Saturday 4 July 2009

sosial

salam
kering sebenarnye masa cuti ni
masa belaja ada bende nak tulis dalam blog
masa mengajar nanti, jangan cakaplah
mesti hari-hari aku update mengenangkan bakal pelajau yang aku akan hadapi.
masa cuti?
benda apa aku buat hari-hari?
cuci baju
lipat baju
sidai baju
masak
tengok tv
main facebook

takkan bende tu pun aku nak belogkan?
hadui.
betuila.
orang tak bleh dok diam ni memang akan bosan ler.
tapi aku suke ar tengok the biggest loser.
gile a cerita tu.
memang sumber inspirasi yang hebat.
pastu dia buat asia punya pulak tu.
tapi wani cakap kita-kita ni tak layak.
sebab kene gemuk terlebih-lebih baru boley masuk rancangan tu.
(aku pun gemuk terlebih ape?)

hmmph.
sebenarnya tengah bosan.
jadi aku buat la research untuk aku further study.
isnin ni nak pergi pejabat MARA untuk tanya pasal pinjaman pelajaran skim pelajar cemerlang.
pastu nak ambil senarai universiti kat sana yang diiktiraf JPA.
hm.
doakanlah aku berjaya ya?
takut jugak, tak dapat cope. tapi excited pun ade jugak.
aku kene betul-betul berusaha ni.
:)

teringat kat BTN pulak.
kitorang kene pilih
dari 4 benda ni, mana satu kau nak buang dalam tong sampah dulu dan mana satu kau nak simpan.
satu je boleh.

pendidikan, sosial, politik, ekonomi.

kau orang tahu aku simpan yang mana?
seperti biasa, lain daripada orang lain.
aku simpan
sosial.

reason aku?
aku cakap la pasal EQ.
dan aku cakap pasal benda macam,

"sesebuah negara tu paling penting kene ada ikatan sosial yang kukuh. Tanpa ikatan sosial, politik ke, ekonomi ke, pendidikan ke, semua takkan berjaya. saya boleh hidup tanpa duit, tanpa ilmu, tanpa pemimpin dan parti, tapi saya takkan boleh hidup tanpa orang-orang sekeliling saya. jadi saya tak sesuai jadi pelakon Cast Away."

"lagipun, dalam satu survey untuk orang-orang yang paling berjaya dalam dunia, 70% daripada mereka mengatakan EQ, seperti cara bersosial, cara bekerja dengan orang, kawalan emosi dan sebagainya adalah faktor utama dalam kejayaan mereka. Ia berada di kelompok tangga pertama, padahal bagi mereka, pendidikan jatuh ke tangga ke-14 dan duit lagilah, jatuh ke tangga berpuluh-puluh. jadi sebenarnya kaya tak semestinya berjaya"

wah. cakap berdasarkan fakta. terima kasih KISSM :P

lagipun orang yang berpendidikan tinggi tak semestinya yang paling berjaya
ada je orang tak berilmu berjaya kan korang? :D

aku buang politik yang pertama sekali.
sebab apa?
sebab aku tak suka politik!
aku neutral.
jadi, menurut perintah
patuh pada G.O.D. (government of the day)
kalau bertukar pun aku patuh je.

tapi yang bestnya
nasib la takde sape kondem aku.
sebab semua ahli kumpulan matang kot?
lagipun faci kata
takde jawapan yang betul atau salah
(walaupun dia asik inject kami mengatakan politik paling penting)

jadi ni bergantung lah pada diri sendiri kan?
ikut suka kau lah nak pilih yang mana
sebab hidup kita berbeza-beza.
ada benda yang kita utamakan dari yang lain.
asalkan kita hidup cara kita.

kalau korang pulak, macam mane?
mane satu korang nak simpan?

sila respon! :)
(kalau rajin!)

salam

4 comments:

k3i said...

mmg otak kosong je kalo dok umah.
mmh xde idea nak ckp apa or ape nak dblogkan. btol!

so, nnt dah mula posting...sure hari2 rs nak tulis mcm2. hoho.

cant wait ur stories lak! haha

Md Zaini Zulkufli said...

politik patut dibuang ke tong sampah! stuju!

:p

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

i didn't know that now they have the biggest loser asia!! bestnye!! :) i love the bigest loser too, so inspiring n motivating, haha, walopon kite kdg2 hangat2 taik ayam :p

neway, i forgot what i had throw first, but i remember, the last thing dat remain wif me was pendidikan.. :)

Anonymous said...

TheHanani wrote :

"lagipun orang yang berpendidikan tinggi tak semestinya yang paling berjaya
ada je orang tak berilmu berjaya kan korang? :D "

Cik hanani, saya setuju dengan ayat yang pertama tu..

Tapi untuk ayat yang kedua, saya ingin berkongsi dengan Cik Hanani satu sabda nabi saw :

" Carilah dunia dengan ilmu, carilah akhirat juga dengan ilmu, dan carilah kedua-duanya dengan ilmu"

itu bermaksud, tanpa ilmu, seseorang takkan berjaya dalam hidupnya samada di dunia atau akhirat..

p.s : kritikan untuk membina, supaya jelas tidak kabur apatah lagi rabun..:)

mi amor

Daisypath Anniversary tickers