Monday 6 July 2009

atas dasar apa?

salam

maaf kalau entri ini bikin kamu-kamu marah.
ini cuma pendapat saya.

setelah diteliti.
setelah diamati.
setelah mendamba pengalaman.

saya tahu :-

1) UMNO ditubuhkan pada mulanya dari perjuangan orang Melayu, kemudian digabung pula dengan MIC dan MCA untuk atas dasar perpaduan, dasar perjuangan.

2) PAS ditubuhkan pada mulanya untuk berjuang demi agama Islam yang suci, tulus dan murni. sesuai dengan status negara islam.

3) PKR ditubuhkan pada mulanya kerana perasaan marah, merasa ditindas, merasa tidak adil ke atas seorang pemimpin.

4) maaf, saya tidak tahu DAP bermula daripada apa. mungkin memperjuangkan apa yang mereka percaya.



kamu rasa, perjuangan mana yang paling bagus?
hm
.
.
.

maaf PKR. saya bukan benci kamu. saya sebenarnya sangat kagum kerana kamu punya pucuk pimpinan berwibawa, cerdik pandai.
tetapi.
sejak kamu ada
sejak kamu wujud
aku dengar berita baling batu
bakar bendera Malaysia
rusuhan merata.

saya tahu.
ramai anak muda di bawah naungan PKR.
anak muda, dan darah muda.
saya pinta
pemimpin PKR
gunakan cerdik akal kamu
panjangkan akal seketika
sila rujuk dan kaji mengapa
anak muda kamu yang sering membuat kami takut itu.
ya. saya akui saya takut dengan anak-anak muda PKR.

saya seru.
minta tolong.
saya mahu politik negara ini tidak berbaling batu.
kalau kamu berhenti baling batu dan pecah cermin kereta,
mesti saya suka juga kepada kamu.

dan paling penting.
saya mahu hormatkan kamu.

salam.

14 comments:

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

sometimes these ppl tend to go beyond the limit.. but not all, some of them.. susah bile perjuangan disalah erti n diorg rs melalui cr camtuh, perjuangan akn tercapai..

wahai manusia dr sgl jenis parti pon, nk bertindak n menyokong kene pandai, gunalah cr yg lbh intelektual..

jihad bukan semata2 berperang, ianya lbh drp itu..wallahua'lam..

[z@ck] said...

huhuhu..
sy takut dengan suma parti politik..
masing-masing ada target..
tak berani libatkan diri dlm politik..
cari onar saja..

Md Zaini Zulkufli said...
This comment has been removed by the author.
Md Zaini Zulkufli said...

"PKR ditubuhkan pada mulanya kerana perasaan marah, merasa ditindas, merasa tidak adil ke atas seorang pemimpin"

i dun think i agree with that statement..saya rasa PKR ditubuhkan utk keadilan rakyat bukan disebabkan perasaan marah dan menuntut keadilan pemimpin2 tertentu..huhu..

pasal penyokong2 parti politik yg fanatik tu mmg x dpt disangkal lg..mmg menakutkan..lgpun bukan PKR ja mcm tu..sama ja UMNO n lain2..

kesimpulannya..politik mmg bagus klu ahli politiknya bagus..klu politician nya x bagus..taik lah politik jadinya..mcm skrg :p

Anonymous said...

bismillah..
Allhamdullah saya dapat singgah danmembaca entry saudari,sesungguhnya entry ini lahir dari jiwa pemuda/di yang mahukan keamanan dan kemakmuran pada negara kita yang tercinta,syabas wat saudari!
Akan tetapi barangkali saudari perlu memperbanayakkan sumber sejarah dengan mempelbagaikan lagi genre bacaan sejarah,cuba mengkaji sejarah melalui pembacaan memoir tokoh2 pula, seperti Dr Burhanudin al Helmi, Ahmad Boestamam dan banyak lagi.kadangkala sejarah tidak bole dipandang dari satu sudut sahaja,saudari pasti akan melihat perbezaannya nanti,namun tidak dinafikan peranan UMNO dalam menyatukan rakyat malaysia.saya orang melayu juga,muda juga,akan tetapi secara jujur,saya lahir dari generasi yang malang,setelah UMNO memerintah negara 50 tahun,apa yang UMNO bekalkan untuk bakal anak2 saya??PPSMI,ISA,ekonomi bumiputra(rujuk fakta terbaru dgn mengatakan 19% sahaja ekuiti melayu(Bumiputra)!) jadi melayu apa yang saya boleh banggakan dgn anak saya satu hari nanti?melayu itu orang nya baik sekali,adat nya bersendikan syarak,jujur dalam percakapan lantaran islam agama yang zahirkan melalui mulut nya,tidak menzalimi orng lantaran islam yang diamalkannya melayu apa sanggup melihat seorang yang dizalimi merengkok dalam penjara bertahun lamanya tanpa pengadilan yang adil?melayu apa yang memperlekehkan hukum islam yang dibawa oleh Muhammad S.A.W?melayu yg sekadar menjunjung keris tatkala memotong kek sempena 50 tahun UMNO?atau melayu yang dalam buku sejarah penuh dengan cerita2 manis sahaja?
Tatkala ar rasul ditanya oleh seorang pemuda mengenai niatnya untuk berzina, ar rasul membayangkan bagaimana wanita yang berzina itu berlaku pada adik nya,pemuda tersebut merah padam lantaran marah pabila membayangkan keadaan seperti itu berlaku pada diri nya!lalu membatalkan niatnya untuk berzina,itu cara rasullulah memberi pengajaran dengan membayangkan keadaan itu berlaku keatas batang hidung kita sendiri,jadi analoginya mudah,apa kata saya meletakkan saudari di tempat isteri2 mereka yang ditahan ISA?2 tahun?,6 tahun?,dan 7 tahun didalam penjara?,lihat sejauh mana saudari dapat bertahan tanpa suami disisi dengan anak2 yang semakin membesar!saya jamin,hati wanita mana yang tak diruntun rasa sedih dan hiba melihat semua ini,tapi ini yang berlaku hari ini,nafikan fakta ini jika saya salah!justeru tidak timbul PKR diwujudkan untuk seseorng sahaja,apa pun wadah kita dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan,kita kena sokong kerana dasr islam yang mebawa 'Rahmatan Lil 'alamin'
Negara ini negara hukum,hidup kita bebas dari kesalahan berdasarkan hukum dan fakta!ini saya minta saudari melihat dengan baik,dengan ikhlas,tidak bole kita mengata,ooo lihat la,keAdilan wujud maka terjadi bakar bendera,rusuhan membaling batu,dan semua perkara yg menakutkan,bagaimana kalau semua ini berlaku lantaran tindakan mereka yang tersepit akibat kezaliman pemerintah dinegara sendiri?siapa yang melahirkan pemikiran begini kalau dek kerana keadilan yang penuh dengan penindasan?jika di BRAIN WASH sekalipun orang sebegini,kita tak mampu melakukan apa-apa,lantaran sikap kita yang sememangnya suka hanya menyelesaikan masalah diperingkat atas sahaja,tapi jauh didalam,busuk sekali keadaanya!

just pandangan peribadi,afwan jika ada salah silap

nani said...

@ milah : that is so true :)

@ zack : hee, takut kan?

@ encik mat : hmm. itu pendapat sy, barangkali, tp tidak dinafikan, PKR dicetuskan kalau tak seratus peratus pun, mungkin lebih 50% atas sebab yang saya nyatakan. kadang2 perkataan 'keadilan' itu hanya untuk mengaburi mata. hm. saya tak tahulah, jum tanya wan azizah, sebb apa ya dia tubuhkan parti itu? :) yang pasti, betul kata kamu mengenai politician. huh. saya tidak mahu menjadi satu! saya takut saya banyak buat dosa.

@ anon : terima kasih atas penjelasan panjang lebar. mungkin saya tidak berfaktakan sejarah, tapi saya bercakap atas pendapat saya. tapi penjelasan kamu bagus sekali :) sgt dialu-alukan. tapi saya sudah lihat filem hati malaya. sedih juga. saya sudah belajar fakta-fakta ttg ekuiti bumiputera dan segala. saya sudah lebih faham kontrak sosial. entahlah. saya cuma tekankan di sini yang saya 'takut' dengan agenda politik sekarang. hm.

bagus bagus. komen-komen yang bernas sekali! :) syiok jugak tulis pasal politik! :P

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

the anonymous has a point!! :)

nani said...

oh ya.
buat @ anon.
saya lupa jawab.
kamu tanya apa BN buat untuk melayu kan? i mean umno. OK2. ni ada jawapan. tapi jawapan ini bukan bermakna saya orang umno ok? saya ini berkecuali :)

apa depa buat ya?

1) FELDA
2) Dasar penswastaan
3) Dasar Pensyarikatan
4) Dasar Pendidikan Nasional
5) Pembahagian subsidi
6) Dasar Pembangunan Nasional
7) Dasar Sains dan Teknologi
8) Dasar Wawasan 2020
9) MARA
10) Biasiswa
11) FELCRA
12) RISDA
13) RRIM
14) ya. PPSMI yang kontroversi itu. (sebab dia kontroversi maka lebih nampak di mata kan? hmph)

mungkin ada yang UMNO tak buat. tapi saya taktau la. saya pun kdg2 tak setuju dengan mereka. tapi apa boleh buat kan?

hm. saya bukan pandai berikan hadis, berpolitik dan sebagainya. saya cuma sangat risau, dan sangat bimbang. lihat di China sekarang. bagaimana ya? :(

lagi satu kan, tiada siapa yang sempurna. pemimpin pun begitu. parti pun begitu. jadi untuk mengharapkan mereka 100% memang tak hidup kita ni kan?

ah. apa-apalah :)
yang penting, kawan-kawan semua dirahmati Allah SWT. semoga menjadi insan yang rasional.
Hidup Malaysia :)

April Fimbristylis said...

tak semua org yg berpolitik ni hati nya bersih.... cuma kita yg kat bawah2 ni yg mempertahankan sesuatu yg tak nyata.

Anonymous said...

nampak sgt org melayu takut belajar sains dan matematik dalam english. melayu takut cabaran ke?

Anonymous said...

Punca satu2 parti itu ditubuhkan memang nampak baik.
tapi, kebanyakannya dah lari dari tujuan tersebut. macam dah terpesong.

sekarang ni,semua ada agenda tersendiri. yang berbaris mahupun yang berpakat, 2x5 je.

susah nk cari org yg betul2 bekerja utk rakyat. itu adalah sebab mereka dipilih menjadi wakil rakyat. bekerja untuk rakyat. bekerja untuk memudahkan hidup rakyat.

cuba tgk sekarang, wakil rakyat jauh lagi mudah n senang hidup dier drpd rakyat. masih ada rakyat yg dok dlm rumah setinggan, tp wakil rakyat boleh duduk dlm rumah yg jauh lebih selesa.

so, xkire yg berpakat mahupun yg berbaris, dua2 sama sahaja.

dua2 ada penyokong fanatik. yg sanggp baling batu, baling kayu. yang berbaris nampak baik sikit sbb sush nk msuk tv bile baling apa2, yg berpakat lg sng. kenapa sokong yg berbaris, baik sokong yang berpakat, sng nk masuk tv. baling batu, baling kayu, da famous. :p

Anonymous said...

>>nampak sgt org melayu takut belajar sains dan matematik dalam english. melayu takut cabaran ke?

sapa ek yang empunya badan cakap camni?bukan persoalan takut tak takut,tapi lebih besar dari tu bahkan boleh dibincangkan dengan panjang lebar dan tegas!,cuma kalau yang bercakap diatas pun amik aliran selain sains dan matematik i.e sains sosial,lupakan lah berhujah berkaitan takut atau pun tidak orang melayu belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris

Anonymous said...

>>nampak sgt org melayu takut belajar sains dan matematik dalam english. melayu takut cabaran ke?

sapa ek yang empunya badan cakap camni?bukan persoalan takut tak takut,tapi lebih besar dari tu bahkan boleh dibincangkan dengan panjang lebar dan tegas!,cuma kalau yang bercakap diatas pun amik aliran selain sains dan matematik i.e sains sosial,lupakan lah berhujah berkaitan takut atau pun tidak orang melayu belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris

nani said...

@ anon yang ckp pasal sins tulin dan sains sosial: ehem ehem. erk, maaf ya, tp saya minta anda jangan perlekehkan aliran sains sosial ye? walaupun bukan secara terang tapi ayat itu berbaur-baur seperti sains tulin lebih hebat dari sains sosial. setahu saya tiada bukti untuk itu. saya di sekolah menengah ambil sains tulin, fizik kimia, biologi. tapi saya jatuh cinta pada sains sosial sewaktu di universiti. jangan buat persepsi yang menyerong, baik? :) maaf sekali lagi.

hm.
ape-ape pun PPSMI dimansuhkan 2012. kita tgk la mcm mana ya lepas ni?

mi amor

Daisypath Anniversary tickers