Tuesday 9 June 2009

masa terluang

salam
dalam kursus induksi ini aku masih tercari-cari masa terluang untuk menconteng blog.
iyalah, kursusnya 8pagi ke 6 petang. malam dihabiskan dengan menulis tugasan pulak.
aduh. kursus pun kerjanya punyalah banyak.
dan yang paling senget dan brengset sekali ialah aku diserang demam yang teruk sehingga jejas semua aktiviti.
yang aku tahu, aku lalok telan ubat batuk yang diberi doktor kelinik bersatu.
lalok nya satu macam.
terpaksa salin nota terumbang ambing.
habis tulisan macam cakar harimau.
itulah.
kifarah dosa :)

apa pun, aku masih terngiang keindahan dan ketenangan redang
alangkah indahnya kalau dihantar ke sana untuk kerja
tapi sayang, ada sekolah rendah sahaja
huh. merugikan. sanggup minta tukar kalau dibina sekolah menengah di situ.

dan lagi
semua pensyarah yang beri kami kursus semuanya menceritakan tentang 'kengerian' posting di Sabah Sarawak yang naik botnya 3-5 jam, dan juga perkampungan orang asli di mana mana.

entahlah.
adakah aku mangli atau aku sudah fedap dengan cerita sebegitu.
aku buat tak menahu.
aku buat buat dengar.
kununnya aku juga sangat takut.
padahal aku tidak rasa apa-apa.
ya, kebas.

sekarang ini kalau mereka hidangkan aku aku dengan cerita penempatan guru di sana,
aku malas pikir.
aku hanya mahu cepat kerja.
demmit.
aku dah tua.

aku pikir, bila nanti aku dan kerja
ada ke masa nak blog?
buatnya dihantar aku ke tempat yang ditakuti itu.
entah elektrik ada pun, aku tak tau.

hm.
nasib nasib.
ke mana sajalah kau pergi membuat onar
cikgu bahasa inggeris!

2 comments:

cik3i said...

haha
buatlah onar di mana mana shaja..asal kamu bahagia.

cik3i said...

pegi sini ye...

mi amor

Daisypath Anniversary tickers