Thursday, 29 January 2009

itchy mode

salam
i am so very the boring at home and things started to get cheesy.
well, had fun with kak su yesterday, Bedtime Stories was hilarious! ngehehe
and in very weirdo kindof situation, i duno why i bought the 'pengantin' mag. OMG. syit.

i'm only 24 (this april), i told myself
is it the rite time for me to skim and scan this zine?
syit.

then i looked at it again and
damn,
it is the right time

i

just

don't

have

the

money.

blur..
(and of course, the perfect slimmer body, yet)

one day, ppl..
one day!

uuhuhuhhhuhuhu

(gatai kan?)

well, and adding to my obsession (or shall i say, my academic passion)
i researched the net(tak tahan)
and found this,

cantik kan? i like!

and sum many more like this

maaf pemilik gambar, nani curik ya. haha

wateva la kan?
hahah..
yes and oh yes.
i want to get married, and i want to tell the whole world about it

but
i just duno when
:D
hahaha.

typical huh? a girl's dream is to get married, get good husband, find nice clothings for the ceremony
yeah i noe, typical
but who doesn't?
it will really be a big lie if i say egoistically that i never thought about my wedding
and how beautiful it would turn out to be
(tak rock a nani)

so what?
go to 'tut' with all those thoughts
i am a typical lady
nothing less or extra ordinary
a human being


and moreover,
kahwin kan ibadah?
haha :)

yah, layan layan
cheesy me :)
hokei? bye!

p/s and most importantly, getting married is not simple and easy. the decision to live with that someone you want will be a challenging road to travel, duh :) and i hope however challenging mine would be, i'll be alrite, though tears would come and go :)


Monday, 26 January 2009

pemberi yang besar

atau translate into bahasa org putih,
the big give.
pernah dengar rancangan ni?
pernah tertonton atau terlihat?
tadi aku tengok marathon termasukla finale nya sekali
biasa la, aku kalau bab-bab yang berkaitan ngan oprah memang layan tak berkebil mata kat depan tb tu



tapi that reality tv memang mashyuk habis la. the best so far, bagi aku. (second is project runway!)
memang menarik gila konsep big give ni.
ok, bagi yang kurang arif, big give ni rancangan ilham oprah winfrey (kalau korang tak kenal memang aku hampuk la)
dia cari sepuluh orang yang berusaha dan kreatif untuk 'menyumbang'
menyumbang tu maksudnya pk kan hadiah yang terbaik untuk mereka yang memerlukan. huu.. best kan?
sangat lah menyentuh dan tersentuh jiwa aku bila mana episod yang satu tu, diorang kene beri sesuatu untuk orang yang hampir tibe ajalnya. maksud aku, untuk orang yang tak kan hidup lama la
and, diorang kasi mcm-mcm kat this family, kasi diorang round new york, bayar segala hutang family tu.. wah memang bertuah dan touching gile
pastu diorang pekenan permintaan sorang nenek yang suka sangat lagu 'unforgetable' dan jemput penyanyi asal untuk nyanyi for the nenek. so sweet.
ok. enuf la diskripsi aku untuk rancangan tu.

kat malaysia ada ke?
ada... bersamamu tu.
ala yang jaclyn dok nyanyi tu
yang fifi duk pegi ke ladang tu
ha..lebih kurang sama la kan?
cuma, sumbangan dan pendekatan nya tak sama.
yang bersamamu tu sedih amat
aku tak tengok pun, sebab aku tak sanggup tengok
aku tak suka tengok benda-benda sedih ni
(padahal sebenanya, aku malas nak tengok..sori la penerbit, bosan skit la : jujur ni )

tak ada beza kita kat Malaysia ni dengan omputih tu
cuma..hm..

ntahla, kadang-kadang aku menyampah gak tengok bila ada orang or persatuan derma kat mana-mana tabung, nama diorang akan naik suratkhabar
then diorang nye gambar akan ditayang sebesar-besarnya kat paper tu (gambar serah cek)
ntahla nape aku nyampah. kalau derma ikhlas kan, tak payah la kita nak buh gambar besar-besar tu. yelah, kita yang kurang berduit ni tak mampu nak kasi banyak-banyak. tapi kalau kita kasi banyak, gerenti masuk paper. cuba la korang buat. kasi sume harta korang. sure masuk paper lah. hahaha

aku tak malu kalau aku cakap hari tu aku masukkan rm3 kat tabung palestine di sebuah restoran.
buakn nak belagak ke ape, aku bawak sepuluh hinggit je, mee rebus ngan air dah 7 inggit. huhu.
ntahla.
mungkin diorang memang betul-betul ikhlas kot. cuma media yang saja ja nak amik gambar.
watevaaa.

tapi aku terkenan pulak ngan cara salah sorang peserta big give ni menyumbang. dia tak guna duit pun, sebab dia tak ada kenalan yang kaya dan kabel-kable orang kaya. so dia pergi satu restoran dan minta chef restoran tu untuk beri kelas masakan percuma kepada kanak-kanak kat hospital orang miskin. and guess what? chef tu setuju and dia tanpa berbanyak soal terus mengatakan 'ya'.
begitu mudah sekali!

too good to be true kan?

tapi, kawan-kawan,
adakah sama perihal kita?
sanggupkah kita luang masa, tenaga, bazir wang
untuk strangers?

ntahla
tapi aku yakin dan pasti ada antara kita
yang berani menanggung kepenatan dan kerugian
untuk senyuman strangers dan orang yang memerlukan

aku doakan ada
antara kita ya?

reminder for myself too
aku doa juga kalau ada situasi sebegitu dihadapan mata
aku akan cuba untuk memberi
the big give
mungkin kecil tampak zahirnya
tapi di hati mereka adalah besar dan bermakna

thanks Oprah!

Sunday, 25 January 2009

opah


awal pagi 22 januari, 1.50 pg, opah tinggalkan kami untuk selamanya
mula-mula hati rasa lega sebab tahu penderitaan opah telah berhujung
tapi bila dah sampai rumah pusaka opah yang ditinggalkannya
ada titis air panas jatuh ke pipi aku

masih tergantung lagi pakaian opah di ampaian
masih ada seekor lagi ikan goreng bawah tudung saji opah tak jamah
masih elok lagi nasi yang opah masak 2 hari lepas
masih wangi lagi bau katil opah dgn bedak avon
masih terngiang suara latah opah yang buat aku dan sepupu sepupi berdekeh-dekeh atas lantai
masuh terasa hangat tangan opah bila aku salam cium tangan dan pipi
masih utuh rumah pusaka opah tak makan dek waktu

sayu dan pilu
aku teringatkan kata-kata opah waktu aku suap moi nasik masa dia sakit
"kakak kawin bila kakak?"
"taktau la opah. dua tahun lagi kot"
"kakak bekawan lagi ke dgn yang datang hari tu?opah tak suka."
"tak dah opah. kakak kawan ngan orang lain sekarang"

tapi opah, kakak punya kawan yang baru ni mesti opah suka
dia baik sangat
tapi dia tak sempat jumpa opah.
opah restui kami ya?

lalu opah tanya perihal sepupu-sepupu yang lain. dgn siapa diorang bekawan,
bila nak kawin, bila along nak datang..
hendak saja aku titis air dari mata ni bila jawab tanya opah.
aku tak sanggup. tak sanggup kecewakan setiap soalan opah.
tapi hakikatnya aku tau.
opah nak tengok cucu perempuan dia kawin. sekarang ni cucu laki-laki je yang dia sempat.
maafkan kakak, opah.

kala itu, aku rasa nak nangis. aku tengok moi kat tangan aku. teragak-agak aku nak suap ke mulut opah yang kering.
tapi aku tahan air mata. aku tahan sebab aku tak mahu memulakan tangisan apa-apa.
aku tahu kalau aku nangis, semua orang akan mula menangis. aku tanak opah tengok semua tu.

opah tanya
"kakak dah pergi jenguk umah opah dah?"
"dah, opah"
"bersepah kan? banyak benda tak buat lagi. opah dah sihat nanti opah nak balik sapu. kebun belakang tu pun dah semak".

aku terdiam. aku tak tahu nak respon apa. bergenang. penuh air kat kelopak mata.

aku lihat muka mama, abah.
aku tak nak bayangkan kesakitan mereka.
aku tahu mereka juga sakit.
mereka juga kecewa.

bilamana opah terbaring kat situ
aku tak mampu lakukan apa-apa.
ketentuan tuhan aku tak dapat ubah.

kadang-kadang, aku tahu dan rasa apa yang opah rasa.
dia nak tengok cucu-cucu perempuan dia cantik dan melawa.
dulu, opah selalu tegur fesyen-fesyen kami.
"kak, baju tu tak lawa la, pakai yang satu lagi tu"

"kak, potong rambut sikit. baru nampak muda"

tersenyum aku bila mana opah buat cadangan.
aku ikut ja.
sebab aku nak senangkan hati opah.
aku nak dia happy.

tapi opah dah tak ada untuk tegur baju aku.
opah dah tak ada untuk ingatkan aku potong rambut aku.
opah tak ada untuk perhati kami sepupu-sepupu bergurau rebut ayam goreng di sudut itu.
opah pergi.

suasana kampung sunyi.

opah,
kakak sayang opah sangat.
kakak minta maaf tak sempat nak tunjuk opah hari perkahwinan kakak
kakak tau, opah nak tengok kakak pakai baju lawa
kakak minta maaf ye opah?

opah,
kakak rindu opah
kakak rindu bila opah tanya banyak soalan
kakak rindu opah melatah
kakak rindu dengar opah baca quran

opah,
maafkan kakak sebab tak jaga opah baik-baik
maafkan kakak sebab tak jenguk opah selalu
maaf ye opah?

ya allah, tempatkanlah opah di kalangan orang beriman. amin

mak ndak kata sebelum opah dikebumi hari tu,
muka opah senyum. cantik sangat
:)

al-fatihah untuk opah.
kakak cinta opah

p/s kalau kakak kawin nanti mesti sedih sebab opah takde :(

Monday, 19 January 2009

boikotlah kamu ya?



salam.
kawan aku penah tanya
"perlu ke boikot ni?" dan ada kawan aku pula menjawab "perlu. sebab duit yang kita beli tu akan disalur ke tabung diorang nak beli senjata membunuh orang palestin." pastu dia tanya lagi, "kalau barang tu kita perlu sangat-sangat? dan kita dah biasa guna, mcm mana?". then dia jawab balik, "selagi tak membunuh, aku takkan beli barangan israel ni.".

sangat betul
ada betul
memang betul

kenapa kita nak memboikot?
kan sikit aja yang kita beli?
milo dh biasa minum la..
tak best la kalo tak minum..
mc d pulak sedap amat
tambah2 dia punya double cheese bege dgn dia punya sausage mcmuffin
perghhh..
mmg terliur gile tengok iklan dia kat katalog suratkhabar

tapi aku tetap boikot.
penerangannya?
sebabnya?

kerana aku tak berduit nak ke Palestin berjihad sama-sama
aku tak bermasa nak ke Gaza masak air dan beri ubat luka
aku tak berdaya nak redah sempadan arab yang ditutup untuk pelarian
aku lemah
aku tiada kudrat

jadi kudrat aku ini
digunakan untuk
melupakan McDonalds
menghilangkan Coke yang telah lama aku tinggalkan bukan kerana boikot saja, tp takut terkena dek diabetes yang membunuh
menghalang kawan2 berkunjung ke TESCO
menasihat keluarga untuk tidak lagi ke pizza hut, kfc dan memakai loreal
bertukar ke produk neutrogena
pakai syampu mustika ratu

hah
aku quote balik apa yang member aku cakap
"selagi benda tu tak membunuh"

dan oh ya
jangan lupakan doa kalian ya

Monday, 12 January 2009

what is the price of your job?

salam
apa harga kerja kamu? how much is a price for a teacher? not much i could say. not much. but it is fair enough. cukup makan. cukup pakai. cukup mandi. cukup untuk g tengok wayang once a month. enough for my parents to be a lil less burden. (although i have no salary yet).

is it worth it? how much you work for when you receive that amount of money?
money money
it's all what we think it is
it's all that matters
in fact, it is
no money, life's clueless

how many of you, when filling up the UPU/online/University/Institutions form, u think about..what pay will i get if i graduate in the course that i wanted and filled in? waht will be the price of my career? i asked my coursemates and sum of my old frens back then. majority said they were thinking so. well, we are definitely doing the right thing here. thinking for the future. hari tua nanti diri sendiri yang menjaga bukan mak ayah yang kita torture untuk mereka keluarkan wang yang banyak untuk kita.
jangan torture mak ayah dengan mintak duit.
aku pernah dan selalu begitu.
aku mmg teruk.

di benak hati aku kadang2 menyesal sebab 'ter'mintak mama bayarkan untuk handphone.
apatah lagi adik aku yang minta mama duit separuh dari harga untuk beli slr kegilaan remaja trendy habis blagak nak mampos.
barang dapur, mama beli
aku makan je tau. masak sikit2. basuh baju. sidai. lipat. bukan byk pun kejenye.
menghabiskan duit org yang kita sayang mmg tak boleh dielakkan.
(cepat2 la posting bulan 7, aku nk keje. nak gaji)

but, itu lumrah. mmg rutin perjalanan hidup ditulis begitu.
kita akan tau bila kita dah umur nak dekat setengah abad.
masa tu kita sedar yang pengisian borang UPU yang semata-mata nak dapatkan kerja yang kukuh tu sebenarnya ada baiknya.
bukan tak dapat buat apa yang kita suka, minat.
tapi, hidup ada pilihan. dalam pilihan kita kena pertimbangkan banyak perkara
kita bukan hidup untuk kita je

aku pun dah ada kesedaran dan
aku terima hakikat yang aku akan jadi teacher
aku terima. ya. terima.
lantaklah aku nak jadi apa pun lepas ni.
lecturer ke, aktivis teater ke, tulis puisi ke.
yang penting,
aku nak hidup aku sederhana, bermakna, berjiwa.
hidup, mana pernah puas kan?

no matter how much the price of your job is
no matter how low the pay would be
relish it. be blessed with it. have fun in the adventure.
life's like that
i pray for you all the happiness in the world

Wednesday, 7 January 2009

aku di fasa kemurungan

salam

aku tulis ini bukan kerana aku ada penyakit kemurungan
i'm just in that sadness phase where everywhere in the cruel world, things seems to grow worse.
sedih :(

1. palestin bermandikan darah dan aku tidak mampu berbuat apa2 selain menulis di sini, mengaminkan doa dan mungkin tidak beli barangan dari Israel
2. opah aku sakit dan sangat memerlukan kami, tetapi kami masing-masing punya kerja jauh dari Kuala Kangsar. kalau la aku berduit dan boleh pergi ke sana setiap hari selepas kelas untuk suapkan moi ke bibirnya, sudah tentu opah gembira sekali. hari aku melawat dan suapkan moi itu sungguh sebak. hampir menitis air mata aku di kulit tua opah yang semakin dimamah usia itu. sedih. aku lihat opah cuba berkata-kata. tak sanggup lihat opah sedemikian rupa :(
3. bapa kepada orang kesayanganku juga sakit teruk dan aku tidak mampu berbuat apa-apa.

kadang-kadang rasa tidak berguna

kerana aku mampu. aku tidak boleh berbuat apa-apa. banyak sangat penghalangnya.
terutamanya wang, dan masa.
aku masih ke kelas
masih belum siap tesis aku

"to have the ability, but to be able to do nothing"

rasa geram kan?
tapi itu hakikat

hanya doa mampu ku berikan
to ppl i really care about

may Allah bless you and lift up all your burdens
i love you

i have 'to'

to have the strength
to not able to use it
to have the guts
to not be able to utilize it
to have the heart
to not be able to feel it

to stay on strong
to believe you are okay

i feel empty
incomplete

if i could have all the love
all the money
and all the time

it would have been easier
for me to reach to you
for me to touch you

i am possibly so frustrated
of the fact that i'm not by your side

such things are frustrating kan?
i wish i'm a grownup

kawan,
bila kita dah berjaya, berkerjaya, bersuami korporat, berpandangan beda, beranak lima,
jangan lupa mama abah ya?

Saturday, 3 January 2009

aku minta maaf

khas buat semua yang pernah menjadi sebahagian diri ini. aku pohon maaf.

aku minta maaf kepada
engkau, kamu, kalian

yang paling aku ingin minta ampun pada
si Dia yang kugelar Tuhan

aku susun jari dan keringat
buat bunda
untuk ayahanda
kakanda
adinda

sudikah kiranya kau maafkan aku
teman lama
kawan baru
sahabat jauh
lelaki jahanam
lelaki terlepas
lelai yang aku idamkan
lelaki yang aku tak sedar kehadirannya
perempuan perampas
perempuan aku yang merampas
perempuan yang sama nasib
manusia yang ku hina
manusia yang pernah lekat cacian ini di telinganya
operator telefon
ahli politik yang aku label kurang berwibawa
guru yang hampir aku calar mobilnya

aku lontarkan seribu kemaafan
aku tiupkan sejuta penyesalan
aku hembuskan seabadi pengampunan

kalian mungkin tidak bisa mendengar kemaafan ini
dari jauh dari ruang kecil dari hati ini
kalaupun tidak kedengaran ucapan kemaafan ini
aku telah cuba memintanya
mendambanya
maaf maaf maaf ya.

kerana apa jua kesalahan kamu
sesakit mata pisau kamu torehkan ke atas lukaku
sepanjang mana kalian siatkan kulitku

apa jua segalanya telah kumaafkan
kumaafkan dengan keihklasan
berjuta-juta
kerana aku malas fikir tentang itu lagi
aku maafkan
dan aku lupakan
aku malas hendak simpan.

tahun baru ini
kesalahan kamu telah aku lupakan
dan mungkin juga kamu telah ku buangkan.

Friday, 2 January 2009

new year's eve virgin

aku membeli cokelat untuk dijadikan bekal perayaan

salam
tgk tajuk entry itu? yaaa. aku new year's eve virgin. yes and yes, aku tak pernah keluar mana2 untuk raikan new year apatah lagi berparti hingga dinihari dan kesejukan tulang. aku rasa aku tidak berapa suka. dan akhirnya pada malam menyambut tahun baru 2009 aku keluar. bersama adik (yang juga virgin) dan beberapa rakan hebat sekolah menengah.

adik aku

ustad, farid, sue, atie, adik aku, atun

yes, i'm proud to say that i dun celebrate new year's eve. apalah sgt, org berpusu-pusu. jantan bongok yang sengaja melanggar dr belakang dan aku katakan padanya "bodoh. jalan sikit punye besar nak jugak raba aku". lalu dia buat tak tahu.bau arak yang mmg hampeh(aku tak tau pun bau arak mcm mana tapi kawan aku yang cakap). bau rokok melekat pada baju. peluh. jalan sini tutup sana tutup. sangat menarik rupanya perayaan tahun baru.

kami snap gambar. kami-kami saja. aku look forward untuk berjumpa rakan. bukan untuk terkinja-kinja bersorak pada jam dua belas.

menggedik seketika

jam di tangan pukul 10.45. teman aku pun kata "jumlah gi oldtown. bukan ada apa pun. org ramai, sesak. gi oldtown leh melantak". lantas semua pun bersetuju. dan akhirnya kami di oldtown, minum kopi, catch up with life, merenung masa hadapan, sembang-sembang, bergosip, dan tak sedar jam sudah 12 .15. "eh dah new year la..happy new year semua!". wah..tidak sedar sudah 2009. aku pun sdah 24. haduh.


kami pulang detik 1.15 dan balik rumah. best juga :)

apa orang nak kata, katalah. tapi inilah new year celebration bagi aku. bersama rakan, simple, borak-borak dan lari jauh dari kesesakan nafas di dataran perayaan. aku suka :D kalau ada ibu bapa dan keluarga, pasti lebih meriah dan sempurna. tapi mak ayah aku tidur awal. susah mau ajak mereka keluar..tahun depan aku nak bakar ayam ngn mak ayah :) meriah sikit. barulah rasa enak hidup yang sudah semakin mengunjur ni.

kepada semua yang beragama islam. berdoalah kepada saudara kita di palestin. mereka di ambang maut sekarang ini. kasihan mereka. aku sedih.

kepada rakan-rakan dan orang yg aku care about,
aku sayang kamu.

mi amor

Daisypath Anniversary tickers