salam
aku ingin bertanya, kenapa manusia mudah bosan pada zahirnya, batinnya, atau apa-apa sahaja?
aku?
aku rasa aku sudah bosan belajar. syukurlah degree aku sudah di kemuncak
aku rasa aku dah mula bosan nak mengajar, walau aku belum bermula lagi
aku rasa aku dah bosan makan nasi, habis takkan aku nak makan fast food je??
aku rasa aku dah bosan pakai tudung bawal, habis, takkan nak beli muwarrah dengan ariani yang mahal nak mati tu
aku dah bosan baca paper, sebab hari-hari benda yang lebih kurang sama
aku dah bosan main intenet sebab fesbuk macam lame gile
aku dah bosan tengok youtube sebab aku dah katam video fynn jamal, cerita korea, project runway
aku dah bosan tengok astro. sume sama jee..
tapi kan
ada je banyak perkara yang aku tak bosan lagi
lagi banyak dari perkara yang aku bosan
aku tak bosan layan kerenah muzakkir dengan zahirah yang nakal sangat dan suka menjerit
aku tak pernah bosan cakap, sms, atau kealuar ngan mat zaini. series !
aku tak pernah bosan dapat jemputan perkahwinan member aku yang bertalu-talu, aku happy untuk diorang
aku tak pernah bosan ikut mak aku shopping dan habiskan masa dengan dia
aku tak penah bosan dengan cokelat, bagilah ape saje. aku suka!
aku tak penah bosan ank baca buku menarik...yang perspektifnya terbalik
aku tak bosan tulis blog dan baca blog. sebab hari-hari ada kisah berbeda yang boleh aku baca
aku tak penah bosan untuk terus bersukan petang-petang, sebab aku suka tukar-tukar sports yang aku main, bukan melekat pada satu jenis sukan saja
aku tak bosan bersama kawan-kawan, bersembang, buat lawak akademik
aku pun tatau kenapa aku menulis tentang ini
yang pasti hakikatnya aku sedang bosan :P
aku mahu balik maktab semula
aku nak bersukan!
6 comments:
dah 6 thn straight wat kerja tak henti2. So bila tetiba takde kerja mmg la rasa bosan.
its called workoholic kot.
nak balik maktab mn satu nih?
erm...aku n umi planning nak g maktab ujg mei ni..mayb umi nak dtg kenduri bye. moh reramai kite jenjalan maresma..hoho
@k3i: dua dua mktb aku nak balik. anyway, aku kan tak boleh join. aku dan kawan2 akan ke redang, remember?
nak p maktab ka? nak ikut...
nk ikottt blk mktb...aku pun dh bosan....bosan hidup,tapi tkkn nk mati kan?erkkkk.....hahahha...nice entry nani..
maktab yg bagaikan neraka diluar,syurga di dalam.
hkahkahka
yg ikhlas,
-dirafisuka-
(terbaliks)
Post a Comment