Saturday, 21 March 2009

klasik

semalam aku tuang rindu
aku tuang sehabis-habis atas kepalamu

semalam aku muncung seribu
aku muncung ribu beribu-ribu

semalam aku terkeliru
aku keliru dan terus bisu

hari ni sudah datang
dan minta jangan lupakan semalam

hari ni kepala kau kering
rinduku sudah sejat hilang

hari ni aku kena balik
tak sempat aku tuang lagi
membasahi kepala kamu

tak mengapa
aku kumpul lagi air rindu
sampai jumpa nanti aku tuang lagi
basah seluruh badan kamu

1 comment:

Danny said...

Hai....ni macam rindu teh uncang boh ni? nak satu? hehehe...

mi amor

Daisypath Anniversary tickers