Tuesday, 23 December 2008
kawan kapal
buat sahabat dan teman; kalian mengindahkan hidup dan sanubari dan sentiasa bertakhta di hati. buat mereka yang rasa tiada berteman dan bersahabat, percayalah, di dalam keriuhan dan kesibukan itu, kawan tetap bersama.
dua puluh tiga tahun aku hidup
ramai juga kawan-kawan yang aku kumpulkan
dari empat keping tanah asing
perak, pulau pinang, kedah dan ibu kota
pelbagai jenis, pelbagai gaya
perjalanan hidup ini taklah seindah mana
tapi jadi hebat dengan kehadiran kawan
jadi berombak dengan adanya teman
jadi berbunga dengan ditemani sahabat
jadi bergolak dirungkai kawan
hari ini kawan aku ada
ada hari mereka tiada
tidak salahkan mereka
bukan salah mereka
bila mereka ada aku gembira
bila mereka tiada aku cuba bergembira
kerana aku tahu mereka tetap ada
tetap ada
kadang-kadang terfikir juga
yang mana satu antara teman yang bisa sentiasa bersama
berkongsi gelak jerit pekik semua
berkongsi kerepek sambil menyanyi lagu-lagu sheila on7
berkongsi jalan berkongsi meredah peperiksaan
berkongsi cerita jejaka panas, jejaka tampan
berkongsi cerita putus cinta dan menangis bersama
berkongsi dan berkongsi segala
teman itu aku tidak tahu siapa
tapi aku tahu pasti ada antara mereka
pasti juga yang tiada
tak apalah, bukan aku ingin meminta-minta
teman,
walaupun ramai, walaupun jauh, entah kan lagi dekat
perkongsian ini jauh lebih indah dari keseorangan
sampai aku pun tidak tahu
yang mana satu paling akrab denganku
yang aku tahu
kamu,
menemani aku
bersama aku
menyokong aku
menghargai aku
kawan,
aku pun
menemani kamu
bersama kamu
menyokong kamu
menghargai kamu
kalaupun kamu benci aku
aku tetap teman
kalaupun kamu tidak senang dengan aku
aku tetap kawan
teman, sahabat
terima kasih atas kemunculan
silalah muncul di depan mata selalu
:)
senyum
:)
i love you, friends :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cewah..dok asik berpuisi lak
skrg ni....
best kan jiwa penuh seni ni....
ngee :P
inspirasi fynn jamal :)
Post a Comment