Thursday, 28 May 2009

Wednesday, 27 May 2009

to write, or not to?


have you ever thought that you could scribble
and scribble
and mumble the words on the paper
till it is all out?

have you ever known how much
how much
flair you had 
to put thoughts into lines?

have you ever asked yourself to stop
and put a fullstop
of things you do not want people to read
but it is too late?

being a writer is not that painless
you write and people got hurt
and they call you sarcastic
or even worse
back stabber

and they often ask you to reflect yourself
before you could write about their imperfections.
they tell you that you are not that impeccable, too.

and then you start to wonder.
aren't we all the same?
because I write to remind you,
and you should write to remind me too.

it is vice-versa
don't you get it?

entri tentang kawin lagi...


Salam.

dah alang-alang aku banyak entri tentang perkahwinan.
elok juga aku teruskan berkongsi tentang isu rumah tangga ni :)

aku cuma mahu beri pesan kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin
terutamanya kepada kawan-kawan perempuan ku yang aku sangat sanjungi dan sayangi.

berkahwin bukan bererti hidup jadi senang.
kerja jadi mudah.
suami tangung.
kalau susah boleh cari dan mengadu pada suami.
kalau tidak berdikari pun tidak apa, mungkin suami boleh bantu.
atau lebih riang, ada bibik tolong buatkan kerja-kerja.

perkahwinan ialah pengorbanan.
kalau suami minta tolong gosokkan baju,
pada bibikkah dia meminta?
didahulukan permintaan tersebut kepada isterinya yang tercinta.
yang menjaga makan dan pakainya.
bukan penderaan.
bukan penyiksaan.
permintaan itu untuk menjadi bukti cinta kepada suami.
kerana seorang isteri sanggup bersusah, berpayah supaya suaminya nampak elok dan rapi di khayalak.
kalau dilihat orang,
pasti mereka setuju isterinya pandai jaga dia, cintakan dia sesungguhnya.

kalau disuruh masak.
pada bibikkah suami itu meminta?
tidak.
pasti disuarakan permintaan itu yang pertamanya kepada isterinya yang tercinta.
mahu dirasakan lauk pauk yang usahanya dari isterinya, hasil cinta isteri terhadap suaminya.
kalau bibik yang masak, pasti sedih akhirnya.
jangan main-main.
kalau dah dijadikan suami itu untuk kita, pasti dia tahu siapa yang memasaknya.
biarlah masin atau tawar pada awal perkhawinannya.
suami tetap tahu, suami tetap menghargai.
yakin dan pasti, satu hari nanti akan sedap juga.
kerana seorang isteri yang cintakan suaminya pasti tidak akan berputus asa
untuk menggembirakan perut orang tersayang

kalaupun suami itu jenis yang diam sahaja.
yang tidak tahu meminta
atau yang selalu berkata "tak kisahla sapa yang buat pun"
percayalah,
jauh di sudut hati lelaki itu.
dia mahu isterinya yang berusaha dan berpayah.

kalau pula kerja rumah bibik yang buat
kalaupun semua kerja bibik yang larat
bak kata ramai lelaki di luar sana
"baik kawin dengan bibik aja"

oklah.
mungkin ada yang betul-betul perlukan bibik.
tapi.
ntahlah.

aku bukan pakar perkahwinan.
aku tak berkahwin.
aku tak rasa sibuknya.

ceh.
sibuk bukan alasan, okey?
lihat ibu ayah kita.
sibuknya mengalahkan perdana menteri.
tapi berjaya juga didik kita.
berjaya jadikan kita insan berguna.
berjaya suap nasi satu persatu sambil betulkan lampin dan masak kari kepala ikan kegemaran suami dalam satu masa.

berjaya kan mereka?
siapa kata tak boleh hidup tanpa bibik?
manja.
jangan jadi manja.
kita dicipta olehNya untuk lakukan tugas yang diamanahkan.
dan salah satunya untuk jadi isteri yang terbaik.

atau secara kasarnya
"tak mati pun ibu-ibu kita lakukan segalanya".

dan sekarang kita yang muda dan semakin kaya pula semakin tidak boleh.
manja.

"tak matilah kalau tak ada bibik"

hmm..
peringatan untuk aku juga.
dan kawan-kawan ku!
sayang kalian 
semoga menjadi isteri-isteri solehah yang dirahmati Allah 
amin :)

Monday, 25 May 2009

belum lagi.


salam :)

aku sudah tidak berasa bosan lagi di rumah kerana
- aku sudah keluar bersama kawan-kawan
- md zaini sudah beri aku game snail mail yang aku sangat teruja untuk main
- aku bina rumah hebat ekstravagan di sims
- aku dah start nak packing barang dan cari barang untuk redang dan BTN.
wuu.
best best :)

lagi satu ialah, aku suka membaca belog-belog yang aku tahu, rakan-rakan dan belog-belog menarik.
tahniah kepada mereka yang berjaya mencuri perhatian aku. korang memang rowk lah wey :)

ok. korangg....

aku bersembang dengan kawan-kawan aku sepanjang pertemuan kami.
dan banyaknya yang bertanya tentang
"Ha, ko ngan mat bila lagi?"
"woi, bila ni, nak merasa nasik minyak ni"

kalau dulu, aku akan tuding jari ke mat. "Tanya Mat". aku jawab.
dan respon serta reaksi mat?
hanyalah senyuman, atau gelak tawa kecil.
tiada jawapan pasti dari Mat.
atau aku sendiri.
apa yang aku harap mat jawab?
aku harap dia jawab
"tahun depan. tunggu je kad".
tapi sepatah pun tidak keluar dari mulut dia.
kadang-kadang aku rasa sedih.


hmm

tapi sekarang aku sudah berani menjawab
"Oh, korang tak payah risau la. bagi kitorang masa 2-3 tahun lagi. inshaAllah kawen".
dan mat akan tatap wajah aku dua saat, tersenyum, dan berpaling semula ke penanya soalan tadi.
jelas, mat setuju dalam senyumnya :)
dan si yang bertanya akan mungkin terdiam, senyum bersama.
atau ada soalan susulan. seperti ;
"ala, nape lambat sangat?"
jawapan aku memang jawapan simple, standard. tapi penting untuk aku.
"oh, kami nak kumpul duit dulu. kene ada sistem kewangan yang stabil. masih terumbang-ambing, banyak masalah akan timbul"
mat akan melakukan perkara yang sama untuk soalan pertama tadi.
mat tak banyak cakap.
tapi dia setuju dengan penerangan aku.

ye. mengikut landasan islami, memang sudah patut aku dan mat mendirikan rumah tangga.
kami sudah setahun lebih berkawan.

tapi,
kalau sesiapa bisa permudahkan segala-gala yang ada
sudah tentu boleh.
kalau penyelesaian masalah itu semudah masukkan benang dalam lubang jarum yang kecil,
mungkin kami sudah berkahwin.
kalau mencari puluhan ribu ringgit untuk majlis kahwin di Kuala Lumpur yang sangat mahal semudah mencari contact lens yang terjatuh di lantai,
mungkin kami dah pergi berbulan madu di Bali.
kalau ada yang sudi tawarkan kerja bergaji sederhana ataupun kerja kerajaan kepada mat dengan kadar segera,
mungkin tahun depan kami dah sarung cincin.

penjelasan di atas adalah untuk menyuluh lagi kenyataan bukan mudah untuk kami berkahwin dengan kadar segera.
mungkin dulu, aku selalu tolak mat. desak supaya kami kahwin awal, mungkin hujung tahun hadapan.
tapi itu hanya ikut hati dan perasaan.
tidak ikut duit, komitmen, kesediaan.

kahwin bukan benda main-main.
kau kena bersedia dari semua segi.
bak kata mat
bersedia dari segi kewangan
bersedia dari segi tanggungjawab
bersedia dari segi kematangan
bersedia untuk lepaskan kebebasan
dan yang paling penting
bersedia dari segi iman
(mat kata dia nak kumpul ilmu rumahtangga yang cukup, dari segi agama)

sekarang, aku berjaya untuk kekang diri dari terus mendesak mat untuk kahwin awal.
aku tidak mahu letak tekanan di hatinya, di mindanya.
aku sudah sedar.

aku ingin korang tahu bahawa
perkara yang orang lain mungkin mudah untuk melakukannya
tak semestinya mudah untuk kita juga.

orang tua aku bukan kaya.
orang tua mat pun sama sahaja.

jadi, kami ingin terus berpijak di bumi nyata.
ini realiti.
dan kami tidak mahu bermain dengan fantasi yang mungkin memakan diri.
jadi,
awal-awal aku cakap ya?

perkahwinan kami mungkin yang akhir-akhir antara kalian semua.
jadi, waktu itu,
kamu sudah punya wang banyak kan?
beli hadiah yang mahal-mahal untuk kami, okei?
hahahaha. 
:P

selamat pengantin baru untuk rakan-rakan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Nurul, bai, ijott dan ramai lagi lah!
yang sudah pun, aku ucapkan selamat.
semoga berbahagia hendaknya,
doakan kami berdua juga ya?

satu hari nanti,
kami akan turut serta :)


picture taken from

Sunday, 24 May 2009

kasut dan kawan-kawan



kasut aku. aku amik kat padang bola semalam :)

antara kasut dan kawan-kawan
dua-dua aku sayang
semalam, lepas lawan bola ansara
aku mat anis dan rakan-rakan ke umah sue farid.
diorang buat house warming party.
laki bini ni memang rajin betui.
yelah, umah baru diorang kan lepas kawen. bahagia je diorang aku tgk
seronok.
tambah pulak kawan-kawan datang :)
masak
makan
tangok jozan ngan one missed call kat astro
borak
camwhore-ing
menggedik
buat lawak
teringat kenangan sekolah
tanya perkembangan memasing

aduhhhh..
dah tua rupanya.
zaman sekolah dah berlalu selama 7 tahun lepas.
7 tahun weh.
tapi tengok lah.
kitorang masih utuh.
masih gah.
masih kawan.

kawan memang best kan?
nak menggedik pun tak malu
gelak cam hantu pun layan
ngutuk
main baling bantal

aku harap
kite stay macam ni sampai bila-bila. inshaAllah.
pastu kalau memel or sue dapat baby lagi best.
lagi happening tau!
:)

hmm.
aku sayang korang kawan kawan!
dan jugak kasut aku :P

kawan kawan di rumah sue farid :)

aku sayang dia sangat :)

oh ya.
aku ngan mat pun dah kenai dari form 1.
tapi kitorang baru je kapel 1 taun, 7 bulan.
hmm :)
tapi masa kat skul dulu, tak penah nak sembang pun.
tegur sesikit tu adelah.
maklumla.
mat tu kan kesayangan cikgu cikgi
:)
anyway,
aku sangat gembira adanya dia :)
school sweetheart :P
saya cinta kamu mat!
:P
(gedik)

aktiviti semalam di rumah berakhir pukul 2 pagi lebih-lebih.
tak sangka dah pukul 2 pagi.
cepat tul masa berlalu.
aku rasa, macam ni lagi best daripada gi party yang huhahuha.
party dengan kawan-kawan, yang humble dan mesra. borak-borak
:)

*senyum gembira*

Friday, 22 May 2009

there's a story in every picture


salam
here's some picture i randomly picked when i browsed through my laptop.
and the short captions are the stories behind them.
i just wana show off. yeah :)

this is the some of my 24 coursemates (25 including me).
this was taken in the secretriat office in sri gardeniaa resort, hosba valley, Jitra.
they are the most wonderful talented people I have ever met.
the theme for the day was blue :)


these are the pretty ladies of my IPSAH.
eva, milah, tiqah, gda, maddy and odah :)
they like camera, you can tell.


these people were having adrenaline rush.
you dowana noe how many times we/they tried to get this picture. 
alas!


these two are not teslians.
they are stand-up-comedians.
meet them in the next season of Raja Lawak.
I heard the programme is considering english jokes next year.


the pasar malam adventure. a day before we went back to hometown.
for good.
gona miss the pasar malam.


:)))))

Thursday, 21 May 2009

cicak yang lain

salam
nak cerita tentang satu makhluk
makhluk yang mengganggu kerja kami 
sewaktu di hosba valley, jitra sebagai kaleidescope press.
yeah.

lepas dinner dan solat maghrib, boy masuk ke dalam markas urusetia dan terus ke bilik berita kaleidescope.
beliau pun mula menaip serta memilih gambar untuk edisi seterusnya.
harus cepat, orang berkira pada kaleidescope press ni. semua orang nak tengok gambar aktiviti.
yang lain sumenye sedang menikmati makanan yang sedap kat hosba tu.
kirenye, boy sedang melakukan syifnya.
sedang khusyuk boy melakukan kerja, tetiba ada satu makhluk keluarkan kepala dari sebaik langsir.
dia perhati boy.
boy perasan, lalu kalih mukanya ke makhluk tersebut.
boy belum panik lagi.
perlahan-lahan dia bangun dan menuju keluar ke ruang tamu markas dengan senyap-senyap.
boy takut.

pastu aku pun balik lah ke markas. dengan senang lenang nak meneruskan perjuangan sebagai skretriat berjaya.
tapi bila aku masuk ke markas, baru je nak buka 
pintu bilik berita boy kata
"nani, ada menatang la dalam bilik tu. aku tak berani. aku dok kat luar je"
"menatang ape kenama?"
"entahlah, yang aku tau besar"

erk. aku kaget seketika.
aku dan rumetku masuk ke dalam bilik senyap-senyap.
aku capai payung (berani konon) lalu aku tolak langsir dari jauh. aksi ini dilakukan dengan kangkangan yang luas kerana aku nak cepat lari kalau apa-apa jadi.
bila aku tolak, menatang tu bergerak. aku ngan rumet lari lintang pukang keluar.
"weihhhh...benda apa tu?"
"katok je la"
"tanak la, aku tatau benda pa, buatnya...eee!"

erk.
last resort.
"aku panggil pak guard a" (salah seorang volunteer aku tak ingat)

pak guard pun datang dengan besi panjang macam nak sula orang.
"pakcik, tengok la pakcik. kami taktau nak buat apa"

lalu kami keluarkan printer, dan barang berharga. takut pakcik tersalah ketuk pulak. hehe.
pastu kami menyaksikan pergaduhan pakcik dan binatang itu. tapi mestilah pakcik yang menang kan?
"aaaaaaa!" camel jerit. hahaha. camel paling kuat menjerit malam tu. dia pun membuat orang lain menjerit.
setiap kali pakcik ketuk binatang tu dengan besi, semua orang jerit
"ouch!"
"adui!"
"aaaa benda apa tu!"
"aaaiii!"

kemudian.
tamatlah riwayat binatang itu.

"nasib baik kamu panggil pakcik. benda ni, kalau menggigit dia tak lepas. pastu, beracun pulak tu"

gulp.
telan liur sekejap.

mari lihat aksi pokcik guard hero.

pokcik mengetuk-ngetuk

pokcik mengeluarkan mayat

pokcik menayang kepada kami

pokcik menerangkan kejahatan yang boleh dilakukan makhluk itu

cube lihat saiz kepala dia. sama kan dengan kepala suis. 
sian plak. kitorang yang perak, dia yang kena.


presenting...the villain :/
there you go.
look at the head!
cantik kan kulit dia

lepas tu
hari esoknya
chalet mat, zul dan karie dimasuki monitor lizard. 
biawak komodo ke dalam bahasa melayu?
tangkap jerit budak-budak laki
gulp.


Wednesday, 20 May 2009

si dia yang meracun hati


si dia lah itu :)




tak banyak boleh aku nyatakan tentang si dia yang meracuni hatiku
kerana nyata kami kurang bersama, atas dasar kesibukan komitmen sendiri
dia racun hatiku
dengan segala kebaikan dunia
dengan segala nasihat bagaikan kanda
dengan segala indahnya pelangi.

walaupun kesibukan menjadi tembok besar cina
aku tetap ingin terus bersama dia

dia sangat rock
dia sangat selamba
dia suka tertawa
dia selebet tapi comel
dia suka bersama tuhan
dia bernyanyi tanpa segan di telefon

walau dia jarang hubung
aku pun selalu naik angin
kami bersama.

wahai si dia, kamu bikin atmosfera lega
kamu bikin nafas terjana :)

demi tuhan, aku cinta kamu
dan tuhan, doa ku agar segera Kau satukan kami.
amin.

ingin


ingin lihat senyuman
di bibir anak itu
yang comot penuh tanah
tergolek berlari dari bom api
adakah dia mengerti?

ingin dengar tawa
dari mulut budak lelaki
bermain di padang hadapan rumah
tapi lari mereka terus lari
peluru laju mengejar kaki

ingin hidu segar
dunia tiada dusta
tiada darah tumpah sia-sia
tiada laut gelora cemar
tiada tangis hanya ketawa

bila?

Tuesday, 19 May 2009

kangen



aku rindu ipsah
oi!
:(

bio - nik


salam
yesterday i watched this new drama by KRU production - bio - nik.
actually, it' awesome to see the effort done by our young Malaysians, who really want to go beyond the walls, out of the box, into the sky and make wonders out of it.
to me, it's a good story, with the good visuals and i bet there is more to come on the next episodes.


however..

as an english teacher, i could not let things such as grammatical errors ruin my interest towards the story.
indeed, the grammatical errors in the story was obvious, and it made me correct them, in front of the tv screen. like a teacher. sigh..

bio-nick is bilingual...or specificially, it uses code-switching.
which is actually good. 
but,
please, producers, directors and script writers.
if you want to use bilingual or if you want to code switch,
please mind the grammar. please oh please.

i noe we are using Manglish, the manglish society.
but what i heard last nite was not even manglish at all.
it's standard english.
even our manglish is grammatically correct!

examplia gratia 1 :
"we tried everything we could" says the doctor.
and the subtitle was:
"kami sudah cuba sedaya upaya"
the correct one should be:
"we've tried everything we could"

examplia gratia 2 :
"he's only my son" says the mum.
and the subtitile was:
"dia satu-satunya anak lelaki saya"
erk...the one up there means"
"dia hanya anak lelaki aku"
so what?

and many more, i couldn't write.

the question is, why code switch when you can use the Bahasa Maysia confidently?
and whatsmore, there are english subtitles down there, then why use english, make mistakes out of it and decrease the quality of the script?

these are just questions.

i think we should stick to one.
it's either english, or manglish or BM.

and do you guys watch spa-q?
urghhh..the code switching is annoyinggggg!
"OMG"
"Zafrul, i think kan, yu jangan la do that again"

urghhhh.


i'm sorry.
i'm an english teacher to be.
i can't help it.
also, my thesis was on error feedback.
that's why i'm so particular!

we don't want ppl to laugh.
and kill ppl's interest.

well.
i'm not perfect too.
but i noe the industry could do something for this.

(mind my 'internet' language and spelling. this is a blog. bio -  nik is a drama you watch on tv. so, it's not wrong to use the 'internet' language :P)

Monday, 18 May 2009

bercinta

salam semua.

aku dah lama tak menulis dalam bahasa kedua aku. tunggulah ya? aku pun rasa rimas bila blog seorang 'teacher' penuh dengan bahasa ibunda sahaja. tapi tak apa, itu tak mengubah apa-apa kan? :) aku masih bisa senyum, bisa coret, bisa berkata :)

oh ya.
aku teringat kisah cinta aku. oh silap. kisah-kisah cinta aku. ye lah.
kawan-kawan aku semua akan buat muka bila aku cakap macam ni. 
ada juga yang berani kata "cinta ko yang mana satu, nani?".
bagus.
di kalangan kawan-kawan, aku terkenal sebagai seorang yang, banyak bekas kekasih, atau banyak bercinta, atau sebetulnya, cinta itu untuk aku seperti pakaian yang aku tukar-tukar setiap hari.
itu definisi cinta terhadap aku. oleh kawan-kawan.
kalau mahu ejek aku
mereka ejek tentang cinta aku.
kalau mahu perli aku
mereka perli tentang kekasih-kekasih lama aku.
paling kerap aku dengar
"yang mana satu, nani?"
kemudian diekori hilai tawa sepanjang minit itu.
aku?
aku buat kool.
aku buat tenang.
aku buat biasa.
apa nak takut?
aku kan nani. aku tabah, kan?

salah.
memang salah.
aku tahap dah imune dengar kata-kata tu.
tapi,
dimanakah agaknya letak diri aku bila aku dengar benda macam tu?
aku tau, it's no big deal. melawak ja nani. suka melawak ngan hang macam tu.
yelah.
melawak tentang kebodohan diri aku, memang menarik, kan?

oklah
aku tak anggap percintaan aku selama ni satu kebodohan. tapi setengah orang anggap itu kebodohan aku.
aku panggil itu kesilapan. ok?
kan aku manusia.

dan sebenarnya
aku tak minta pun.
aku tak pernah minta. ok?
it just happened.

tapi sekarang aku bahagia dengan mat.
terima kasih mat.

(entri ini bukan entri marah, hokei. kpd kawan2, kalau kamu nak ejek, go ahead. aku dah imune pun. tapi aku sengaja tulis sini sebab aku tak de topik lain, and aku bosan di rumah :P)

contest?

oh ya..aku surf surf. aku jumpa contest ni. aku nak masuk! sila ke JOEGRIMJOW (klik klik) untuk maklumat lanjut! :) i nak masuk sebab hadiah dia Man U tshirts!! yeay! :) 

tshirt nya seperti ini



so sape nak join, silalah :)

Sunday, 17 May 2009

tak pernah terlambat, kan?

salam
:)
pernah tak korang rasa terlambat untuk korang menyedari sesuatu?
pernah?
kalau pernah, korang buat ape?

aku dah hidup bertahun-tahun, aku rasa tak terlambat untuk aku sedar yang aku ni
penggemar, peminat dan penghormat seni.

ok ok
aku dah lama sedar aku ni minah sukan. cakapla sukan apa pun, korang suruh masuk, aku masuk. korang suruh latih, aku latih.
aku dah lama sedar aku minat bahasa inggeris. tulis ka, baca ka, novel ka, short stories ka, poem ka, aku suka, aku boleh tafsir.

lepas tu
ada banyak juga benda yang baik, tambahkan lagi yang buruk
aku sedar semuanya tapi banyak sangat untuk aku tulis.


tapi...wo..kejap kejap.
seni?
dan dibawah seni itu banyak pula cabangnya
- lukis
- tulis puisi
- berlagu
- cipta lagu
- menyanyi (yang ni dari kecil aku dah sedar) <---- kensel ni

woah. 
baru sedar, siyot (ape jadah bahasa poser aku dah tak layan -  sengaja, untuk hiperbola)
haha. aku ketawa puas. baru sedar, baru ja.

dan habislah aku lepas ni.
mesti aku ada impian tambahan yang perlu aku lunaskan.

aduh.
itulah bahayanya sedar!

p/s - kalau kau nak tahu, aku impi baca puisi irama sambil main keyboard casio. ya ya. impian!
(inspirasi insan hebat, kak fynn jamal)

ini poster aku lukis, tapi tulisan print.
saja nak tayang. aku kan penayang.

Friday, 15 May 2009

boneca -cela

rabak mata ku
pena menari
tinta berdarah

rabak mata ku
pena menari-nari
tinta berdarah
kata membara-bara

*masanya ku bernafas
ini terakhir kali
puas sudah ku sesak
dalam dunia sempit

dulu tersungkur
kini berdiri
kau bermain api
kini ku bakari
dulu menunduk
kini ku celik
kau bermain api

chorus:

engkau mahu sempurna
engkau jadi sempurna
biar aku bahagia dengan cela ku
engkau mahu malaikat
turun dari kayangan
biar aku bahagia dengan cela ku

mengapa
tidak engkau cermin saja
diri mu yang sempurna, mempesona
ku bahagia dengan cela

mengapa
tidak kau bercinta saja
dengan diri mu yang sempurna, mempesona
ku bahagia dengan cela

-wonderful lyrics, nice song :)

aku mahu lompat


guru pelatih IPKB,
di jitra, kedah
(aku suruh mereka lompat setinggi langit, lalu aku tekan kamera)


aku mahu lompat setinggi awan
dengan kaki tempang
tinggal sebatang
jiwaku tetap ingin juang

aku mahu lompat seluas angkasa
dengan badan sasa
peluh di dada
naluriku tetap berwibawa

aku mahu lompat segagah matahari
dengan lengan kanan dan kiri
lalu terus beridiri
hatiku tetap berdikari

aku mahu lompat seindah bulan
dengan senget kaki dan tangan
bersama pesan
emosiku tetap berlawan

aku mahu hidup seindah duri
secantik pisau
secomel bara
seayu parang
seikhlas jarum

tiada hidup yang sempurna
tiada cinta yang sempurna

tapi pasti dalam hidup ada satu saat yang sempurna
tapi pasti dalam cinta ada satu saat yang sempurna

aku mahu lompat ke saat sempurna
aku pasti lompat dengan segala yang ada
sugguhpun yang ada tidak sempurna

Thursday, 14 May 2009

a bumper car ride


imej keriangan.


salam
hey
aku di rumah sekarang
aku dan kawan-kawan diberi pelepasan balik
ya ya. kami tahu kami sudah cukup waktu dan tidak lagi perlu tinggal di institusi itu

well hey
que sera sera
apa nak jadi, jadilah kan?
aku dengan lagak tanpa bias, natural, melangkah balik petang semalam terus ke ibu kota
dan aku pulang dengan rasa kosong
kosong di minda
kosong di bahu
kosong di kepala
kosong di emosi
kosong.

seriyes, aku kosong sekarang. malah tulisan di sini pun perlu lama aku fikir kerana terlalu kosong jiwa aku kala ini.

beban tesis telah lepas bulan mac lalu.
beban esemen telah hilang kala april menjelma.
beban peperiksaan sudah tiga minggu terlunas.
beban selaku urusetia english language national camp bahagian buletin telah terlaksana minggu lepas.
beban pikul antara watak-watak utama untuk storytelling concert dah terlerai dua tiga hari lepas.
jadi aku tiada beban (dari segi akademik dan institusi) sekarang
aku kosong. kosong dan bebas.

namun setelah dibelek-belek gambar dua hari lepas rasa seperti mahu tulis tentang itu.
ya, tentang 'keriangan kereta bamper' itu.

bermulanya begini
hari selasa itu, setelah penat hari isnin berlakon di malam 'storytelling concert'.
kami seberempat pergi ke taman tema sementara yang kecil di taman ria sungai petani
si in, si riss, si ejat dan cik nani.
bagaikan anak-anak aku serbu masuk taman tema kampung (pilihan diksi tak betul kot - jangan marah) yang agak menarik, berwarna-warni dan serba lampu
lalu aku ajukan soalan tentang satu permainan yang sentiasa menarik hati aku kalu aku ke taman tema tuh.
"nampak bamper kar tak korang. carik cepat!"

dan aku cari-cari aku jumpa juga.
hujung-hujung pulak dibuat tempat kereta bamper ni.
nasib la aku ni spesis mencari tak putus asa.
bila ditengok harganya, mak aih. empat hingget. aduh. telan liur sekejap.
aku dan riss keluarkan rm4 dari poket. si in dan si ejat tak hendak turut serta.
si ejat tak suka, tak gemar. dan si in pula entah kenapa.

riss kata "ni fes taim aku naik tau"
hahaha
aku bagi tips kat si riss. "kau tekan je minyak kuat-kuat"
"tak ade tempat undur ke? cemane nak undur menatang ni?" si riss tanya
aku jawab "takde. kau nak undur kau kene pusing stereng tu sampai habis. pastu kerete kau pun berpusing lah."
"ok"

maka menjadilah kejadian melanggar-langgar. aku sangat gembira
senyum sahaja sepanjang beberapa minit itu.
aku langgar budak-budak kebanyakkannya. kadang-kadang aku cari riss, langgar dia kuat-kuat. first timer ni, kena ajar sket. hahaha. tapi dia pun dah hebat melanggar.
tapi ada sorang mamat tu
poyo nyerrr ai taks kuases
mamat itu mengelak semua orang. pusing luar bulatan ja. ceh. konon fast and furious (cepat dan garang - menurut sari kata di pawagam)
hahaha. biarlah mamat itu memoyor.
janji aku puas langgar orang :D

dan kami pun terus ke roda feris untuk bergambar dan kemudian bersinggah di pasar malam sebelah. jam pukul 10 malam. orang dah lelong di pasar. menarik-menarik. kemudian kami balik, lepak di kulat batu depan rumah pengawal keselamatan, dan balik sekitar 11.30 lalu aku sambung pula keriangan malam itu dengan menonton wayang di komputer riba maddy, bersama si maddy, milah dan wani. tajuk cerita 'another cinderella story'. boleh tahan la. bosan juga.

si inn dan roda feris

si ejat dan roda feris

si riss dan roda feris

menarik sekali pembebasan sebegini. dan selepas kejadian pembebasan malam itu, esoknya kami diberitahu tutor kala sudah tengah hari, bahawa kami bebas kembali memeluk dan bermesra bersama ayah bonda. dan kami syukur kami diberi kata bebas itu.

seperti banduan yang telah habis enam tahun hukumannya,
kami ber dua puluh lima kemas harta, pikul barang pulang ke desa. bagi aku, ibu kota.

dan segera aku tertanya.
apakah pembebasan ini yang aku dan kita ber dua puluh empat yang lain harapkan.
pembebasan dari 6 tahun percaturan.
pembebasan yang akan membawa kami ke haluan keseorangan,
dan bukan ber dua puluh lima lagi.
apakah pembebasan ini yang aku impikan?

zaman kegemilangan kami berakhir di sini.
aku pasti rindukan 24 yang lain ini.
kamu tahu kamu siapa.
aku cinta sama kamu.

Saturday, 2 May 2009

mundane saurday

salam

aku ingin bertanya, kenapa manusia mudah bosan pada zahirnya, batinnya, atau apa-apa sahaja?

aku?
aku rasa aku sudah bosan belajar. syukurlah degree aku sudah di kemuncak
aku rasa aku dah mula bosan nak mengajar, walau aku belum bermula lagi
aku rasa aku dah bosan makan nasi, habis takkan aku nak makan fast food je??
aku rasa aku dah bosan pakai tudung bawal, habis, takkan nak beli muwarrah dengan ariani yang mahal nak mati tu
aku dah bosan baca paper, sebab hari-hari benda yang lebih kurang sama
aku dah bosan main intenet sebab fesbuk macam lame gile
aku dah bosan tengok youtube sebab aku dah katam video fynn jamal, cerita korea, project runway
aku dah bosan tengok astro. sume sama jee..

tapi kan
ada je banyak perkara yang aku tak bosan lagi
lagi banyak dari perkara yang aku bosan
aku tak bosan layan kerenah muzakkir dengan zahirah yang nakal sangat dan suka menjerit
aku tak pernah bosan cakap, sms, atau kealuar ngan mat zaini. series !
aku tak pernah bosan dapat jemputan perkahwinan member aku yang bertalu-talu, aku happy untuk diorang
aku tak pernah bosan ikut mak aku shopping dan habiskan masa dengan dia
aku tak penah bosan dengan cokelat, bagilah ape saje. aku suka!
aku tak penah bosan ank baca buku menarik...yang perspektifnya terbalik
aku tak bosan tulis blog dan baca blog. sebab hari-hari ada kisah berbeda yang boleh aku baca
aku tak penah bosan untuk terus bersukan petang-petang, sebab aku suka tukar-tukar sports yang aku main, bukan melekat pada satu jenis sukan saja
aku tak bosan bersama kawan-kawan, bersembang, buat lawak akademik








aku pun tatau kenapa aku menulis tentang ini
yang pasti hakikatnya aku sedang bosan :P


aku mahu balik maktab semula
aku nak bersukan!

mi amor

Daisypath Anniversary tickers