Saturday, 20 December 2008
suara-suara aku dan kamu
siapa kata
kita kena ada depresi baru boleh berpuisi?
siapa yang kata
puisi itu untuk orang yang akalnya sedih dan sendiri?
siapa kata
orang baru putus cinta saja cekap berbait-bait,
mencakar kata, berpujangga jiwa
aku tidak gelora kala ini
jiwa aku biasa saja
tapi aku layak berpuisi
layak bermain emosi
nah, ini aku tulis bukan puisi?
aku asik dengar orang kata
orang kata begitu
orang kata begini
asik asik itu
asik asik ini
kenapa aku selalu nak dengar yang orang kata?
kenapa tanak dengar apa yang aku kata?
apa, kata-kata aku itu tiada kah maknanya?
apa, fikiran aku ini, adakah bebal ?
adakah bodoh ?
adakah tak setanding ?
aku hidup berlandaskan apa yang orang kata
memang perlu sebenarnya
aku
bukan hidup seorang saja
dunia ini bukan kepunyaan aku untuk bersandiwara
bukan milik aku,
bukan milik aku
tapi, aku masih ada suara aku
kalau aku tak dengar kata aku
suara aku
siapa lagi yang nak dengar
nanti merajuk pula dia
aku percaya pada suara itu
kerana suara itu milik aku
kamu juga harus percayakan suara kamu
kerana suara itu milik kamu
hanani,
201208
ampang
*ini first time aku entry-kan my puisi ini. ini sgt spontan. koleksi ku ada, nanti aku tulis di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
huh..nice baby! :D
thanks lovie dovie :P
thanks lovie dovie
*silap account tadik :P
good..suka puisi cmnih
dayah : makasih ya :)
Post a Comment