Friday 6 February 2009

sunyisepi

aku tahu cinta itu tidak boleh memaksa
tidak bisa dipaksa

tapi saat kau kata
"tinggalkan aku sendirian sebentar"
lalu, aku, bagaimana?
apa yang harus aku lakukan di kala kau sendirian
dan kau tinggalkan aku sendirian?

haruskah aku berfikir
adanya kemungkinan
kau akan segera berkata
"nah aku kembali dari bersendirian.
kau boleh berkata-kata sekarang"

dari mana harus aku
terbitkan kekuatan?
di mana bahu itu
yang selalu ku basahkan dengan tangisan?

wahai bahu
aku mencarimu
di mana-mana
dan sekarang aku tidak jumpa
walau aku tahu bahu itu ada
tapi ia yang tidak mahu keluar bersama

wahai bahu
maafkan aku
kalau susah jadinya kamu atas perlakuan ku
ampunkan aku
jika basah jadinya kamu kerana air mata aku
kau tak selesa kan dibasahi aku?
kau rimas kan beratnya pikulan itu?

wahai bahu.
mahu lakukan apa aku sekarang?
menunggukah aku?
menangiskah aku?

lihat
kamu tinggalkan aku dengan persoalan.
lalu aku kesat air panas ini di bahu sendiri.

kasihan bahu sendiri.
bila sunyi baru diri sedar diri punya bahu sendiri.

dan akhirnya
langit jadi sunyi
sepi.

No comments:

mi amor

Daisypath Anniversary tickers