salam
masih ingat lagi tak tentang entri aku tentang beberapa entri aku yang lepas-lepas?
tentang tekanan tempat kerja, rakan-rakan dan sebagainya?
hm. persepsi telah berubah. betullah apa orang kulit putih cakap.
you have to experience it to believe it
or
don't judge the book by its cover (my case here is don't judge the book by only A person's review)
atau kata melayunya,
tak kenal maka tak cinta.
mungkin tekanan tentang komuniti sekolah (para guru)
terlebih digembar-gemburkan kepada aku.
ok ok.
kamu tak faham, barangkali.
mari ai stret tu de point.
sebelum ini, ada seorang beritahu aku, cikgu-cikgi di sini suka mendengki, cakap belakang, dan macam-macam.
jadi diceritakanlah segala pengalaman yang didengki dan dimengata dan segala.
aku ambil mudah, mungkin kerana aku ini manusia, jadi aku mendengar cerita yang one sided sahaja.
dan dengan bodohnya aku 70% percaya.
nah. ambik. kan teruk?
kan diajar kalau mahu percaya, harus didengar cerita kedua belah pihaknya?
dan siapalah aku untuk menilai orang sedangkan aku tidak tahu hujung pangkal?
telah 3 minggu di sini.
aku telah ubah persepsi.
cikgu-cikgu baik belaka.
cikgu-cikgu walaupun memandang mata berbisa ke arah pakaian aku yang warna-warna tetap bersembang bila aku tanya.
cikgu-cikgu bukan jahat, baik, peramah dan sanggup menolong.
salah aku.
apalah aku ni. cepat sangat mempercaya bila orang melabel.
walaupun ada yang sebegitu,
ada yang mengutuk di belakang
biarlah.
kerana aku rasa di sini aku ada kawan. cikgu semua ok lah. tak teruk pun! :)
huh,
pengajaran penuh kali ini.
jangan mudah menilai, dengan kata-kata orang.
boleh pakai,boleh ambil.
tapi kena juga,
lihat, belajar dari pengalaman sendiri.
hokei?
:)
kepada tuhan, aku minta maaf.
kepada mereka yang aku ter'persepsikan'.
aku mintak maaf.
dah dah.
gembira,
boleh kan?
No comments:
Post a Comment