Tuesday, 29 December 2009

amin

ya allah
bersempena tahun baru ini
aku doakan segala yang terbaik untuk
keluargaku
insan-insan yang aku sayang
kenalan rapat/tidak
rakan-rakan seperjuangan atau tidak berjuang demi apa-apa
insan-insan fakir miskin
manusia-manusia tamak haloba
orang yang benci dan dengki
mereka yang teraniaya
golongan kurang upaya
atuk-atuk dan opah-opah yang ditinggal cahaya mata
yang terlantar sakit
ahli-ahli politik

semoga perjalanan tahun akan datang
akan terus membahagiakan semua.

dan doa untuk aku
semoga lebih beriman kepadaMU
semoga lebih tabah
semoga lebih bermaruah

disatukan kami berdua keranaMU
mencari rezeki bersama
dan beribadah sehabisnya
demiMU.

amin.
salam maal hijrah dan selamat tahun baru.

2 comments:

Md Zaini Zulkufli said...

amin. semoga tuhan permudahkan urusan anda :)

Arysha Ismael said...

amin babe.. smoga ang cepat kawen jugak~lalalalala

mi amor

Daisypath Anniversary tickers