Wednesday, 4 February 2009

dia cantik nya

salam
sekarang tengah sangat body conscious. geram sangat dengan lemak-lemak di badan ni. sedang berusaha kuruskan badan namun selalunya tak menjadi. tak cukup bersungguh agaknya, kan?

huh. macam-macam cara dan petua ai terai. menjadi ke tidak? ai pun tak menahu. ai rasa ai ni susah nak kurus. tapi ai kene try. kene try habis-habisan. yu ol doakan ai ye? and kalau jumpa ai, ketahuilah bahawa ai tengah berdiet. bukan sebab ai nak cantik dan tayang badan, tapi ai nak berasa ringan, dan ai nak menikmati pakaian yang mudah dibeli dengan saiz yang sederhana, supaya ai tak terkebil serata semenanjung malaya cari saiz paling muat. ai teruk kan?

cakap pasal gemuk kurus kan, ada mai fren cerita dia tengok iklan mana tah. dalam satu restoran ada dua gadis. seorang lawa cun melecun slim habis dan sorang lagi gemuk dan tidak berapa cun. pastu ramai la orang laki-laki yang masuk kedai tu. tiba-tiba perempuan cun tak hengat ni kentut busuk gila. tapi kan, semua orang pandang yang gemuk tu dengan pandangan disgusted dan jelek. kasihan dia. kerana dia gemuk dan tidak cantik, diskriminasi itu jatuh ke muka dia. persepsi apakah itu? persepsi bahawa orang cantik itu itu tidak kentut, mahupun dia kentut akan keluar bunga kah? dan yang busuk, yang disgusting itu mestilah sang gemuk yang sebenarnya wangi macam bayi?

ada lagi satu cerita yang berlegar di fster (mainan aku dahulu) tentang lelaki hensem dan huduh. 1. jika lelaki hensem menangis dia dianggap romantik dan lembut hati. tapi bila lelaki huduh nangis orang kata 'ngada-ngada lah dia tu'.
2. jika lelaki hensem derma wang orang kata dia pemurah dan prihatin. tapi jika lelaki huduh menderma orang kata 'eh, menunjuk lah tu'.

huh.
jahaat lah orang tu. macam dia bagus kan?
aku juga baca di majalah.
(ini lari topik sikit)
kenapa kita suka bergosip tentang artis?
sebab kita nak juga mereka ada masalah macam kita, orang biasa.
tu sebabnya kita suka bergosip pasal depa.
nak mereka setaraf ngan kita. haha. ok. kembali pada topik.

cantik. slim. slim, cantik.
tak cantik ka orang gemuk? busuk ke orang gemuk?
hmm..
tapi kan, kadang kala orang gemuk tu sendiri yang mengundang kutukan
kalau dah tahu gemuk, tak payah pakai ketat-ketat.
kalau dah tahu gemuk sopan lah sikit bila pakai skirt pendek.
tak kira orang gemuk atau kurus, jagalah tatasusila, jangan gediks tak bertempat. geli pulak.

kalau cantik itu perkataan untuk bukan zahirnya tapi dalamannya kan menarik?

tapi kan, kawan aku kata, rupa memang main peranan penting
jangan hipokrit, jangan berdusta la korang
aku pun sukakan sesuatu yang cantik

kalau dapat semua cantik kan bonus?
tapi kau takkan jumpa
walau dalam diri kamu

hanya Rasul sahaja menepati ciri-ciri cantik :)

2 comments:

mi amor

Daisypath Anniversary tickers