Tuesday 31 March 2009

getah mangga

hari tu aku ngan wani, tiqah jolok buah mangga pakai galah depan kantin maktab. pastu, aku tukang joloknya sebab antara kami, aku paling tinggi. 165cm tu tinggi ar kire kan? pastu aku kait buah mangga, dah hebat bagai, tetiba seketul jatuh betul-betul atas muka aku.
maka terlekatlah getah mangga, yang sampai sekarang masih belum sempurna, luka, dan berparut
.

cis! aku takmau jumpa sesapa!

Saturday 28 March 2009

why rainbow?

that day after a full-court basketball game with my juniors of IPSAH, i walked back along the road of lovely IPSAH and i saw a beautiful fresh rainbow in the sky. yes, we played in the rain and yet, nothing could ever stop the intesity of the game. it was an irresistable game, and as anyone who knew me knew, that rain is not a stopper for me when sports is what i am doing.


the rainbow was softly blend in the sky, making it really pastel and blurry at the same time. i could see it at the end of the IPSAH field. it was breathtaking.
how often do you see a rainbow and felt awe about it?
how often do you feel the same as when you saw a rainbow, in the sky, after the rain, in the very wet cold atmosphere, with the smell of the grass mixed with the rain water?

how often?

why do people like rainbow so much?
tranquility, i should say, in the most humble sense.
it's a feelings you can only imagine but not say.
the analogy could be compared as this:
you sit in front of someone iresistably cute (to your eyes only, i mean)
how do you feel?
it is as if you're seeing a rainbow in front of you
how do you feel?

it's true, that God made this world so beautiful for a reason.
whenever you are stuck in the terrible world, there's always somewhere or someone you could turn to.

everyone dream(s) about happiness.
and it is found in the simplest thing of the world

i shall seek it :)

and thanks to Yasmin Ahmad,
the director of Talentime for making me cry in the cinema yesterday, which i rarely do.

the songs are a masterpiece, i would like to buy the album, please.
and surely, it will be one of the movies that i will remember for the rest of my life.

my favourite quote by Mahesh

"if you want me to forget her, I will. But please teach my heart how to forget, because my heart doesn't know how"
(i think it goes that way, i couldn't remember)
and
all the chats between hafiz and his mom, embun who was dying.
i cried over the simplest gestures between the mother and son.

this movie is a must watch.
and i want to do so for the second time.
irisestibly beautiful, touching and remarkable.


life's great!

kehadapan cikgu-cikgu gila

Untuk cikgu-cikgu gila

Wahai cikgu-cikgu gila sekalian
Kamu ada di mana-mana
Di maktab, di IPG, di UPSI
Kamu di mana-mana

Wahai cikgu-cikgu yang tersimpang pedoman
Aku tahu kamu grunge, kamu emo, kamu indie
Kamu gantung DSLR di leher penuh daki
Kamu punya arena musik sendiri
Kamu punya band nyanyi-nyanyi
Kamu cikgu yang tak pernah lepas konsert gig
Kamu cikgu pergi Rock the World dengan tiket Incubus masih di almari

Tapi kalau pegi tetap konsertnya, anak murid naya kenapa?
Kalau kamu ambil foto sehebat alam maya, anak murid terlupa bagaimana?
Kalau sendiri pakai perkataan 4 huruf bersembur, mahu anak murid diam, wajar ya?
Kalau diri sendiri shout di fesbuk tak senonoh macam bodoh, mahu panggil anak murid kurang hajar?

Kamu yang kurang hajar. Kamu gila. Kamu berpotensi tidak meng-GURU

Kami pun grunge, malah dari awal lagi
Kami pun indie, zaman teacher’s pet lagi
Kami pun gila seni, gig boleh jadi
Teater kami pergi, reformasi kami tengok di tv

Bila jadi orang tua macam kami
Fikiran hampir matang, ya kami akui
Terkesan di hati anak murid kami
Apa mereka akan dapat satu hari?

Tapi gitar tetap di hati
Musik masih jiwa kami
Indie tetap nafas sampai mati

Tapi pikiran mungkin beda, sudah terbaiki
Harap kamu pun turut menurut sekali

sudah sudah la
jangan gila lagi.
aku geli.

Saturday 21 March 2009

klasik

semalam aku tuang rindu
aku tuang sehabis-habis atas kepalamu

semalam aku muncung seribu
aku muncung ribu beribu-ribu

semalam aku terkeliru
aku keliru dan terus bisu

hari ni sudah datang
dan minta jangan lupakan semalam

hari ni kepala kau kering
rinduku sudah sejat hilang

hari ni aku kena balik
tak sempat aku tuang lagi
membasahi kepala kamu

tak mengapa
aku kumpul lagi air rindu
sampai jumpa nanti aku tuang lagi
basah seluruh badan kamu

Light Railway Transit

Salam

semalam setelah sekian lama (3 bulan kot) aku nek lrt
haha.
aku benci ar sekarang. busy je manjang. masa berkualiti dengan member and family pun kurang.
ni baru tesis
cemane la kalau dah keje nanti. aduh

ni nak cerita ar
perkara paling aku suka bila nek LRT ialah mengusha orang
aku suka usha pempuan especially (walaupun aku stret)
yelah. aku suka usha kasut derang, baju derang, and, ehem-ehem. hahaha :P
aku suka tengok derang dressing la kirenye.
lagu aku suka bila tengok gadis baru balik pejabat, dengan kasut yang sangat comfy, mahal and then bawak backpack laptop. perghh, stylo babe. dahla pakai baju kurung. memang thebajukurung adventure lah.
pastu kalau yang nak kuar jenjalan or dating, aku suka tengok yang pakai macam flip flop je. dengan tudung selendang kemas, or tudung biasa yang simple. nampak rawk, tapi sopan, and sweet at the same time. hehe. lagi suka tengok kalau diorang tak pakai mekap secalit pun :)

wah. indahnya ciptaan tuhan. indah lagi bila kita menghargainya. aku suka usha-usha ni. kalau yang tak senonoh tu lagi aku usha :P huhu

anyway
, yang ngongnye
bila tengah dok mengusha
satu tangan aku pegang beg.
satu lagi pegang handset.
tiket aku letak kat mulut.
aku gigit.
konon kool

syit syit syit syit dem dem

bila aku tengok bangla kat depan aku buat benda yang sama
dia..
dia..

GIGIT TIKET LRT!
bluek!
aduh. tak hygenic gila aku
i am literary kissing sumbody's lips
ntah berapa dah yang buat keje macam aku!
yek yek yek

lepas ni, bila beli tiket LRT aku nak jadi lebih conscious
tanak buat lagi perkara di luar sedar iaitu menggigit!!

:)

Wednesday 18 March 2009

sudah hampir kurang sibuk

Salam

penat nya. sibuk itu memenatkan. tambah lagi kalau bersukan di tempat orang, yang jauh ke selatan.
tambah lagi kalau sukan itu ialah berenang yang kudratnya satu badan.
aduh

KAGUM 2009 nampak macam sucks, tapi ada sebahagian yang menarik.
yang paling penting aku dapat ialah pengalaman.
dan juga aku terasa fit serta sihat kerana berenang setiap hari dengan jaya.

walaupun aku tidak menang (dan tak juga dapat tempat corot), aku suka sangat bertanding tuh
memang saingan aku hebat belaka
tapi dapat jumpa and besembang ngan diorang, dan rasakan suasana pertandingan yang sangat menarik
aku suka !

inilah kepuasa namanya. aku cari di sini. aku jumpa.

tahniah kepada yang menang, dan hampir semua dibolot IP (Institut Perguruan) dari Sabah dan Sarawak. mereka memang 'A'.
atikah, kawan se-berenang dalam team kami cakap
"saya assume kak, diorang ni menang sebab diorang ada semangat. datang dari jauh, duit banyak pakai. tak berbaloi kalau pulang tangan kosong"

yes. that is really it.
semangat, keazaman, keyakinan. mendorong kemenangan mereka. sebab diorang rasa akan rugi kalau mereka dihantar, pakai duit beribu dan berjuta, tapi hasilnya tiada. dan lihat lah hasilnya sekarang, aku kagum.

tahniah juga kepada IP aku, IPSAH kerana bawa pulang ini:-
1. emas acara jalan kaki 3000 meter - kak nureen
2. emas acara 110 hurdles - zidan
3. gangsa acara lompat kijang (p) - dayah
4. gangsa acara lompat kijang (l) - zidan
5. perak 4x400m (l) - zidan, adam, wi and naim
6. gangsa beregu badminton (l) - adham & ho
7. gangsa singles badminton (p) - ruby
8. tempat keempat hoki (p) - ramai2

untuk bola, hoki lelaki, renang, olahraga yang lain, tahniah juga kerana semangat kesukanan yang tinggi.
tunggu aku upload gambar di entri seterusnya. gambar masih pada tikah.

mungkin entri ni tak signifikan pada korang
tapi aku saja nak tulis sebab ini keluar dari kotak memori aku.
agak menarik kalau simpan di blog ni.
mungkin 10 tahun mengunjur nanti aku baca balik aku akan sentiasa ingat.

hmpph. aku nak siapkan apa yang tak tersiap lagi. aku dh cukup rehat dari karnival sukan itu

oh. aku mahu kawin!

Wednesday 11 March 2009

nani yang sibuk

salam

thehanani.blogspot.com mengalami kekurangan entri

punca: saya ketandusan kudrat untuk menulis selepas jadual harian dirombak dengan sangat drastik
begini jadualnya (setiap hari sepanjang minggu lepas dan minggu ini):

pagi - berenang paling kurang 2 jam 30 minit di AIMST , kolamnya sangat cantik, facilities first class. ini memang universiti swasta

petang - latihan drama. perlu tarian india yang sangat lincah

malam - sambungan projek paper a.k.a tesis yang kadang kala mencecah jam 3 pagi untuk aku tabulate data dan karang ayatnya.

fuhhh.

inikah hidup?
hidupkah ini?

jarang sekali aku diberi peluang begini
sekali sekala bila di kasi hak untuk lakukan apa yang aku suka
aku gembira
(aku suka berada dalam air dan kolam renang bagaikan katil air!)

walau aku penat prepare untuk in house seminar mr. nukman
walaupun aku kadang-kadang tak sempat balik bilik pun terus ke dewan

aku puas.
dan yang sedikit sedih ialah bila kesibukan terus begini aku lupa berhubung
maaf pada mereka yang suka hubungi aku namun tidak berbalas

wahai pembaca
terima kasih membaca di sini.

kalau kamu kata hidup itu membeli-belah terpulanglah
kalau kamu kata hidup itu ber'night life' maka bergembiralah
kalau kamu kata bahawa hidup itu keluarga, maka aku sangat menyanjungi kamu
kalau kamu rasa hidup itu harta semata, aku kasihan sama kamu
kalau kamu pikir hidup itu berkepit dan tangan pakwenya di pinggang maka mugkin aku pandang sedikit senget pada kamu

entah apa sahaja definisi hidup bagi kamu
itu hidup kamu
tapi kan,
hidup yang berlandaskan ibadah bukan kah lebih indah?
aku ingin mencari hidup yang indah
maka, aku akan teruskan doa
penuhkan iman
aku hendak indah!
ayuh kita :)

mari kita bersukan dan berhidup
ibadah tu kan berbagai-bagai cara :P


jum nikmati!
sayang kamu!

Friday 6 March 2009

old memories spring out

i had this memory when i was in my primary years about...hm.

swimming.

i use to have really intensive swimming practice when i was 9-12 years old. especially when tournaments dates came, swimming will be like half of the day. leaving me tanned and stripy skin of course. but, it was always fun when i was in the water. the feeling is different when you're on land u noe. and i always remember Sujie, who is now a synchronize swimmer for the country (she went to bukit jalil sport's school) and also Su Yi who is the best swimmer of us all (She could do all strokes effortlessly even in 4x50 rampaian) and also kak alia, who i could not recall the face anymore.

i use to really love swimming, and never get tired of it.

now?
the memories are all coming back to me. the smell of the chlorine, the plunging in, the bobbing, the tiredness, the water in my nose..everything..
i couldn't finish a 50m lap of freestyle yesterday and i have to stop nearly when i reached 40 m because i was so tired. what happened to me? my stamina is all over the place. syut.

today, things started to get better. i finished all my laps and i improved on my time.
it's all in the matter of practice.
but how to practice?
morning and afternoon, with classes, performances, assignments and all?
i just cannot seem to fulfill everything.
and tiredness conquer


couldn't wait for any holidays
repairing my system, and becoming lazier



which is not good.

it's a matter of choice, nani
if you can do it, then you will

Wednesday 4 March 2009

kejung kejung

kejung aku
sangat kejung
dengan assignment tak menang tangan
dengan storytelling performance
dengan dateline melambak
dengan in-house-seminar
dengan big fat project paper.
aku benci kesibukan.
tapi aku suka tekanan.

"mdm, please set a dateline for us to hand you our chapter four. or not we will not be pressured. please pressure us"

itu kata-kata aku kat mdm Kathleen beberapa minggu lepas. aku kena dipressure. dan nah, tarikh akhir hantar chapter four pada dia ialah khamis ni. dan aku tak buat apa-apa lagi. kosong. not even a letter on my microsoft word. 'tekanan' lah sangat. ya, aku sudah sedia untuk berjaga malam esok. aku harap aku sempat lunaskannya. aduh.

kalau tidak, terpaksa jugak aku hantar minggu depan. aduh. pressure ini memuncak

oklah. buat apa aku cerita pasal yang tak berfaedah dan tekanan pada orang di blog ni? yolah. aku tukar topik.

kejung lagi satu, aku mungkin wakil institut untuk KAGUM renang di JB cuti nanti. aduh. dah lama aku tak dive ke pool yang berklorin tu. aduh. dah lama aku tinggalkan swimsuit aku yang maha seksi tu. kali terakhir aku berlumba di kejohanan bila aku di penang dulu. darjah 4, 5 dan 6. zaman belum baligh kanak-kanak riang. time tu memang tak malu pakai swimsuit. siap dapat 1 gold and 1 silver lagi. hoho.

tapi sekarang? jadinya, aku kena beli muslimah swimsuit. aduh. kopak duit. bukan murah. kalau beli kat mydin rm20 mestilah pakai sekali akan koyak. aduh. dengan tak rela aku keluarkan 130 untuk baju renang baru. macamlah nak menang. stamina pun dah kering. badan pun dah berisi. teknik and skill pun dah haus.
aku cerita pada mama. mama dengar dengan penuh jenakanya, lalu gelak dengan kuat dan perli "tak tenggelam ke kak? dah lama kau tak masuk air tu. make sure ada life guard kat situ"
pedih je telinga dengar. haha. pandai je mama aku buat lawak. tapi takpe, aku redha sebab aku sedar diri badan aku dah gemuk nak mampus sekarang ni.

ishk.
kadang-kadang benci.
pada kegemukan diri.
bukan aku tak suka. tapi orang kita ni budayanya ada persepsi

bila aku cakap apda satu lecturer tu
yang aku ni perenang pada satu ketika dulu
terkejut reaksi wajah nya
dia amati badan aku yang 'besar' ni
dan tanya
"betul ke kamu boleh berenang?"
masa tu aku tak rasa sakit hati pun
aku kata ya
then dia kata pergi cepat bagi nama pada mdm Mary.
ya.

lepas itu baru aku sedar.
kenapa ya dia pandang aku sedemikian rupa?
aduh
rupanya badan aku bukan badan athlete.
aku gemuk.
aku besar.
aku berisi.
aku banyak lemak.

tapi aku boleh lompat belakang bila lompat tinggi. lepas je sukantara zaman sekolah. mata penuh unutk lompat tinggi.
tapi aku menang orienteering kampus UTP masa sekolah, naib juara. dapat la dalam rm300.
tapi aku wakil maktab KAGUM bola jaring.
tapi aku mampu jog.
tapi aku mampu wakil sekolah badminton.
tapi aku bisa main paintball.
tapi aku berjaya masuk futsal and pingpong untuk zaba masa temasya sukan upsi. siap dapat medal lagi.
tapi aku boleh buat apa saja aku suka. main apa saja aku larat.
tapi aku ada kawan.
tapi aku ada kenalan.
tapi aku boleh nyanyi.
tapi aku boleh rembat bola.
tapi aku boleh bersuka.

kesian orang gemuk.

ikut suka aku. aku suka sukan, tak bermakna aku kena kurus untuk suka benda tu.

kalau kau ada pikiran kejung tu kau renungkan dulu sama ada kau tu cergas. jangan jadi bingai dan ignorant. jangan jadi kurang cerdas.okeh?

p/s benda-benda atas tu bukan aku nak bangga, tapi nak tunjuk ja, yang orang gemuk tak semuanya tak sihat, dan orang gemuk pun cergas, pandai bersukan and they could even be your best friend.

biarlah korang nak kata aku bangga dan boasting tentang kelebihan diri. aku ni bukan mahu perhatian. cuma nak beritahu kewajaran. penjelasan masuk bakul angkat sendiri ni, biarlah!

mi amor

Daisypath Anniversary tickers