di kala malam aku kejarkan mimpi itu
kala siang juga mimpi itu datang macam hantu
aku kejar mimpi itu
walau masyarakat jerit pekik
kau tak mampu
walau rakan bicara kasar
kau hanya seorang guru
walau saudara bersuara hiba
kau tak akan dibantu
lalu aku diam
aku fikir aku mampu
memilih jalan lain penuh batu
pulangan ringgit hanya sebuku
harta bukan beribu
hey, engkau orang
ini akulah
biarlah aku kejar mimpi itu
ini akulah
pedulikan aku kalau itu aku mahu
aku mahu nyanyi
aku mahu conteng puisi
biarkan aku
lepaskan aku
aku ingin kejar mimpi itu
biar aku kejar
sampai dapat
sampai kering keringat
sampai patah tulang empat kerat
sampai pupus kudrat
sampai mimpi aku dapat
No comments:
Post a Comment