Friday 25 February 2011

kisah hati, yang terlewat, dan hidup seorang yang mengambil berat tentang orang sekelilingnya.

hari ni aku banyak sangat tulis entry. banyak sangat. sebab hari ni je aku free. dah lama pendam semua ni..dah lama nak menulis tapi masa memang cemburu. kan?
ada budak yang dah buat aku nangis tahun ni. bukan nangis sikit-sikit okey, nangis besungguh. sampai terpaksa ditenangkan orang, and yang paling kesian si dia yang terpaksa melayan aku.
kadang-kadang bila tengah bengang, emosi serabut pastu letih pulak, rasa macam nak marah je sape-sape. so terhamburla benda yang tak best dan menyebabkan orang terasa. kalau orang yang terasa tu memahami takpe. tapi kalau budak-budak yang selalu gelak ketawa ngan kita yang tak faham sangat erti hidup ni macam mana kita nak handle? :'(
masih bersabar, dan aku percaya one day, things will be back to normal.
(tapi aku tak tau cemane nak wat jadi normal balik)
am i taking things way seriously?
nahh.

aku tak tau la aku ni suka sakitkan hati orang ke ape ke tapi kalau orang yang sakit hati dengan aku sedang membaca ni. aku mintak maaf sangat-sangat. aku orang yang susah kawal perasaan.

Pernah tak korang rancang hidup baik-baik, atur langkah kemas-kemas…
Tapi, tiba-tiba, sesuatu yang tak diduga berlaku.
Dan dalam sekelip mata, ada yang berubah.
Langkah dah tak berapa sekata. Pincang sana-sini.
Yang terancang dh jadi cacamarba.
Pernah tak?

Dan bila sesuatu yang tak terjangka tu berlaku,
Kita macam fikir semula. Kenapa tuhan temukan aku dengan perkara di luar jangkaan itu?

Adakah tuhan mahu uji aku?
Adakah tuhan mahu berterus terang bahawa aku ini tak cukup mengaminkan doa kepadaNya?
:’(

Dan bila tersedar dari lamunan dan kepincangan, aku yang maha goyah ini terguris, teruntun, terluka, tercalar hatinya.
Dan akhirnya membinasakan.
Lagu memang boleh baca jiwa aku.

Suratan atau kebetulan (Kenny Remy Martin)

Sesuatu, yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

p/s 
Maafkan aku sebab ada hati dan perasaan L
yang sering melukakan
yang sering terluka
yang sering menyakitkan
yang sering disakiti

angkat diri sendiri. masuk dalam lubang hitam. duduk diam-diam. biar tak ada siapa nampak aku. biar sempit. biar gelap. aku susah nak bersekongkol dengan perasaan sekarang. perasaan yang tak terkawal memakan diri aku sampai lokek. ngokngek punya hati :'( macam kertas.

1 comment:

Amie said...

sesekali perlu juga kita dihadapkan dengan tekanan hidup spy kita dpt menilai kelemahan, menghargai apa yg ada, dan buat penambahbaikan serta mematangkan diri dlm membuat keputusan...salam kenal

mi amor

Daisypath Anniversary tickers