada bintang rock
ada juga perempuan hangat
mendedah tubuh
lagak menggiurkan
persalinannya mesti beribu
kasutnya mesti koleksi terhad
rambutnya dari salun

aku lihat di situ
anak-anak muda berkeliaran
darah muda boleh ku hidu
bersama sepatu dan sarung kaki ketat
berwarna warni
aku lupa
itu fesyen terkini
aku kah yang tidak mengerti?

aku kah diantara mereka itu?
aku tidak duduk disitu
aku tidak bergelak di sana
aku tidak berebut di sini

aku punya cara aku tersendiri
untuk bergembira
aku punya kekuatan yang beda
dari mereka
aku punya minat yang lain
tidak sama

kalau orang tidak sampai ke ibu kota
dikatakan katak bawah tempurung

mereka yang di kota itulah katak berwarna-warni
di dalam tempurung penuh pembangunan
penuh budaya material
tempurung yang cukup sesak
tempurung yang susah untuk aku bernafas
tempurung yang kian lama kian hanyut
kian terbiasa dengan dusta
kian tergerak oleh hina

dan aku juga masuk ke tempurung itu
tempurung yang menikam tulang belakang
tempurung yang melalaikan
tempurung yang tiada jiwa

keluarkan aku dari tempurung ini!
aku tidak mahu disini!

Tuesday 23 December 2008

kawan kapal


buat sahabat dan teman; kalian mengindahkan hidup dan sanubari dan sentiasa bertakhta di hati. buat mereka yang rasa tiada berteman dan bersahabat, percayalah, di dalam keriuhan dan kesibukan itu, kawan tetap bersama.

dua puluh tiga tahun aku hidup

ramai juga kawan-kawan yang aku kumpulkan

dari empat keping tanah asing
perak, pulau pinang, kedah dan ibu kota

pelbagai jenis, pelbagai gaya


perjalanan hidup ini taklah seindah mana
tapi jadi hebat dengan kehadiran kawan
jadi berombak dengan adanya teman
jadi berbunga dengan ditemani sahabat
jadi bergolak dirungkai kawan

hari ini kawan aku ada

ada hari mereka tiada
tidak salahkan mereka
bukan salah mereka


bila mereka ada
aku gembira
bila mereka tiada
aku cuba bergembira
kerana aku tahu mereka tetap ada
tetap ada


kadang-kadang terfikir juga

yang mana satu antara teman yang bisa sentiasa bersama
berkongsi gelak jerit pekik semua
berkongsi kerepek sambil menyanyi lagu-lagu sheila on7
berkongsi jalan berkongsi meredah peperiksaan
berkongsi cerita jejaka panas, jejaka tampan

berkongsi cerita putus cinta dan menangis bersama
berkongsi dan berkongsi segala
teman itu aku tidak tahu siapa
tapi aku tahu
pasti ada antara mereka
pasti juga yang tiada
tak apalah, bukan aku ingin meminta-minta


teman,

walaupun ramai, walaupun jauh, entah kan lagi dekat
perkongsian ini jauh lebih indah
dari keseorangan
sampai aku pun tidak tahu
yang mana satu paling akrab denganku

yang aku tahu

kamu,
menemani aku

bersama aku
menyokong aku

menghargai aku

kawan,
aku pun
menemani kamu

bersama kamu
menyokong kamu
menghargai kamu

kalaupun kamu benci aku
aku tetap teman
kalaupun kamu tidak senang dengan aku

aku tetap kawan

teman, sahabat

terima kasih atas kemunculan
silalah muncul di depan mata selalu

:)


senyum
:)

i love you, friends :)

Saturday 20 December 2008

suara-suara aku dan kamu


siapa kata
kita kena ada depresi baru boleh berpuisi?

siapa yang kata
puisi itu untuk orang yang akalnya sedih dan sendiri?
siapa kata
orang baru putus cinta saja cekap berbait-bait,

mencakar kata, berpujangga
jiwa

aku tidak gelora kala ini

jiwa aku biasa saja

tapi aku layak berpuisi
layak bermain emosi

nah, ini aku tulis bukan puisi?


aku asik dengar orang kata

orang kata begitu

orang kata begini

asik asik itu

asik asik ini


kenapa aku selalu nak dengar yang orang kata?
kenapa tanak dengar apa yang aku kata?
apa, kata-kata aku itu tiada kah maknanya?

apa, fikiran aku ini, adakah bebal ?
adakah bodoh ?

adakah tak setanding ?


aku hidup berlandaskan
apa yang orang kata
memang perlu sebenarnya
aku
bukan hidup seorang saja

dunia ini bukan kepunyaan aku untuk bersandiwara

bukan milik aku,
bukan milik aku


tapi, aku masih ada suara aku
kalau aku tak dengar kata aku
suara aku
siapa lagi yang nak dengar

nanti merajuk pula dia

aku percaya pada suara itu

kerana suara itu milik aku


kamu juga harus percayakan suara kamu
kerana suara itu milik kamu

hanani,
201208
ampang

*ini first time aku entry-kan my puisi ini. ini sgt spontan. koleksi ku ada, nanti aku tulis di sini.

Wednesday 17 December 2008

addiction is fatal

salam
i am currently addicted to:

fynn jamal
yuna

1) fynn jamal is a poet cum singer. she's more to poetry. i've never seen her live, no chance. i have no idea of her background but i've read her blog and i've seen her in so many videos and youtube. and she is really amazing. an indie poet who really loves art, which is very obvious.

watch this. it's really great :)
Fynn Jamal : Puisi perempuan curang


2) yuna, on the other hand is an indie singer/songwriter who just launched an EP. tell u the truth all her songs were really great. never seen her live neither, but i have downloaded her songs and watched her on youtube. and to make my grin bigger, she wears hijab, which is very rare for indie girls, an inspiration. and besides, hijab or not, she IS very talented. that's what count most.

watch this, u should!
Yuna - rocket at her EP launch


salute to all the talented ppl in Malaysia. we really appreciate ur talent. pls dun be famous. i'd rather see u on youtbe :)

salam :D bye

primadona

salam

aku dh act dlm 4 buah drama kecil-kecilan di institut pengajian. cukup ke?
i noe it's never gona be enuf for me.
so how am i supposed to pursue my acting passion and learn more?
short courses? kurang ada and i wont be able to attend.
rasa2 mcm nk amik second deg on teater or just a diploma kat akademi seni kebangsaan.
or,
i cn ask to be an english lecturer there. and frm there i could start. bila i dh grad nanti. ya.
i akan mintak. kalu tak dapat i mintak lagi. kita tgk sejauh mana kecekalan diri i ni.
apa yg best sgt performing arts ni?
i duno. as far as i am concern, aku satisfy bila berdrama. ya. sungguh.
when i was on the stage playing oedipus, i felt so courages. i felt so handsome. gagah.
well..actually, it challenges myself. i noe i want to challenge myself. nk buktikan pd diri i yg i bleh buat.
proving to other ppl is hard enuf, but to myself is even harder.

bukan nak fame, atau poyo, atau semberono saja. bukan nk seronok2.
tp i cintakan penghayatan. i cintakan kehalusan. i cintakan satisfaction. yg gerenti.
i cinta arts

salam :)

Sunday 14 December 2008

nasihat abah

salam
entry hari ini dalam bahasa melayu.
atas alasan ; disengajakan. untuk menyedarkan semua orang yg pandai membaca bahasa melayu tentang kenyataan orang2 malaysia.

abah aku sudah lama tak balik rumah; why? sebab dia berada di bukit antarabangsa sejak sebelum subuh hari kejadian 14 banglo ranap tersebut. dia bgn pukul 4 pg. aku dn mama pun terbangun sekali (yelah, mrk tidur bersama kan?). aku malas nak tanya sebab masih mamai kala itu. aku dgr perbualan abah kat telefon "panggil semua anggota kejutkan semua orang. kejadian tanah runtuh besar-besaran kat bukit antarabangsa. kerah semua anggota yang ada. yg tidur kejutkan". kemudian aku tidur balik. subuh itu tak dgr suara abah kejut kami yg selalunya liat nk bgn solat.


untuk seminggu, aku tak nampak abah. hanya dgr suara kat telefon suruh tolong siram bunga, masukkan kereta, kunci pintu. itulah abah. abah ketua bahagian jenayah IPD Ampang. (rasanyalah). sebenarnya abah ada balik, tapi pukul 3 pagi, lepas subuh dh pergi balik. patutla aku tak jumpa abah. kesian abah tidurnya tak sampai 3 jam. hari pertama lagilah. abah kata dia tak tidur pun.

dh lepas seminggu, reda sikit abah dh ada at umah. tapi balik still lewat la. kesian gak. abah kata, benda ni bleh berlarutan 1-2 bulan.aduh..pening tu..

yg point sebenanrnya ; abah cerita mcm2. salah satu yang aku ingat, : Ada anggota RELA tolong angkat satu beg org kaya ni. pastu org kaya tu marah2. suruh letak balik beg tu. dia kata "jgn angkat yang itu. dalam tu duit aku banyak". pastu org kaya tu suruh angkat brg lain yg besar2 dan berat2. anggota RELA tu turut ja. tp ada yg blah gitu aja. apakah perkataan yg sesuai untuk org kaya ni , aku pun tatau. tp aku nk ckp la kan, org dah tolong, secara SUKARELA. tp,...... hm..korang sendirilah sambung ayat aku.

cerita lagi, abah kata bantuan mmg susah nk sampai. especially makanan. bila makanan tak sampai, ada yg bising. tp bila makanan smpai, diorang kata tak sedap dn tak penuhi selera diorg. abah cakap "bersukurlah tuhan tak jatuhkan tanah tu atas kamu". diorg tak sedar yg diorg baru je terlepas dr malapetaka yg dahsyat. if not they wouldn't be complaining so much.

abah kata diorang bising bila tentera lmbt buat jalan. jalan susah. menyusahkan diorang. apalah masalah mereka ni. aku pun tak tau

tp, aku tak rs diorng SEMUA mcm tu. masih ada yg sgt prihatin dn menghargai org2 mcm abah aku ni. kepada yg menghargai dn tak komplen, terima asih dr pihak anaknya ini. yg komplen, lu pikir lah sendiri.

last2 abah simpulkan cerita-cerita nya
"anak2 abah tak payah la jadi kaya. abah dh tgk sendiri bongkak dan hidung tinggi"

so, mesej dr entry ini?
bak kata nabil "lu pikirlah sindri"

salam.
al-fatihah buat mangsa

it always starts from somewhere

hey. my heart says this:
somewhere in my heart, i wanna continue writing my poetry which i stopped 3 years ago

somewhere in my pancreas, i wannaa join the stage art community and dream on, become a primadona in my own little humble world.

somewhere in my brain, i wana learn to perform, speak loud and clear in front of strangers.

somewhere, somewhere. will this go anywhere? will i just..stay there?

i duno. but somewhere sounds like a good start.
maybe i'll just take it
and give it a shot
at least, i am going somewhere
no matter where it might take me,
away.

Monday 8 December 2008

my sister and I and the chocolate factory

chocolate, anyone?

salam
bismillahirrahmanirrahim :)
hey, it's eid today and selamat hari raya qurban to all of you. since our raya is not that fun (like we used to celebrate in pendang), my sister and i filled the day by opening our very own mini tiny chocolate factory. our menu was:-

1) chocolate pralines with cashew nuts
2) chocolate pralines with almonds
3) chocolate pralines with mixed fruit

our very own three types of chocolate pralines

4) chocolate dipped marshmallows

marshmallow fever!

whee :) the fun part was, they turned out really great. my sister said we created a cool delicious mess in the kitchen. indeed we did :P
anyways, i hate eid in KL. nothing to do. no houses to go. and moreover, dad is busy with the bukit antarabangsa massive landslide and i had not seen him for 3 days already. since the landslide. because he had to be there 24 hours. condolence to the victims.

this is indeed our second project at home. the first project was cheesecake and i did not take any pictures because the next morning, it was gone already. fancy, many cheesecake fans in the house. alert! ngee. what will our next project be? tune in to find out. maybe the most delicious brownies. haha. baking, cooking and pasta-ing. fun fun!
u should try too, especially during this looonngggg semester break :P

salam ppl

Friday 5 December 2008

much ado about sooo many things :D

One fine day, I went to the gymnasium to ask for the packages that they offer. And before I went to the gymnasium, I was offered a makeover by MAC professional make up artist and my face turned out really great. Hu? I was walking at the center court KLCC and there was this red-she said promotion by MAC. I didn’t even look at what was going on and suddenly these girls (pretty and sexy) came to me and said that they want to do sumting to my face. I asked whether I have to pay or I have to buy their product if they make up my face but they said this is just for free. Anyways, they did promote some make up base or whatever but I told them I dun have money haha. And plus, the best part was I got a sample of a make up base. Very cool huh? For a person who doesn’t really believe in make up, I trust these pretty girls to make over me. Ahha. The result? Pretty, seductive looking Nani. Hehehe. Seductive meh? Aiyak. Anyway, it was such a shame I did not snap a picture becus I didn’t bring along my cybershot. Rugi betul. If not u guys could see another nani. Hehe.

Make up is an astonishing invention. It could change a person. Well, I prefer to not be changed by make up. I prefer myself :D thanks to my Almighty J

Btw, about the gymnasium. I think I have to forget about it because, it will cost me a lot, so let’s exercise the free, easy way :P

MAKEUP is not the most inspired thing ppl in this world invent. For me, the best creations by human being are these things. The list goes until number 10 accordingly. Meaning that, number 1 is the best la. So, if u dun agree, y dun u make ur own list ^_^.

10 best inventions by human beings.

10. The internet – I couldn’t blog and u ppl couldn’t read all my nerve-racking and ridiculous thoughts

9. The washing machine – with this I could really sleep well at night

8. The Electric Fan – don’t blame me, I sweat a lot

7. Schools – it’s good being a teacher, and it’s good to learn in schools :D

6. The Kampung Boy – I’m so proud of you Lat~!

5. EPL – it is a good topic to argue with your soccer-fan soulmate :D (And also an excuse to lepak in mamak stalls till late at nightJ- only if ur not a clubbing party animal la)

4. Flip flop – this is a life saver. U can even wear it with baju kurung!

3. Cinema – I’m crazy for movies and the cinema is the reason why producers keep on creating first-class movies for movie-buff like myself :P

2. Chocolate – the folk who invented this really got good taste

1. Harry Potter novels – JK Rowling, nothing beats your novels. Honestly, I have read so many novels and I only fell in love deeply with the wizard-ous folk! J

Do you have a list of your own?

salam

mi amor

Daisypath Anniversary tickers