Monday 13 April 2009

aku pempuan, so what?

salam



semalam, group aku buat rutin yang kami praktik sejak 6 taun pengijazahan iaitu study group. dah lama tak study otak pun cam peti ais je.

well, aku pun bukak cerita pasal bola. yelah, pasal champion's league la kot.

"huhu. bayern kalah"

then tetibe ade sorang member aku (jejaka) jawab.

"hang minat bayern sebab mat zaini minat la tuh"



aku: mana pulak.aku cakap je bayern kalah.dah aku ak cakap.biarla

si polan:aku takbleh accept kalo pempuan cakap pasal bola.pastu minat man u.

aku: so? memang aku minat Man U.dr dajah 3 aku kenal Man U. aku tau sapa eric cantona. aku ada topi blackburn rovers yg dulu agak best kat EPL. so,apa masalahnya kalau aku cakap pasal bola?

si polan: aku rasa pempuan minat bola bukan sebab betul-betul pun..





maka kami pun bertekak.



malam tu aku terus telefon mat zaini tanya dia apa dia rasa kalau ai cakap pasal bola.

mat zaini kata"kagum ja.kalau pempuan lagi tau dari ai lagi ai kagum".

aku: yu cakap macam tu sebab ai awek yu.ok la,kalau kawan pempuan yu?

mat zaini: sama ja perasaan ai.



nah, si polan. mat zaini orang belajar engineering pun mengamalkan "open-mindedness". si polan belajar TESL 6 tahun masih belum accept perempuan 'ber-bola sepak'. wth? huhu. kataTESL tu terbuka, menerima dan rasional.apakah? generalisasi itu membunuh kan? jadi jangan ingat orang sains tu takda human touch dan orang TESL macam kita ni jangan perasan kita hebat sangat dengan 'keterbukaan' dan 'human touch' kita. jangan kolot!



wahai lelaki. perkara tentang bola sepak ini kamu harus ambil perhatian.

1. tak semua gadis minat bola untuk tarik perhatian jejaka. kami ada 'pride'

2. jangan ingat kam cukup terer untuk 'look down' pada gadis bila bercakap tentang bola

3. tak ada peraturan jantina dalam minat,suka dan main bola.

4. salah sorang pengadil bolasepak dunia ialah perempuan. she's the women's best player.

5. minat bola bukan minat mulut semata-mata.kami pun reti baca suratkhabar dan majalah,ok?

6. tak salah kami minat bola sebab ikhlas.

7. jatuhkah saham kamu kalau kami minat bola?



oh ya,aku lupa.golongan seperti si polan ada sejenis penyakit.sindrom ego tahap tinggi.



maaflah,ai ingat penyakit tu dah out-of-date dalam zaman globalisasi

so aku nak ujarkan, kepada mereka yang ada pikiran macam si polan

jangan jadi sempit, ok?

silalah bagi peluang pada kami,baik?

p/s aku tau mesti ada orang nak kata kita orang tak payah nak minat bola macam laki. ntahla. aku punya badan, aku punya suka ar. ada kaco idup korang kalo aku minat bola? kalau korang jadi depress sebab pempuan minat bola, kami memang hebat lah :P

14 comments:

gda Mokhtar said...

aku berada kat tempat kejadian, and i witnessed the stupidity!

i admit last nite, i don mind if i were to marry a guy yg suka + gila pasal bola. coz i can cope, i got 4 brothers like that ok? don blame me!

lelaki akan rasa jatuh ego bila pompuan menyamai atau melebihi mereka (some, ok?)

Mr Daha said...

Well, aku pn rasa xpatut. Salah ke kalo pompuan minat bola?? Aku sebagai lelaki pn sama pendapat ngn mat zaini tu. Aku rasa kagum gak kalo pmpuan taw pasal bola. AKu sndri pn xtaw sgt pasal bola2 ni. Hu3. Peminat sukan bola sepak bukan untuk lelaki je. Kat stadium tu bukan penuh ngn laki je. Pompuan pn ade la..

ada van de kamp said...

berani ye mempeelekehkan pompuan!!
ramai je pmpuan yg tau psl bola (selain saya). yg sanggup stay up smpai pagi nk tgk bola. time kt skolah dulu, ramai je yg sanggup curi2 keluar mlm pegi tgk tv nk tgk bola smpai kne tangkap ngn warden. agaknya dia rasa tercabar kot. sabar je laaa....

[z@ck] said...

hek eleh..kaum adam ni pelik toi la..pmpuan suka bola slah..x suka pn slah..pe ke hei nya ni..

stuju laki punya thap ego skala 10!

Hafiz-u-ddin said...

i tak pelik ok!!!!

k3i said...

wahhh..entry membara!

p/s: nnt leh msk election, menteri pembangunan masyarakat n wanita.hehe

Md Zaini Zulkufli said...

uih..marahnya dia :p

sabarlah..mgkin pemikiran si polan yg kamu mksudkan masih sempit n konservatif..dlm perkataan lain 'jumud'..hahaha..berilah dia peluang nak memahami ppuan skrg..huhu

Hafiz Hanif said...

entry penuh rage... takut bila membacanya... huhuhu~

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

haha, to whoever dat guy is..here's one thing u shud know...

just bcos ure a guy, n we're a girl (apparently), dat DOES NOT CHANGE THE FACT dat we cudnt be just as "knowledgeable" or "informative" as u r in watever matters dat u consider of ur best interest.,

come on la, wake up n be mature!!

to hananika, i'll alwiz support u no matter wat.. :D guys like 'si polan' shud be kept under coconut shell, haha

nani said...

kepada semua2 yang beri pendapat.
thanks ek
tp jangan la jadikan ni generalisasi plak. and tamau a kutuk-kutuk and gaduh gaduh ye?
buang yang negatif, amik yang positif. muhasabah diri ;)
orait?

p/s saya tidak marahlah kawan2. cuma bertegas dalam penulisan :P

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

ketegasan itu penting ;p haha

gda Mokhtar said...

tidak ku sangka, persoalan malam itu mencetuskan segalanya =0

watever it is, we r learning from others!

ainie rafiedah said...

tul2..xptut2..minat masing2..xkn nk kecoh kot kn?? sukati tuan pny bdn la..haish!! klu cm2,xkn la pasukan bolasepak wanita wjud kot??
mind ur own bisnes..agagaga~~

Melancholic Fool said...

haha... kadang2 pompuan bising camni... tapi ade laki yg minat bola kutuk laki yg tak minat bola... it's not the gender... it is the stigma...

tatawla kenapa bende bodo camni bole ade kat dunia...

maybe ini ujian Allah s.w.t supaya kita akan menjadi hambaNya yang lebih berjaya...

azhar-IPTI, i dont know you... but i want to drop by anyway... if you dont mind...

mi amor

Daisypath Anniversary tickers