imej keriangan.
salam
hey
aku di rumah sekarang
aku dan kawan-kawan diberi pelepasan balik
ya ya. kami tahu kami sudah cukup waktu dan tidak lagi perlu tinggal di institusi ituwell hey
que sera sera
apa nak jadi, jadilah kan?
aku dengan lagak tanpa bias, natural, melangkah balik petang semalam terus ke ibu kota
dan aku pulang dengan rasa kosong
kosong di minda
kosong di bahu
kosong di kepala
kosong di emosi
kosong.
seriyes, aku kosong sekarang. malah tulisan di sini pun perlu lama aku fikir kerana terlalu kosong jiwa aku kala ini.
beban tesis telah lepas bulan mac lalu.
beban esemen telah hilang kala april menjelma.
beban peperiksaan sudah tiga minggu terlunas.
beban selaku urusetia english language national camp bahagian buletin telah terlaksana minggu lepas.
beban pikul antara watak-watak utama untuk storytelling concert dah terlerai dua tiga hari lepas.
jadi aku tiada beban (dari segi akademik dan institusi) sekarang
aku kosong. kosong dan bebas.
namun setelah dibelek-belek gambar dua hari lepas rasa seperti mahu tulis tentang itu.
ya, tentang 'keriangan kereta bamper' itu.
bermulanya begini
hari selasa itu, setelah penat hari isnin berlakon di malam 'storytelling concert'.
kami seberempat pergi ke taman tema sementara yang kecil di taman ria sungai petani
si in, si riss, si ejat dan cik nani.
bagaikan anak-anak aku serbu masuk taman tema kampung (pilihan diksi tak betul kot - jangan marah) yang agak menarik, berwarna-warni dan serba lampu
lalu aku ajukan soalan tentang satu permainan yang sentiasa menarik hati aku kalu aku ke taman tema tuh.
"nampak bamper kar tak korang. carik cepat!"
dan aku cari-cari aku jumpa juga.
hujung-hujung pulak dibuat tempat kereta bamper ni.
nasib la aku ni spesis mencari tak putus asa.
bila ditengok harganya, mak aih. empat hingget. aduh. telan liur sekejap.
aku dan riss keluarkan rm4 dari poket. si in dan si ejat tak hendak turut serta.
si ejat tak suka, tak gemar. dan si in pula entah kenapa.
riss kata "ni fes taim aku naik tau"
hahaha
aku bagi tips kat si riss. "kau tekan je minyak kuat-kuat"
"tak ade tempat undur ke? cemane nak undur menatang ni?" si riss tanya
aku jawab "takde. kau nak undur kau kene pusing stereng tu sampai habis. pastu kerete kau pun berpusing lah."
"ok"
maka menjadilah kejadian melanggar-langgar. aku sangat gembira
senyum sahaja sepanjang beberapa minit itu.
aku langgar budak-budak kebanyakkannya. kadang-kadang aku cari riss, langgar dia kuat-kuat. first timer ni, kena ajar sket. hahaha. tapi dia pun dah hebat melanggar.
tapi ada sorang mamat tu
poyo nyerrr ai taks kuases
mamat itu mengelak semua orang. pusing luar bulatan ja. ceh. konon fast and furious (cepat dan garang - menurut sari kata di pawagam)
hahaha. biarlah mamat itu memoyor.
janji aku puas langgar orang :D
dan kami pun terus ke roda feris untuk bergambar dan kemudian bersinggah di pasar malam sebelah. jam pukul 10 malam. orang dah lelong di pasar. menarik-menarik. kemudian kami balik, lepak di kulat batu depan rumah pengawal keselamatan, dan balik sekitar 11.30 lalu aku sambung pula keriangan malam itu dengan menonton wayang di komputer riba maddy, bersama si maddy, milah dan wani. tajuk cerita 'another cinderella story'. boleh tahan la. bosan juga.
si ejat dan roda feris
si riss dan roda feris
menarik sekali pembebasan sebegini. dan selepas kejadian pembebasan malam itu, esoknya kami diberitahu tutor kala sudah tengah hari, bahawa kami bebas kembali memeluk dan bermesra bersama ayah bonda. dan kami syukur kami diberi kata bebas itu.
seperti banduan yang telah habis enam tahun hukumannya,
kami ber dua puluh lima kemas harta, pikul barang pulang ke desa. bagi aku, ibu kota.
dan segera aku tertanya.
apakah pembebasan ini yang aku dan kita ber dua puluh empat yang lain harapkan.
pembebasan dari 6 tahun percaturan.
pembebasan yang akan membawa kami ke haluan keseorangan,
dan bukan ber dua puluh lima lagi.
apakah pembebasan ini yang aku impikan?
zaman kegemilangan kami berakhir di sini.
aku pasti rindukan 24 yang lain ini.
kamu tahu kamu siapa.
aku cinta sama kamu.
si riss dan roda feris
menarik sekali pembebasan sebegini. dan selepas kejadian pembebasan malam itu, esoknya kami diberitahu tutor kala sudah tengah hari, bahawa kami bebas kembali memeluk dan bermesra bersama ayah bonda. dan kami syukur kami diberi kata bebas itu.
seperti banduan yang telah habis enam tahun hukumannya,
kami ber dua puluh lima kemas harta, pikul barang pulang ke desa. bagi aku, ibu kota.
dan segera aku tertanya.
apakah pembebasan ini yang aku dan kita ber dua puluh empat yang lain harapkan.
pembebasan dari 6 tahun percaturan.
pembebasan yang akan membawa kami ke haluan keseorangan,
dan bukan ber dua puluh lima lagi.
apakah pembebasan ini yang aku impikan?
zaman kegemilangan kami berakhir di sini.
aku pasti rindukan 24 yang lain ini.
kamu tahu kamu siapa.
aku cinta sama kamu.
6 comments:
sedihnyer baca entri ni...
woah.. rugi aku tak gi.
@kak sue: ye..sy sgt sedih menulisnya juga :(
@mat : itulah, org suda ajak!
bye.............
sobb....
sobb....
sobbb...
hope we may meet in the future...
Bye kak.. smoga akak happy selalu.. :)
Slalu2 lah post blog ye..
poyo giler 3 org didepan ferris wheel itu...ahaha
Post a Comment