entri ni khas untuk akma moss mess dan encik mat.
yelah, aku apdet ni.
*yang lain pun bacalah, yang dua orang ni saja ja ai khas-kan.
the baju kurung adventure bersawang. ya, aku tahu.
the baju kurung adventure dalam alam nyata sangatlah hectic, zoolike, kelam kelibut dan kucar kacir. tahun baru, bulan januari, memang macam ni kot. dua minggu pertama memang bukan benda yang aku suka buat dan aku tidak pernah meminta ia untuk terjadi lagi.
banyak benda yang terjadi, jadi aku tulis dalam bentuk point form la, kalau tulis macam karangan memang 3 page.
> aku adalah ketua panitia bahasa inggeris. kalau nak tahu apa tugas dia, banyak sangat aku nak list. kesimpulannya aku ketua untuk guru-guru english. baiknya, akulah. busuknya, aku juga lah. kalau nak tau lagi lanjut sila tengok pekeliling. aku ringkaskan, ketua panitia tu maknanya masa makan tengah hari kau mungkin selepas sekolah. ataupun, mungkin campur dengan makan malam nanti. agaknya begitulah, especially awal tahun dan akhir tahun, atau barangkali sepanjang tahun.
> kids are fun and tougher this year. aku mengajar 5 Sains Tulen, 5 Perdagangan, 4 Reka Cipta, 4 Sains Pertanian dan 4 Perdagangan. ramai mungkin macam 'wow, bestnye ajar upper form' but trust me, form ape sekalipun, kalau feather duster atau whiteboard marker melayang ke belakang kelas atau kene bebudak, haru tu. tapi, aku suka jugak deal dengan budak-budak 'dewasa sikit' ni. ada cara la nak tekel diorang. dahla pengetua main 'surprise' bila dia tiba-tiba cerap aku last thursday. gila waktu tu macam keretapi stim. berpeluh, sora pecah, tekak perit, jantung pecah semua ada. alhamdulillah la lesson plan complete dan lesson aku nyanyi-nyanyi yang best guna lagu 'through my window' by bunkface.
> mesyuarat adalah rutin harian saya. ya, bukan mesyuarat biasa-biasa ya. mesyuarat yang ada satu tahap perut bergelora, otak jadi sakit sikit. pening, dan pusing2 rasanya urat saraf yang sampai ke otak. letih mental. ada satu hari habis pukul 6++. ada satu hari pukul 4.30. yang tamat jam 3.15 memang aku minat. dahla mesyuarat kena bentang macam-macam. memang minggu lepas, aku makan tengah hari jam 6.30, 5.00 dan 3.30 petang.
> waktu makan tidak menentu. makan pagi di rumah kadang-kadang tak sempat. nak ke kantin, ada je benda yang aku rasa tak buat lagi. jadi, cari kerja. hm.
> tido petang 5 minit. penah buat tak? aku baru try. lepas bangun rasa macam kepala baru kene gelek steamroll.
takkan semua benda tak best kan? mesti la ada yang best
> tahun ni, nombor lawa, ada perkara-perkara indah yang bakal terjadi. nak tau? hehe. nantikan sahaje. kalau korang kenal aku, aku mesti apdet punye. tunggu je :D
> aku ada projek best. bakal merubah hidup aku. dan aku akan komited. inshaallah, semoga Allah permudahkan segala urusan. aku nak jadi orang yang berjaya.
> lesson plan aku tulis. aku dah nekad untuk tidak print lagi lesson plan. sayang pokok tu. kesian dia. berapa banyak aku bazir untuk print lesson plan. dahla kene potong, yang tepi lebih-lebih tu buang je :( stop global warming. kesian ibu bumi :)
> love life, seronok jugak. dah jarang date-date. tak bagus :) tapi kami masih sama, tetap menaruh rasa yang sama. moga direstui.
> kalau pegi pasar malam, tinggal purse dalam dashboard. tarik keluar rm3 je. alhamdulillah selera makan dah berkurangan. tadi beli keropok lekor singgit and bege singgit. jimat kan? moga-moga dapat tukar dari heavyweight ke medium weight. dan duit tak cepat habis.
hm. walaupun ada bende tak best selain dari yang best, semua tu cabaran la. hidup mana yang goyang kaki je kan?
last sekali. saje nak bagi korang jamu mata. kamera idaman. harap dapat beli ni untuk self-treat gaji bulan januari!
Fujifilm FinePix S2000HD
this is semi-dslr. cukup la kan?
i can it get for rm1050 :)
picture from here
sekian sahaja.
this is semi-dslr. cukup la kan?
i can it get for rm1050 :)
picture from here
sekian sahaja.
8 comments:
sibuknya..huhu..sabarlah awal tahun mmg cmtu kot :)
no lawa? cuba bg contoh skit no2 yg lawa :p
20112010. lawa kan? :P
kak nani,kalo semi-dslr tu mksdnye cmne eh?.ekceli tgh berangan mahu beli dslr juge,tp duet tadak meh -.-
wirdah: kalau semi dslr tu function dia kureng la sket. tak bley tukar lens. lens fix. pastu of course kualiti gambar tak sehebat dslr. tp still 10 megapix. dia punye body ala2 dslr. cuma kecik sikit. hehe. tp kalau u betul2 minat ambil gambar lawa2 and artistik, beli la dslr. kamera ni untuk mereka yang biasa2 nak guna hari2 aje :)
20112010 ?
tarikh kawen kah itu ? *wink*
oh, so..honoured! kahkah...
n b4 terlupa, congratz once again for KP post tu. kehkeh...
takpe, nnt dah jd PK, bley open table~
aku maseh tertanya2, camna rasanya ngajo upper form cz i dun think i can handle them...yet~
so? best? which one is better lower or upper? n which one u prefer? lower or upper?
aku prefer upper boys pd waktu2 tertentu je.. sbg contoh: hari sukan. ngeee~
@nad : uish uish. ntah ntah. hek hek (sambil angkat bahu)
moss mess : hehe. ape rasenye? it's like u deal with adik2 je. haha. btw, aku tak look forwards sgt untuk hari sukan kerana..well..hahaha..tiada sebab. upper form for me senang dikawal sket la. lower form penat. and sumtimes lower form they dun get the jokes. upper form cepat tangkap jokes. tp bab salin menyalin and buat keje, lower form ok sket la dr upper form. well, kesimpulannya, dedua best la :)
wait!
u can get dis semi dslr for RM1050?
plz notify me the place =)
TQ.mcm nk beli 1.
Post a Comment