Wednesday, 4 March 2009

kejung kejung

kejung aku
sangat kejung
dengan assignment tak menang tangan
dengan storytelling performance
dengan dateline melambak
dengan in-house-seminar
dengan big fat project paper.
aku benci kesibukan.
tapi aku suka tekanan.

"mdm, please set a dateline for us to hand you our chapter four. or not we will not be pressured. please pressure us"

itu kata-kata aku kat mdm Kathleen beberapa minggu lepas. aku kena dipressure. dan nah, tarikh akhir hantar chapter four pada dia ialah khamis ni. dan aku tak buat apa-apa lagi. kosong. not even a letter on my microsoft word. 'tekanan' lah sangat. ya, aku sudah sedia untuk berjaga malam esok. aku harap aku sempat lunaskannya. aduh.

kalau tidak, terpaksa jugak aku hantar minggu depan. aduh. pressure ini memuncak

oklah. buat apa aku cerita pasal yang tak berfaedah dan tekanan pada orang di blog ni? yolah. aku tukar topik.

kejung lagi satu, aku mungkin wakil institut untuk KAGUM renang di JB cuti nanti. aduh. dah lama aku tak dive ke pool yang berklorin tu. aduh. dah lama aku tinggalkan swimsuit aku yang maha seksi tu. kali terakhir aku berlumba di kejohanan bila aku di penang dulu. darjah 4, 5 dan 6. zaman belum baligh kanak-kanak riang. time tu memang tak malu pakai swimsuit. siap dapat 1 gold and 1 silver lagi. hoho.

tapi sekarang? jadinya, aku kena beli muslimah swimsuit. aduh. kopak duit. bukan murah. kalau beli kat mydin rm20 mestilah pakai sekali akan koyak. aduh. dengan tak rela aku keluarkan 130 untuk baju renang baru. macamlah nak menang. stamina pun dah kering. badan pun dah berisi. teknik and skill pun dah haus.
aku cerita pada mama. mama dengar dengan penuh jenakanya, lalu gelak dengan kuat dan perli "tak tenggelam ke kak? dah lama kau tak masuk air tu. make sure ada life guard kat situ"
pedih je telinga dengar. haha. pandai je mama aku buat lawak. tapi takpe, aku redha sebab aku sedar diri badan aku dah gemuk nak mampus sekarang ni.

ishk.
kadang-kadang benci.
pada kegemukan diri.
bukan aku tak suka. tapi orang kita ni budayanya ada persepsi

bila aku cakap apda satu lecturer tu
yang aku ni perenang pada satu ketika dulu
terkejut reaksi wajah nya
dia amati badan aku yang 'besar' ni
dan tanya
"betul ke kamu boleh berenang?"
masa tu aku tak rasa sakit hati pun
aku kata ya
then dia kata pergi cepat bagi nama pada mdm Mary.
ya.

lepas itu baru aku sedar.
kenapa ya dia pandang aku sedemikian rupa?
aduh
rupanya badan aku bukan badan athlete.
aku gemuk.
aku besar.
aku berisi.
aku banyak lemak.

tapi aku boleh lompat belakang bila lompat tinggi. lepas je sukantara zaman sekolah. mata penuh unutk lompat tinggi.
tapi aku menang orienteering kampus UTP masa sekolah, naib juara. dapat la dalam rm300.
tapi aku wakil maktab KAGUM bola jaring.
tapi aku mampu jog.
tapi aku mampu wakil sekolah badminton.
tapi aku bisa main paintball.
tapi aku berjaya masuk futsal and pingpong untuk zaba masa temasya sukan upsi. siap dapat medal lagi.
tapi aku boleh buat apa saja aku suka. main apa saja aku larat.
tapi aku ada kawan.
tapi aku ada kenalan.
tapi aku boleh nyanyi.
tapi aku boleh rembat bola.
tapi aku boleh bersuka.

kesian orang gemuk.

ikut suka aku. aku suka sukan, tak bermakna aku kena kurus untuk suka benda tu.

kalau kau ada pikiran kejung tu kau renungkan dulu sama ada kau tu cergas. jangan jadi bingai dan ignorant. jangan jadi kurang cerdas.okeh?

p/s benda-benda atas tu bukan aku nak bangga, tapi nak tunjuk ja, yang orang gemuk tak semuanya tak sihat, dan orang gemuk pun cergas, pandai bersukan and they could even be your best friend.

biarlah korang nak kata aku bangga dan boasting tentang kelebihan diri. aku ni bukan mahu perhatian. cuma nak beritahu kewajaran. penjelasan masuk bakul angkat sendiri ni, biarlah!

8 comments:

Mr Daha said...

Yes! I agree with your point.
"orang gemuk tak semuanya tak sihat, dan orang gemuk pun cergas, pandai bersukan and they could even be your best friend"
Hehe.. trasa diri sendri pn cam gmuk gak. Malas turun padang. :P

P/s:
Wah! sanggup beli swimming suit Rm130 tu. Cayala!! :)

nani said...

Mr Daha: hehe. saya ini orang gemuk yang selalu turun padang :) ehehehe
thanks for the 'agreement'. jum turun sukan selalu! aiyok

Your Average Mat said...

Im a fast swimmer also. Leh try lumba sometime nanti.

-itu gadis- said...

yeah syer sokong kak nani!!!!
hidup kak nani!!!
hehhehe..

p/s:mahalnye swimsuit tue..bley mkn bnyk kali kat 'hotmas'..ehehe

Hafiz-u-ddin said...

ala, it is not the fat issue or slim
it is the heart that matters.....


Go kak nani..
swim your way to gold medal..
not drown in the middle of the pool!

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

nani, first of all, ure NOT fat!! just ignore wat ppl say, they dont know wat they're judging neway.. just keep ur diet healthy, n yes, i know u exercise..hehe.. unlike me, i once never cared bout my body, until i realized dat i cudn't fit into my jeans, oh yeah,i better do sumting..hehe

wanderfulmadnificent said...

as long as you can swim, you wont drown, aite! coz even if you are slim but you dont know how to swim then wek wek la kan :p

Anonymous said...

apa masalahnya kalau gemuk? masalah jadi kalau kita melayan sangat karenah masyarakat yang pandang serong skit kat orang gemuk. try jangan layan, senang hidup.

kalau layan sendiri yang sakit hati...walaupun most of the time orang kebanyakan tak sengaja nak terkutuk orang2 yang berisi ni....jangan pedulikan. semua manusia sama saja.

lainlan kalau kita orang gemuk teringin nak kurus tapi makan taknak berkurang...bila tak kurus rasa sedih, walaupun sebenarnya effort sendiri yang kurang...

next time orang kurus try perli2...cakap camni..

eat healthy, exercise well, die anyway!!

mi amor

Daisypath Anniversary tickers