Tuesday, 30 June 2009

aku sayang MCI


salam
susah sangat sekarang kalau nak cakap tentang keamanan.
dengan slogan 1 Malaysia dicanang pak najib pun kita masih berdiam diri.
apa yang kamu buat untuk mencapai keamanan?
tidak pak najib war-warkan pun sudah pasti kita ada sedar.

contohnya aku.
ya.
nurul hanani.
aku mulakan dengan membuat kawan.
hah.

(sekurang-kurangnya aku lakukan sesuatu kan? ya. aku bangga.)

aku membesar di Pulau Pinang.
majoriti kaumnya cina.
kemudian melayu.
kemudian india.

sungguh indah kan waktu kecil?
tiada apa yang perlu risau.
kulit kau hitam, kulit kau putih, dia kuning langsat.
semuanya aku tak dapat beza.
yang penting petang ni kita main rollerblade kat belakang kedai.
semalam dah try kat tepi padang.

minggu depan pulak kita terai main congkak.
bentang tikar depan rumah aku.
kita main congkak sambil belai mimi si kucing yang manja.
aku ingat lagi
kawan-kawan aku
olivia, theresa, nalainee, jason, dan kadang-kadang fifi ngn didi pun turut.

(sorry, i forgot the link where i got this pretty picture)

bila aku masuk IPSAH
aku jumpa winnie, lian, kaswina, christine, jeyanthi, yasodha dan lain-lain junior.
aku suka.
aku suka Malaysia.


tapi sekarang?
mengapa orang benci?
aku pergi btn.
banyak benda aku dapat tahu.
dan aku belajar,
tentang perasaan racist insan.
yang elok aku amik.
yang aku rasa tak elok aku buang.

"saya bukan racist tapi saya cuma nak beritahu keadaan sebenar"

ceh.

frasa dalam bold itu pun dah menunjukkan kau racist.
mengaku sahajalah.
kalau nak keluarkan kenyataan, keluarkan saja.
tak perlu nafi apa-apa pada mula.

kontrak sosial.
korang kene belajar ni.
baru faham.
serius aku cakap.

hmmph.

apa-apa ajalah
aku mungkin tiada komen.
aku sayang melayu aku.
tapi aku jugak sayang kawan-kawan cina aku.
aku pun juga sayang kawan-kawan india aku.

pada malam sebelum ceramah kedua itu aku kata pada Winnie.
"I am afraid of what is happening to our youth today. everybody is demonstrating. everybody is provoking people to hate other races. I'm afraid one day, i could never call you guys friends anymore"

"me too" winnie cakap.

tak payah la aku translate. aku rasa korang faham simple english.
hmmph.
*mengeluh
:(
anak-anak bangsa

8 comments:

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

hmm, yes, it is sad :( but nani,sorry to say, but just take a look at our class..

even us, we are being racist at times.. we look at colours sometimes, n colours do matter..

sedey kn? hrp2 dpt la buang perangai buruk ni.. shame..

Hannanika Chan said...

@ milah : yeah i noe. well. hope things change kan? hope hope :)

ustad said...

pirah kerajaan. dok canang satu malaysia tapi satu agensi kerajaan cam BTN ni dok still tanamkan idea2 racist dalam manusia especially melayu. hipokritnya kerajaan, sebab tu aku tak suka umno

see, this is why im against paying taxes

wanderfulmadnificent said...

regardless of our political ideologies, no btn or any brainwash prog should be able to insert those values in us because as a muslim we should already know that:

Dalam Al Quran sudah diterangkan akan sebab Allah mencipta manusia berbilang kaum. Dalam surah Al Hujaraat ayat 13 mafhumnya "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

its all up to the individual, wallahualam..

Hannanika Chan said...

@ustad : weih, kalau tak bayar tax, cemane nak dpt gaji, subsidi minyak, tepung, gula and beras? macemana bebudak nak dapat biasiswa? amende la ko nih. kalau bukan umno yg perintah pun, still kene bayar tax la. bukan negara laisez faire. ko kene blaja ekonomi n belanjawan la ustat. hahaha.

pengurusan am - kewangan bab ekuiti dan modal. sesebuah negara peroleh sumber dari 2 hasil
a) hasil cukai - cukai tanah, pintu, etc
b) hasil bukan cukai - bayaran permit, lesen etc.

ngeh ngeh.
sebagai penjawat awam, kitorang kene setia kepada G.O.D. a.k.a. government of the day. tak kiralah sapa. sekarang BN, so bila PAS pulak, PAS la kitorang setia. huhu. kene blaja lagi nih :P

@maddy : thanks for that :) yeah, i believe nothing is more powerful than ourselves, us. not even the kerajaan :)

Johnny Ong said...

tapi saya amat bangga dgn blogpost u ini. harap2 semua org bangsa malaysia boleh pikir sebegini juga

Hannanika Chan said...

@ johnny : thanks johnny. together, let's make Malaysia a better place to live. :)

April Fimbristylis said...

kalau tak bayar tax, mcm mana negara nak maju, sape nak bayar gaji? apa lah punya org, ingat skng zaman batu ke?
btw, nani, i remember while i was in school dulu, i was the only malay in the class, while 33 others were chinese, but we were indeed could study and have fun together, sing a song together, regardless of i was the minority there.
but somehow, look at our own coursemates la, i think the more grew up we are, we think too much until it comes the idea of "racism".

mi amor

Daisypath Anniversary tickers