Monday, 29 December 2008
bulan, jangan jatuh
kepada mereka yang mendamba sang rembulan. dambaan yang tidak bernoktah. ketahuilah bahawa kamu sangat setia.
bulan jangan jatuh
bulan, jangan jatuh ya
kalau kamu jatuh
siapa yang lantas mengambil kamu ke riba
mesti ramai pantas yang menyambut kamu
pasti bukan aku seorang saja
pasti mereka ambil kamu dari pandanganku
oleh itu janganlah jatuh bulan ku?
bulan, kamu tahu kenapa aku tak benarkan kau jatuh?
kalau kamu jatuh
sang pendamba lain yang merebut kamu
kalau kamu jatuh
insan lain yang miliki kamu
biar disitu ya bulan?
jangan lah jatuh
aku perlu lihat kamu di langit itu
kalau kamu jatuh
pasti aku tidak dapat menatap kamu
jangan jatuh ya
kekallah di situ
agar aku sentiasa dapat perhati kamu
di malam gelap gelita
di masa aku tidak mahu ketawa
jangan jatuh ya bulan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
oh kakak suka sekali!
ooh :) makasih ya kak :P
Post a Comment