Saturday, 5 September 2009

geram

salam
bebudak zaman sekarang buat ai rasa sangat geram.
takde kesedaran.
macam hampeh.
boleh pulak macam tu.

penat cikgu mengajar.
buat lesson plan berkaton-katon.
bebudak cukup mengade,hokei.
geram.

"anas, ulang balik apa yang teacher cakap beberapa saat yang lepas"
"suruh orang lain la teacher. saya taktau"
"aik,teacher baru je terang,kan? teacher nampak kamu kusyuk je dengar. takkan sikit pun tak boleh? oklah, poem ni pasal ape?"
"ntah" (sambil sengih-sengih)

terkebil-kebil ai.
bebudak lagila terkebil.
huh.
geram.
time tu rasa darah berderau je.
kalau cenggini bebudak sampai bebila.
memang cepat aku darah tinggi.
ai urut dada.
tergelak bebudak.
ingat ai buat lawak kot.
fatin :" sabar cher. bulan posa. hehehe"

"teacher taktau la kenapa ngan korang ni. teacher bersemangat. berkobar nak ajar. tapi macam cakap dengan tunggul. bila nak ubah sikap tu? kata nak bawak mak ayah g haji. nak g kl pun tak lepas kalau macam ni. ntahla. lantak korang. biar teacher simpan je la. abih air liur je"

akhirnya seseorang bangun
"b.i. susah a teacher. kami taktau papa langsung"

adui.
tula yang ai ajar tu menatang hape?
dah taktau, belajar la! kan ai dok ajar ni!

"teacher, buat tusyen lepas kelas boleh?"

"tak mau. dalam kelas pun kamu tak belajar. tusyen buang masa je"
"pls teacher. ajar kami karangan b.i."
"ok"

bebudak ni memang pelik.
semalam ai ajar tentang problem teenagers, diorang suka.
ok je.
bila ajar poem hari ni.
mak aih. panas je.

memilih topik agaknya.
nak wat cemana, literature memang wajib.
maaflah bebudak.
terpaksa terima, hokei?
doakanla aku berjaya bukak pintu hati diorang ni. pelan-pelan.
ai yakin ai boleh, and ai yakin bebudak boleh.
jangan putus harap.

lagi satu, bebudak form 2.
pj takde bulan posa.
ai ajar cemane nak kira bmi.

pastu dah tulis formula kat depan.
salin cantik2.
pastu bagi contoh.
berat 45kg.
tinggi 1.55 square. (ai tulih kuasa 2 kecik kat atas tu.kat sini takbley tulis la)
pastu berat per tinggi kuasa dua.

"teacher tolong. tak reti"
"ok, tulis tinggi kamu"
bebudak tulis 40kg
"per dengan tinggi kuasa dua"
bebudak tulis kat bawah, 1.50 kuasa dua.
"wehhh. tulis kuasa bukan macam tu. ishk, dah belaja ke blom?"
"cikgu mats ajar, kami main je."
erggggggghhhhhh.
"tau cemana nak dapat kuasa dua tu?"
"taktau. cane cher?"

ai kasi contoh
2 kuasa 2 = 2x2
3 kuasa dua= 3x3
1888 kuasa dua= 1888x1888
jadi
1.5 kuasa dua?

"errrr, hehehe, cane teacher?" (sengih kunun manja)
arghhhhhhhhhhhhh
ai give up ngn dia.
ai cakap kat dia.
figure it out.
last2, ai tunjuk jugak.
haduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

"ok dah dapat kan?"
"amik berat per dgn yang kamu dapat tadi"

"cher, per tu cemana"
"bahagi la tuuuuut"<---- aku hampir cakap yang ni.pepandai la korang figure out ape ni.
dan bebudak amik nombor bawah bahagi ngan nombor atas.
ai urut dada lagi.

itu namanya hilang sabar.
can't help it, ok?

nasib tak ajar maths.
kalau tak memang darah terlebih tinggi!

6 comments:

adawiah.zaini said...

bila baca ni, rasa nk marah je kt org yg ckp kje ckgu tu senang!! sbnrnya susah kan nk buat org fhm.adoii

Hannanika Chan said...

tulah. eeee. cikgu tak senang ok?
geram!

Your Average Mat said...

rileks rileks... ;)

nur ardiyana said...

semput aku baca...klo aku jd cikgu, gerenti hari2 ada org pancitkn tayar kete /moto aku...heh...takpun simbah dgn cat...sabarla teacher nani...pahala beb turunkn ilmu,,,pahala tak putus...sabola ye

[z@ck] said...

hahahaha..
br ajar kuasa dua..
belum lg ajar kuasa tiga..

ptt la cikgu math skola sy serabut je..dah paham da kenapa..
huhuhu

Arysha Ismael said...

geram2 pun pasti ang tergelak jugak kalu pikir kan..tambah2 bila ang ngat die tuleh kuasa dua yg kecik kat atas to as kuasa dua slumber nenek die je tuleh lagu tuh...sabar ek..nywayy mmg kn sabar la babe.itu je yg aku mampu ckp..kalu xsabr jugak ang bantai saja.. :D

mi amor

Daisypath Anniversary tickers