Thursday, 11 June 2009

ukuran kejayaan


salam
sumpah aku cakap
KISSM adalah benda yang aku sukar untuk tahan.
Alhamdulillah diadakan sekali seumur hidup sebelum keje gomen.
kalau dibuat setiap tahun, mashaAllah. tahap kesabaran yang sukar dibendung.

tidak mahu lagi.tolong.
percepatkanlah ujian akhir kursus. aduh..lapan hari lagi!

tapi, apa pun
banyak yang telah dipelajari dari sini
terutamanya dari pensyarah yang bagaikan sumber inspirasi
turun dari langit :)

sesi jam 10.30-12.30 tadi merupakan tentang EQ.
tapi didalam entri ini, bukan kandungan EQ yang aku ingin kupas.
sekadar merenung kembali sejenak perkara yang dibangkitkan oleh encik tadi.

tentang kejayaan.

siapakah kamu rasa orang yang paling berjaya dalam dunia?
bill gates?
angelina jolie?
jimmy choo?

kalau orang-orang begini yang dianggap berjayaukuran kejayaan kamu pasti duit berjuta yang berjaya di peroleh.
atau

kejayaan = kekayaan

paling kaya, paling berjaya.


tetapi,
orang yang gembira dan bahagia dalam kehidupannya
tetapi gaya hidup sederhana
impian kecil berjaya digenggam
walaupun impiannya hanyalah menjadi seorang nelayan moden

tidak berjayakah dia?

di mana ukuran kejayaan kamu?
subjektif, bukan?

kejayaan mutlak itu bagaikan kedua-dua nya
kaya + bahagia/gembira = berjaya.

sungguh aku tidak mampu mendapat yang kedua-duanya.
mungkin kejayaan aku bukannya mutlak.

tapi,
aku lebih ingin kejar berjaya dari segi gembira dan bahagia
kerana

berjaya kaya aku takut untuk genggam.


kalaupun bukan menjadi matahari

jadilah salah satu garis kecil cahayanya

kalaupun jadi satu garis kecil cahayanya

jadilah cahaya yang paling terang

paling indah

paling baik

kalau apa pun kamu

jadilah kamu yang terbaik itu

walau sekecil manapun kamu

berjaya ukurannya bukan sebesar mana

walau kecil kamu bisa

berjayalah sebagai kamu itu.

1 comment:

Your Average Mat said...

sapa tulis wawasan 2020? aku kena delete manyak gak woo.. sampai 2000 lebih PP. takut ditolak kes penyemak malas nak baca. :)

mi amor

Daisypath Anniversary tickers