Tuesday 30 December 2008

gadis kotor



dia gadis paling kotor pernah kau jumpa
ada pasir tersekat di kukunya
penuh lumpur hitam di paru-parunya
dia bernafaskan udara sampah
dia berumahkan sisa makanan semalam
dia kotor sekali

peluhnya hangit semerbak
memenuhi ruang kaki lima durjana itu
dakinya setebal konkrit itu
kulitnya kasar, jijik, penuh sisik
dia gadis kotor

kasihnya tidak pernah kesampaian
cintanya tidak pernah dihiraukan
dia tidak suci
dia dibenci
dia bukan indah di hati
dia bukan gadis impian jejaka
dia tidak mahu didamba lelaki
kaum adam yang terakhir sekalipun
tidak mahu dekat gadis ini

dia gadis kotor

lewat malam
dia menangis sendiri
bersoal pada tuhan
mengapa dirinya begini

satu hari yang lebih kotor
dia terlihat satu cahaya
datang ke arahnya
terlihat seorang wira
entah dari kayangan mana
menghulur tangan erat
disambutnya dengan nikmat

tangisan gadis kotor hari ini
bukan tangis hiba
tangis penuh ketawa
air mata kesyukuran dilimpah
khas buat penciptanya
kerana memberi ruang
mengunjur peluang

sang wira itu terus menggenggam tangan gadis itu seerat-eratnya

dia diselamatkan
sang perwira
diturunkan tuhan

sang perwira,
jangan lepaskan tanganmu
tetaplah disisi selalu

2 comments:

Your Average Mat said...

gila hebat. Hang pun dah berpuitis no. good work..

nani said...

nguahahah :P
saja, nak tengok aku ni boleh ke tak berpuitis :P
huhu.
i translate eva nye poems lah
thanks :)

mi amor

Daisypath Anniversary tickers