Monday 28 February 2011

hari terakhir di bulan februari. mac datang esok.

di penghujung bulan februari, aku masih tak berubah. masih di tempat yang sama, perasaan yang sama, penuh dengan kepenatan dan kesedihan. esok Mac, semoga esok menjanjikan lebih keindahan.




;'( tak puas menangis lagi hari ni

tuhan beri saya kekuatan :'(

sesungguhnya waktu ni waktu yang paling aku lemah sangat-sangat.
waktu paling aku benci.
waktu paling sengsara.
waktu paling penat.
Ya Allah, beri aku kekuatan ;'(

Friday 25 February 2011

cinta

kan aku dah cakap hati aku kertas. tengok macam ni pun dah kesat ayaq mata :(
oh, please watch this. because saya nak kamu tahu :'(



:'(

kisah hati, yang terlewat, dan hidup seorang yang mengambil berat tentang orang sekelilingnya.

hari ni aku banyak sangat tulis entry. banyak sangat. sebab hari ni je aku free. dah lama pendam semua ni..dah lama nak menulis tapi masa memang cemburu. kan?
ada budak yang dah buat aku nangis tahun ni. bukan nangis sikit-sikit okey, nangis besungguh. sampai terpaksa ditenangkan orang, and yang paling kesian si dia yang terpaksa melayan aku.
kadang-kadang bila tengah bengang, emosi serabut pastu letih pulak, rasa macam nak marah je sape-sape. so terhamburla benda yang tak best dan menyebabkan orang terasa. kalau orang yang terasa tu memahami takpe. tapi kalau budak-budak yang selalu gelak ketawa ngan kita yang tak faham sangat erti hidup ni macam mana kita nak handle? :'(
masih bersabar, dan aku percaya one day, things will be back to normal.
(tapi aku tak tau cemane nak wat jadi normal balik)
am i taking things way seriously?
nahh.

aku tak tau la aku ni suka sakitkan hati orang ke ape ke tapi kalau orang yang sakit hati dengan aku sedang membaca ni. aku mintak maaf sangat-sangat. aku orang yang susah kawal perasaan.

Pernah tak korang rancang hidup baik-baik, atur langkah kemas-kemas…
Tapi, tiba-tiba, sesuatu yang tak diduga berlaku.
Dan dalam sekelip mata, ada yang berubah.
Langkah dah tak berapa sekata. Pincang sana-sini.
Yang terancang dh jadi cacamarba.
Pernah tak?

Dan bila sesuatu yang tak terjangka tu berlaku,
Kita macam fikir semula. Kenapa tuhan temukan aku dengan perkara di luar jangkaan itu?

Adakah tuhan mahu uji aku?
Adakah tuhan mahu berterus terang bahawa aku ini tak cukup mengaminkan doa kepadaNya?
:’(

Dan bila tersedar dari lamunan dan kepincangan, aku yang maha goyah ini terguris, teruntun, terluka, tercalar hatinya.
Dan akhirnya membinasakan.
Lagu memang boleh baca jiwa aku.

Suratan atau kebetulan (Kenny Remy Martin)

Sesuatu, yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

p/s 
Maafkan aku sebab ada hati dan perasaan L
yang sering melukakan
yang sering terluka
yang sering menyakitkan
yang sering disakiti

angkat diri sendiri. masuk dalam lubang hitam. duduk diam-diam. biar tak ada siapa nampak aku. biar sempit. biar gelap. aku susah nak bersekongkol dengan perasaan sekarang. perasaan yang tak terkawal memakan diri aku sampai lokek. ngokngek punya hati :'( macam kertas.

saya masih milik awak, dengan penuh kesetiaan ;')


encik mat. If you read this. this is for you.


Faithfully by Journey
Highway run into the midnight sun
Wheels go round and round
You're on my mind
Restless hearts sleep alone tonight
Sending all my love along the wire
They say that the road
ain't no place to start a family
Right down the line it's been you and me
And loving a music man
ain't always what it's supposed to be

Girl
you stand by me
I'm forever yours
faithfully
Circus life under the big top world
We all need the clowns to make us laugh
Through space and time
Always another show
Wondering where I am lost without you
And being apart ain't easy on this love affair 
Two strangers learn to fall in love again
I get the joy of rediscovering you

Oh girl
you stand by me
I'm forever yours
faithfully
Oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh
oh oh oh oh oh oh
faithfully
I'm still yours
I'm forever yours
Ever yours
faithfully 


p/s ingat ye kamu? saya masih milik kamu dan berdiri di samping kamu, catching your fears, laughing at your jokes, put up a fight with you. I am forever yours.. ;')



soon, my dear :')

"birds fly over the rainbow, so why can't I?"



when I watch this, I think of you, the whole lot of you, you and you.
Yes, you out there.
who made all the rainbows look stunning.
who made the sun shines through me.
who made it all happened.
who will always be, by my side, no matter what.
who was ever, by my side, picking up those tears.
who smile just to make me smile back.
who said sorry and thanks.
who bought me cakes and chocolates.
you'll always be a part of me.

life have things to offer. the bad. the pretty.
i take both seriously.

gleeks : tak boleh melawan perasaan ini - translated




Can't Fight This Feeling lyrics
Songwriters: Cronin, Kevin Patrick Jr;

I can't fight this feeling any longer
And yet I'm still afraid to let it flow
What started out as friendship has grown stronger
I only wish I had the strength to let it show

And even as I wander I'm keeping you in sight
You're a candle in the window on a cold dark winters night
And I'm getting closer than I ever thought I might

And I can't fight this feeling anymore
I've forgotten what I started fighting for
It's time to bring this ship into the shore
And throw away the oars
Baby, I can't fight this feeling anymore

My life has been such a whirlwind since I saw you
I've been running round in circles in my mind
And it always seems that I'm following you, girl
'Cause you take me to the places that alone I'd never find

And even as I wander I'm keeping you in sight
You're a candle in the window on a cold dark winters night
And I'm getting closer than I ever thought I might

And I can't fight this feeling anymore
I've forgotten what I started fighting for
It's time to bring this ship into the shore
And throw away the oars forever

'Cause I can't fight this feeling anymore
I've forgotten what I started fighting for
Even if I have to crawl upon the floor
Come crushing through your door
Baby, I can't fight this feeling anymore

Monday 21 February 2011

life should be about so many happy things and sadness will make you stronger and wiser, you'll be okay.

orang dah perasan yang Nani ada kat sekolah dari pagi ke petang. pagi latihan olahraga sampai rehat, class macam biasa, kelas petang until 4, balik rumah, sembang kejap, terlajak tidur sampai 5.30, solat asar dan ke padang semula untuk latih olahraga. beban? bukan. ini NIKMAT Tuhan, wahai kawan-kawan. Nikmat yang mungkin Tuhan tarik balik bila kita dah sakit nanti. Nani percaya. selagi kita ada kudrat, selagi orang perlukan kita, selagi itulah Nani kena redha dan berbakti dengan apa yang ditugaskan untuk Nani.
Lagipun, tau tak? Nani enjoy latih olahraga sebab bila Awa lepas ketinggian lompat tinggi yang kami target, hati rasa berbunga sangat. Nani sangat enjoy latih budak-budak dari merentas desa sampai boleh ke peringkat negeri and dapat pingat, and bila tengok diorang kejang-kejang otot sakit-sakit bengkak betis sebak je rasa sebab suruh diorang training kuat-kuat. Tapi Nani kasi yoko-yoko terus muka diorang excited macam tak pernah guna. "Teacher, nak yoko-yoko, sejukkkkk". Lepas habis training kene hantar certain budak balik sebab diorang takde transport balik umah yang jauh tu.

Nani enjoy sangat :') I love my job
especially bila diorang pulun and bersungguh-sungguh kat stadium bulan depan
;')
<3

Sunday 20 February 2011

menurut kata Dr. Fadzilah Kamsah

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik. ----> aku mmg aktif. tak dinafikan
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.---> true
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.----> haha. tatau? :P
  • Punya daya mental yang sangat kuat. ----> aku mmg bijak. ada beran lawan sudoku?
  • Suka diberi perhatian. -----> yang ni paling kene dengan aku. aishhh
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ). -----> hihihi. mcm betul
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. -----> aku suke dgr masalah org je
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut. -----> aku bleh pegang katak, lipas dn ulor. berani la kan?
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. ----> hahaha. lawak
  • Emosi cepat terusik. ---->so true.
  • Cuba kawal perasaan. ----> susah sikit yg ni. tak betui
  • Kecenderungan bersifat pendendam. ----->oh tidak. sangat tipu yang ni
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. -----> benarrrr
  • Kuat daya ingatan. -------> bohong
  • Gerak hati yang sangat kuat.------> bleh baca pikiran org. ala-ala edward cullen
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. ----> tanya la sesape yang kene motivasi ngan aku. boleh kut ek?
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.-----> ark, takut!
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu ------->100% benar.
so, what's yours?

kesempitan dan kekurangan

di kala kesempitan dan kekurangan. apa yang sempit? apa yang kurang? masa untuk diri sendiri. untuk rehat. untuk tidur. untuk menguruskan pakaian. lipat baju. basuh baju. makan. gelak ketawa. semuanya dah macam berlalu lama dulu.
macam biasa la awal tahun camni, blog nani mesti ade cerita olahraga, cerita muka jadi hitam legam, cerita perut tak kenyang, cerita jerit-jerit sampai pecah suara sorak kat stadium. tak menang tangan lagi tahun ni. perkara yang sama. cuma yang beza, ni 2011.
selagi aku masih disini, selagi itu aku akan cerita pasal olahraga :) tapi aku dah selesa di sini. aku bahagia :)

bahagia, tau? ;')

Monday 14 February 2011

akhirnya aku temui kegunaan webcam.

1. untuk betui tudung.
2. untuk perasan diri mcm kurus.
3. untuk meningkatkan keyakinan diri.
tak percaya? cubalah :P









tudia tayang muka satu donia boleh tengok.
cam harem sket.
kusut gile hari ni.
layankan je la aku ek korang?

Sunday 13 February 2011

bukan kita tak boleh, tapi kita yang tak nak.

kadang-kadang kita sebenarnya boleh je halang sesuatu yang teruk berlaku dalam hidup kita ni. tapi, ikutkan hati dan perasaan seronok kita tu, kita yang tanak halang, kan? sepatutnya kita kukuhkan iman kita, siap sedia hadapi apa-apa. kita perlu tepis apa yang boleh membawa kita ke arah yang negatif. kita boleh sebenarnya.

tapi kenapa kita memilih untuk biarkan saja ia berlaku?
kenapa kita tak fikir?
kenapa kita biarkan diri kita ni terjerumus ke arah yang kita sendiri kutuk bila orang lain buat?

alasannya?
kita manusia, ada hati ada perasaan ---> boleh pakai ke?
hmm. saya rasa bukan sebab tu. kita sendiri yang tak dapat kawal perasaan kita tu kan? kan?
bukan lahhh. kita manusia, kita mana tau ape nak jadi.
kita terima sinar mentari.
dan sinar mentari tu bukan ke sesuatu yang elok?
:) buat kita gembira sgt2

saya sekarang tengah mengumpul perasaan tu banyak-banyak.
ade la dua beg plastik ni.
nak buang kat pantai tanjung rhu jap.
baling~~~~~~~~ jauh-jauh.
jatuh tengah laut.
hilang.


:')
Tuhan itu memberi peluang, setahu saya lah :')
pahit tu kita kena telan sebab pahit tu ubat. lepas telan pahit tu bleh makan aiskrim yang manis sebab dah sembuh :P
Thank you so much for being so wonderful ;')

pernah tak rasa macam mana jantung terhenti?

malam ni jantung saya terhenti.
dan saya rasa sakit yang teramat-amat sangat.

Saturday 12 February 2011

have a little faith in me and give me hope


kadang-kadang Nani rasa Nani nak balik ke masa dulu, bila Nani masih kecik, sebab Nani nak start balik hidup Nani ni. Oklah, Nani nak balik ke masa Nani belum mula melakukan kesilapan. Nani dah banyak silap, banyak yang Nani dah buat orang tak approve, orang judge.
Masa Nani mula couple dengan Mat dulu, ramai yang terkejut. Ramai yang persoalkan niat sebenar Nani. Ramai yang tak berapa puas hati - Nani rasa la. (mengikut firasat hati sendiri). Sebab ape? Sebab Mat dengan Nani macam jauh panggang dari api. Mat seorang yang sangat baik. Pandai. Sopan. Macam-macam yang baik ada pada Mat, pendek kata, Mat berhak dapat perempuan yang setara dengan dia, baik, sopan, good girl, pandai, bijak and so whatever. Tak ke jauh bezanya Nani dari Mat? Nani ni macam girl yang suka buat trouble waktu sekolah ke waktu bebila pun lah. Nani kasar, tak sopan, gedik, huha sana sini. Memang tak sesuai ngan dia. Tu yang masa kitorang couple sume orang yang kenali kami sama-sama macam terkejut. Terkejut kenapa Mat bersama seorang bernama Nani. Kalau tak sume pun, adelah. Mesti orang assume Nani yang ngorat Mat dulu dengan kegedikan yang Nani ada, lalu Mat pun terima Nani. Ramai orang rasa Nani ni terrible. Sampaikan after Nani dah couple ngan Mat pun ada orang cite kat Mat perangai Nani.

Susah nak orang percayakan kita. Ramai orang sayangkan Mat, Nani tau.
Dan ramai yang nak tengok dia bahagia dengan gadis impian dia.
Dalam otak ramai orang jugak, Nani bukanlah menepati status impian tu.
keyakinan saya menurun sejak itu.
turun, dan turun.
macam turun tangga.

boleh tak saya balik ke masa lalu dan betulkan semua kegedikan saya?

have a little faith in me, kawan-kawan.
amanahkan kepercayaan awak kepada saya.
saya tak yakin yang awak-awak semua merestui saya :(


p/s - saya akan cuba jadi yang terbaik, walaupun awak-awak semua tak yakin dengan saya.

sometimes i wish i wouldn't meet the person(s) I've met.
it would be much easier.
but I can't because then I wouldn't learn the sweetness of flaws :(
translated:
kadang-kadang saya harap saya tak berjumpa dengan orang(-orang) yang saya kenal.
lebih senang bukan? tapi tak boleh.
sebab kalau tak saya tak dapat belajar manisnya kesilapan :(

Friday 11 February 2011

aku yang suka melompat macam kera eh silap, kanggaroo.

seriusly bila g mana-mana akulah yang akan suggestkan gambar melompat sebab biasala kan orang jaguh lompat tinggi dia memang gian sikit nak melompat especially bila ada kamera. haha. ada banyak actually gambar lompat aku tp ni je yang dapat aku kumpulkan setakat ni.

 hampir melompat di pulau redang

 di bukit jalil, after sue's housewarming yang pertama

Krabi, Thailand, spot me.

 Pulau Tuba, Langkawi


Kawah Putih, Ciwidey, Bandung

sampai kat oversea tu aku lompat melompat ni. takde orang nak wat blog contest gambo lompat ke weiii :P
anyway, kalo nak ajak aku amik gambo lompat-lompat jangan segan-segan coz i will always have the mood untuk melompat. hahaks :P

an unusual character and the most embarrassing moment in your life.

Semalam aku ajar cemana nak buat essays kat bebudak kelas form 5 aku. seronok sebenanrnye bila bincang cemana nak buat essay ngan diorang ni tau. macam-macam la yang kuar dari kepala hotak diorang ni. so i just did the outline, diorang pun contribute idea. aku rasa mcm kelas semalam kelas paling best dalam aku mengajor stakat ni.
aku kasi la tajuk "the most embarrassing moment in my life". last-last kami come out dengan ni :-
terlupa pakai seluar hari tu, pegi sekolah dengan selamba tanpa rasa besalah, kawan-kawan sume senyum kat kita, pastu cikgu disiplin panggil dan suruh tengok cermin akhirnya termalu lah sendiri -ingat sampai mati.
agak-agak pemeriksa ketawa terbahak-bahak tak kalo bebudak tulis cite camtu? :P hahahaha
pastu another one is 'An Unusual Character' ataupun 'Seorang yang Luar Biasa'. yang ni kami tak sempat sangat nak bincang coz masa tak mangizinkan. pastu tetiba ade la sorang mamat ni cakap - "Nak tulis pasal teacher lah, sebab saya rasa teacher Nani ni seorang karakter luar biasa". waaahhhhhh. betapa aku rasa nak terjatuh waktu tu jugak. aku? luar biasa kat mata depa? haruslah. perangai pelik kot? ntah-ntah negatif punye luar biasa. hahahaha. dah la depa kata aku ni gelak macam budak tingkatan 5. tak macam cikgu. garang pun tak. bila aku tanye kenapa aku tak nampak garang sebab perangai aku cam budak-budak. adakah aku tidak matang? oh no. hampes! aku nak kawen dh ni tau?TAU?

ps dahla bebudak kelas tu setuju (satu kelas tau) yang muka aku macam sheera halimah jongang. setiap kali aku masuk kelas depa nyanyi halimah jongang, aku cek gigi aku pastu depa bantai gelak kuat-kuat. hampeh. cute la korang ni!

ps; entri syok sendiri nih. suka hati aku la kan :)

Wednesday 9 February 2011

hidup ini indah tapi kita kene usaha cari yang indah tu, kalau duduk saje memang tak dapat lah

seronok bila kita ada kawan yang sentiasa memberi semangat untuk kita teruskan hari-hari kita yang pedih dan parah tu. seronok bila ade orang sayang kan kita, senyum bila nampak kita, bersinar muka dia bila becakap ngan kita. seronok bila apa yang kita buat semua menjadi, siap, lengkap, cantik ngnan kemas. seronok bila orang puji kita, sebut nama kita, gelak ketawa dengan lawak kita.
hidup ni seronok









yang ni sume memang kawan sampai mati ;')

jadi ape pun susah kalau ko tak suka benda tu

salam. hari ni berlalu macam biasa je bagi aku, banyak benda yang aku buat hari ni sampai aku lupa yang anak kelas aku bapaknya meninggal. semalam sorang budak yang aku ajar bapaknye meninggal jugak. yang ni tragis sebab meninggal tengah laut masa memukat. suami isteri. kesian isterinya lihat suaminye pergi atas bot tu jugak. si isteri nye tak tau nak handle enjin, si dia kayuh bot tu guna menatang kayuh tu walaupun diorang duk jauh tengah laut sampaila ke darat. gila sadis tak sadis kan cite ni. hancur luluh gak la dengar berita camni. so dua orang students yang bersama-sama aku kehilangan ayah.

aku tak dapat bayang kalau aku hilang abah aku. walaupun aku ngan abah takde la rapat sangat, aku sangat bergantung harap ngan dia. kalau aku nak beli kete tanye dia. kalau nak amik aku kat lrt abahlah. hubungan kami misterius tapi penuh makna. memang tak boleh bayang beb.

hari ni jugak aku kene dengar luahan hati anak kelas aku, nak benti belajar sebab takde masa nak buat keje sekolah setelah seharian bekerja. bangun 4 pagi, habis keje 12 tengah malam. tak ke naya tu? bila aku suruh dia jangan keje lagi dia kata makciknya tak kasi. last-last aku tanya dia, 'habis, takkan awak nak jual mihun sup seumur hidup?takde sijil spm. takde ilmu. awak tau tak satu hari nanti makcik pakcik awak tu akan takde. awak still nk jual mihun sup diorang lagi ke?". angguk je dia tunduk.

arghhh. aku tak reti hokei nak nasihat orang. tak bertauliah. aku suruh dia cari cikgu kaunseling. boleh tak?
sian dia. ngantuk dalam kelas, homework tak siap. aku tak marah ponnn :(

hidup sorang teacher ---> sendiri pun serabut bagai nak gila pandai pulak nasihat orang.
ngok ngek. ahaks (",)

Tuesday 8 February 2011

suatu pernah

suatu pernah by fynn jamal


habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.



~~ what can i say kak fynn? it blew me away. awak memang bijak gila


ps. i.feel.like.this.at.the.moment.it.sucks.

pungkok hang


"hingaq ah cikgu ni. dah a pungkoq besaq!"

saja aku makan banyok nak bagi pungkoq aku besaq so that aku leh tolak hang ngan pungkok aku masuk lam longkang sebab hang malaih nak smayang zohoq lepas skolah. aku memang hingaq macam gaban hang baru tau ka? hahahahaha.

ps: hari ni aku jaga solat kat skolah. mulut aku hingaq dan celupaq.

Monday 7 February 2011

kenapa time serabut macam ni aku ada banyak idea nak tulis blog tapi time free takde keje aku tak tulis langsung?



"isn't there a spell to stop crying?"
- bewitched

if you are stressed just smile to yourself, comb your hair, buy yourself an ice cream and laugh out loud.

stressed out?
cuba ni. sikat rambut lama-lama. tengok cermin. sms kawan-kawan tny khabar. luah perasaan kat blog. bukak youtube layan lagu rock kapak.

baca quran.
doa.
solat khusyuk2.
pilih seorang untuk awak muntahkan sume rasa awak tu.

kol mak.
sembang ngan housemate.
beli kasut adidas.
bawak student gi kedai kasut, belikan depa kasut sukan power bata punye sebab depa takde duit.
sukan nak start dah, kesian tengok diorang pakai kasut sekolah latih olahraga.

motivasi untuk hari seterusnya? takde? cari.
aku cari dalam orang-orang di sekolah. pada kawan-kawan. anak murid aku. sembang ngan diorang bagai nak rak. cerita kat diorang macam mana korang fly zaman asrama dulu. aku datang sekolah sebab nak tengok budak ni and budak tu. budak-budak atlit aku. rakan sekerja aku yang masuk satu kepala.

masih stress?
tidur lama-lama sure hilang.
takpun main badminton 6 game straight. peluh macam jus.

stress lagi?
cube semua benda ni esok :D

Sunday 6 February 2011

Life, unexpected


'don't go fix the relationship if it turns bad. fix your SELF first' 
- Life, Unexpected

translated;
'Tak perlu memperbaik hubungan itu jika timbul kekacauan, perbaik diri sendiri dahulu'

nescaya, akan terhasil.
amin.






ps ; baju belah mat masih belum hantar ke tailor urgghhh

I'm a little fat pathetic girl in a tiny beautiful world.


translate.
saya seorang gadis kasihan gemuk kecil di dunia kecil yang sungguh indah.

urgh.
apa dah jadi dengan saya ya? saya selalu susah untuk mengawal emosi saya. saya terlalu ikutkan hati. ikutkan hati mati. saya selalu tak pikir baik-baik pasal tindakan saya. saya rasa teruk sangat sekarang!

apa yang saya nak sekarang?
boleh tak saya nak beberapa perkara walaupun saya dah buat banyak salah?
boleh kan?

1. perkahwinan yang diberkati. kepada siapa-siapa yang membaca, kalau dimasukkan dalam doa awak, Tuhan lindungi awak.
2. kawan-kawan yang sentiasa bersama saya, melindungi saya dari kejahatan, mengingatkan saya tentang yang baik buruk. Percayalah, Tuhan cipta kawan ada sebab. anugerah terindah yang saya pernah dapat. selain dari keluarga saya dan Mat :)
3. emosi yang terkawal. sy perlu cipta remote control dalam diri saya. saya perlu sentiasa ingat di mana saya berdiri. siapa yang saya ada, apa yang saya perlu hargai, status pertunangan saya, dan masa depan saya.
4. saya perlu berhenti untuk menjadi seorang yang negatif. saya perlu happy selalu, saya perlu gembira dengan pekerjaan saya, kehidupan saya. i have to live life to the fullest.
5. saya nak jadi hamba Allah yang solehah. saya nak jadi baik.

Tuhan ciptakan manusia lengkap. tapi tiada yang sempurna.
saya berdoa supaya tuhan ampunkan dosa-dosa saya,
dan menjadikan sy isteri yang baik, isteri yang solehah, yang sentiasa menyayangi suami saya (bakal) dan tidak lupa tanggungjawab saya.

terima kasih sangat-sangat, awak ;')

Friday 4 February 2011

stronger than ever

111 days exactly. although things seems a bit messy, we're still standing strong. Ya Allah, permudahkan segala urusan, rungkaikan segala kebuntuan.

:)
nani dan mat mmg macho!

gadis jenis ape aku ni? :(


salam
korang pernah tak rasa diri korang lebih teruk dari loser?
kadang-kadang aku terpikir gadis jenis apa aku ini.
mencintai tapi tidak mungkin memiliki.
perlukan perhatian.
mudah memberi.
mudah menerima.
terang-terang depan mata bahawa semua yang dicanangkan dan dipersembahkan depan aku itu dusta,
tapi aku tetap buta.
telah bersuluh bahawa apa yang aku usahakan itu tidak mungkin berjaya,
tapi aku keras kepala.
telah terlihat semua jelas yang aku tak akan dapat megubah apa yang sedia ada,
namun aku tetap alpa.

gadis jenis apa aku ini?
terlalu murah
terlalu mudah
akhirnya

dibenci.

gadis jenis apa aku ini?
aku bukan istimewa.
aku bukan yang indah.
kamu mesti tak mahu kenal aku.

:'(

because I'm a girl, to whom LOVE is everything :'(
kerana aku hanya seorang gadis, dan aku hanya ada CINTA ;'(




for heaven's sake
this entry is not issued to anyone
cuma pemikiran aku sewaktu kala dulu
i'm okay
and getting married in 4 months.
yippie!

Tuesday 1 February 2011

gedik gaban

kadang-kadang susah nak please-kan hati sume orang. kalau aku ada remote control untuk ubah pemikiran orang aku memang hidup happy tanpa spekulasi. siapalah boleh cipta remote control yang berfungsi macam ni:
1) switch pemikiran negatif dia terhadap kita bila kita melakukan sesuatu yang misterius dengan niat yang baik
2) swtich pemikiran orang sama dengan kita supaya dia tahu ape sebenarnye yang kita lakukan, supaya dia tak perlu canang kat orang yang si polan macam aku ni kan...kan,, teruk sungguh, dia kan.... serius lah wei. orang tak pikir apa yang kita pkir. kita takde kuasa pun nak tukar pemikiran dia kan? sila lah cipta alat tu.


kalau semua orang pikir positif aje takde lah istilah sakit hati kan?

nani


tetap maintain macho.

help me

tolong saya. kadang-kadang nani rasa nani di ambang kemusnahan. nani rasa nani malas nak turun training bebudak petang-petang. nani dah jadi ngok ngek sebab nani banyak sangat komitmen. tapi kadang-kadang nani rasa nani suka buat keje-keje tu. especially bila petang-petang nani turun train bebudak nampak diorang pakai kasut sports. dulu pakai kasut sekolah je training. sian. takde duit nk beli kasut. kenapa nani merepek? nani ngok ngek sebab japgi nani ada mesyuarat. petang nani training olahraga lagi. nani tak tau la ape jadi ngan nani sekarang. nani dah macam kusut masai. pastu nani dh takde masa tido petang. nani kadang-kadang tak tukar bj dari pagi sebab nani ajar pj, petang terus turun dengan baju yang sama jugak. nani dah miss 2 appointment dengan dentist sebab nani takde masa.

nani dah nak naik gila
tapi nani tetap maintain macho.

boleh kan?

nani

mi amor

Daisypath Anniversary tickers