Friday, 5 June 2009

gila gila redang

salam
hari tu aku dan kawan kawan hebat pergi ke pulau redang, terengganu.
pelancongan tersebut adalah pelancongan yang sangat menarik, hebat, jitu, padat, meletihkan, menyeronokkan, berbaloi, sedap, indah, dan macam-macam lagi gambaran yang boleh di gunakan menggunakan kata sifat yang positif dan mashyuk.
senang kata, kami memang enjoy habis habisan dan kami sangat bersyukur diberi peluang menikmati keindahan alam ciptaan tuhan yang maha esa ini. satu peluang yang sangat bermakna, apatah lagi bersama rakan rakan yang tersayang.


antara perkara yang menarik tentang pengembaraan di redang (the baju kurung adventure - redang) ialah tentang laut nya yang sangatlah indah. aku tak pernah lihat air laut sejernih ini. air hijau, biru. boleh nampak ikan berenang, dan lebih hebat boleh lihat dasar laut yang jarang aku nampak. dan juga lebih indah dengan batu karang yang bentuknya, subhanallah, indahnya ciptaan yang Esa.

cuba lihat ikan ikan dan warna air tersebut
yang hitam hijau sedikit tu ialah terumbu karang

perkara begini sangat sukar aku lihat di alam nyata. selalunya tonton di tv sahaja.
jadi, dengan tidak malu dan segan, aku mahu tunjukkan kepada kawan-kawan di luar sana, bahawa keberangkatan anda ke pulau redang adalah amat berbaloi. (jika kamu pandai cari pakej yang sangat murah. pakej kami hanya rm250, 3 hari 2 malam, anjuran bersama PUSAKO redang)

oh ya, dengan pakej tersebut kami dapat :-
1. feri pergi balik ke pulau redang
2. penginapan 3 hari 2 malan di kuarters tnb
3. instruktor pusako percuma (abang ipar riss)
4. water confident setelah sampai di redang di pantai teluk dalam
5. island hopping di 4 buah tempat berlainan dan snorkel di situ(4-4 menjanjikan kelainan)
6. mencuba alatan skuba di taman laut/marine park
7. tengok penyu (pemandu bot turun ke dasar dan tangkap penyu)
8. mencadat sotong - pergi pukul 8 malam, balik pada 12 malam

pertama kali candat sotong di tengah laut hitam pekat.
baru kami tahu kenapa sotong sangat mahal.

9. snorkeling terakhir untuk melihat sea anemone (clown fish, or nemo) - mereka sangat banyak dan comel tau di situ (pantai teluk dalam)
10. makanan terengganu yang sedap gila - nasi minyak, nasi macam2, gulai ikan aya (setiap hari tau - sedap sangat), bbq hasil candatan sotong serta lauk pauk lain yang amat memuaskan perut.
11. pemandangan yang indah bagai syurga

the sea anemone - nemo (the boat guy caught this for us)


anak penyu comel


kalau diberi peluang, duit dan masa
aku tak akan teragak-agak untuk pergi lagi :)

5 comments:

mimi mimi. said...

wawawawa...=D

Hannanika Chan said...

ngeee :) best best

-itu gadis- said...

bestnyerrrrr!!

gda Mokhtar said...

walopun aku pening2, tp ttp enjoy!

kiki said...

slm,nak tnya, pakej ni open utk public ker? or utk certain people jek, klu open, nak number org yg offer package ni boleh?

mi amor

Daisypath Anniversary tickers