salam
Alhamdulillah, SPM trial dah habis and most of my students meningkat dari segi gred dan kualiti. nampak sangat yang diorang ni dah berubah sikit demi sikit. kalau dulu punya la susah nak tengok diorang fokus dan duduk diam dalam kelas, sangatlah sejuk hati ini bila bebudak tak tinggal kosong langsung dalam kertas diorang! lagipun, sepanjang exam, takde sorang pun yang ponteng kelas atau lari lompat pagar macam dulu-dulu. alhamdulillahhhh. yey. bersyukur sangat-sangat sebab semua ikut tips macam mana nak dapat markah untuk summary. senang je kan bebudak? kalau dulu, hampir separuh kelas hantar balik kertas soalan kosong kepada teacher nani, tapi kali ni sangat-sangat berbeza! i love you lah korang! mungkin diorang betul-betul nak lulus English dan teacher nani tahu kamu semua pasti boleh! yey! cayalah.
terlebih emosi pulak di situ. sekarang teacher cuma risaukan SPM bebudak je. aduh. teacher memang berharap sangat bebudak boleh score. amin..
Saya tahu menjadi cikgu tu tak senang.
maddy cakap "Nani, sejak ko jadi cikgu ni, makin ramai pulak yan jadi musuh kau". Entahlah. mungkin ya jugak. mungkin Allah memang aturkan semua tu sebab nak tengok aku ni tahan ke tak. ntahla. aku pikir sekarang, biarlah orang nak kata aku apa sekali pun, aku tau aku seorang cikgu yang memang nak the best untuk students aku. dulu aku memang sangat tak suka jadi cikgu. aku memang despise habis. tapi sekarang aku pikir yang 'loving what i do is the way to be happy'. walaupun lepas jadi cikgu ni aku tetibe kene maki, kene sumpah dan kene kutuk/keji oleh orang-orang yang tak mengkaji dan orang-orang yang menilai aku, aku redha. siapalah mereka untuk nilai aku? siapakah mereka untuk hina pekerjaan aku dan apa yang aku buat? diorang tau ke apa yang aku buat sebenarnya? korang tau ke ape yang aku dah korbankan untuk bebudak aku? diorang tu tau ke banyak mana aku doa untuk bebudak aku? diorang tu ade ke kat sisi aku pandang dengan pancaindera diorang untuk tuduh dan keji aku itu ini?
diorang tu sape-sape la.
ape yang aku buat untuk students aku biarla aku je yang tahu.
aku malas nak gembar gembur.
apatah lagi nak cakap aku ni cikgu hebat, boleh ubah students sekelip mata.
tak, aku tak hebat. aku biasa aje. tapi Allah tahu aku ni mencuba. cukup sekadar Allah yang tahu.
aku tak perlu buktikan apa-apa.
kalau aku cakap students aku ni lemah, yes they are. hakikat yang realistik.
aku tak boleh bohong orang dan diri sendiri mengatakan students aku hebat.
tapi aku percaya diorang boleh meningkat, dan improve.
cukup untuk buat aku terharu dan nyatakan Alhamdulillah.
kerja Allah, kerja bebudak, dan sedikit sumbangan aku.
Perit juga bila orang kata kita begitu dan begini.
perit juga bila idea dan pernyataan/quotations kita tu orang kata 'bullshit'.
perit.
tapi apa nak buat. telan juga.
hakikatnya aku ni sering dan selalu tak sampai hati untuk tulis entri kata si polan-polan ni teruklah.
ataupun 'bullshit sungguh pernyataan minah/mamat ni'.
sebab aku sendiri tak tau yang macam manakah yang dikatakan 'bullshit' dalam masyarakat kita ni.
ada penanda aras tentang 'bullshit'?
bukan aku nak cakap aku baik.
aku nak cakap yang berhak menilai itu hanyalah Allah. itu milik Allah.
Aku bukan sapa-sapa untuk melabel sesapa.
dat's why aku elakkan untuk tulis tentang orang lain yang kata begitu atau begini.
siapalah aku untuk kata orang ni salah dan aku betul?
siapa aku?
bila aku blogwalking, aku baru sedar yang bila aku baca perkataan yang dilabel sebagai maki
contoh
shit, f*ck, setan, b*bi, wtf, wth dsbgnya
aku rasa macam semacam.
dan aku terbayang perasaan orang yang baca blog aku, dulu-dulu
sebab aku ada guna sikit perkataan2 tersebut.
aku mintak maaf, aku memang salah :(
Ya Allah, ampunkan aku.
hindarilah aku dari guna perkataan-perkataan tu dalam blog aku.
siapalah aku untuk menyumpah-nyumpah?
sedangkan Nabi pun tidak :(
Ampuni aku, ya Tuhan.
dah berapa banyak dosa aku dah tulis untuk entri-entri lepas :(
Ya Tuhan
Jauhilah aku dari menulis fitnah, kutuk dan hina
ke atas umat-umat saudara sesama islam ku, mahupun yang beragama lain.
untuk kawan-kawan blogger yang lain juga
harap-harap kita tidak guna perkataan sebegitu lagi ya
semoga Allah berkati apa jua yang kita tuliskan, amin
1 comment:
luka macam belum sembuh je ni?? hehe.. rilek nani. kena kutuk dgn stranger aku rs teruk jgk. tp, kalo student sendiri kutuk lagi bernanah hati. so, hg ptt bersyukur yg student hg suka hg.. betui x?
fyi, aku selalu sengaja tny bdk2 sapa yg dorg suka n sapa yg dorg tak suka. bila aku dgr respons dorg, sikit sebanyak aku boleh baiki diri... and bukan lah sumthing yg menghairankan kalo aku pun kena komplen, sbb cikgu lain pun kena komplen. hahaha
nobody is perfect. FACT!
Post a Comment