Monday, 25 May 2009

belum lagi.


salam :)

aku sudah tidak berasa bosan lagi di rumah kerana
- aku sudah keluar bersama kawan-kawan
- md zaini sudah beri aku game snail mail yang aku sangat teruja untuk main
- aku bina rumah hebat ekstravagan di sims
- aku dah start nak packing barang dan cari barang untuk redang dan BTN.
wuu.
best best :)

lagi satu ialah, aku suka membaca belog-belog yang aku tahu, rakan-rakan dan belog-belog menarik.
tahniah kepada mereka yang berjaya mencuri perhatian aku. korang memang rowk lah wey :)

ok. korangg....

aku bersembang dengan kawan-kawan aku sepanjang pertemuan kami.
dan banyaknya yang bertanya tentang
"Ha, ko ngan mat bila lagi?"
"woi, bila ni, nak merasa nasik minyak ni"

kalau dulu, aku akan tuding jari ke mat. "Tanya Mat". aku jawab.
dan respon serta reaksi mat?
hanyalah senyuman, atau gelak tawa kecil.
tiada jawapan pasti dari Mat.
atau aku sendiri.
apa yang aku harap mat jawab?
aku harap dia jawab
"tahun depan. tunggu je kad".
tapi sepatah pun tidak keluar dari mulut dia.
kadang-kadang aku rasa sedih.


hmm

tapi sekarang aku sudah berani menjawab
"Oh, korang tak payah risau la. bagi kitorang masa 2-3 tahun lagi. inshaAllah kawen".
dan mat akan tatap wajah aku dua saat, tersenyum, dan berpaling semula ke penanya soalan tadi.
jelas, mat setuju dalam senyumnya :)
dan si yang bertanya akan mungkin terdiam, senyum bersama.
atau ada soalan susulan. seperti ;
"ala, nape lambat sangat?"
jawapan aku memang jawapan simple, standard. tapi penting untuk aku.
"oh, kami nak kumpul duit dulu. kene ada sistem kewangan yang stabil. masih terumbang-ambing, banyak masalah akan timbul"
mat akan melakukan perkara yang sama untuk soalan pertama tadi.
mat tak banyak cakap.
tapi dia setuju dengan penerangan aku.

ye. mengikut landasan islami, memang sudah patut aku dan mat mendirikan rumah tangga.
kami sudah setahun lebih berkawan.

tapi,
kalau sesiapa bisa permudahkan segala-gala yang ada
sudah tentu boleh.
kalau penyelesaian masalah itu semudah masukkan benang dalam lubang jarum yang kecil,
mungkin kami sudah berkahwin.
kalau mencari puluhan ribu ringgit untuk majlis kahwin di Kuala Lumpur yang sangat mahal semudah mencari contact lens yang terjatuh di lantai,
mungkin kami dah pergi berbulan madu di Bali.
kalau ada yang sudi tawarkan kerja bergaji sederhana ataupun kerja kerajaan kepada mat dengan kadar segera,
mungkin tahun depan kami dah sarung cincin.

penjelasan di atas adalah untuk menyuluh lagi kenyataan bukan mudah untuk kami berkahwin dengan kadar segera.
mungkin dulu, aku selalu tolak mat. desak supaya kami kahwin awal, mungkin hujung tahun hadapan.
tapi itu hanya ikut hati dan perasaan.
tidak ikut duit, komitmen, kesediaan.

kahwin bukan benda main-main.
kau kena bersedia dari semua segi.
bak kata mat
bersedia dari segi kewangan
bersedia dari segi tanggungjawab
bersedia dari segi kematangan
bersedia untuk lepaskan kebebasan
dan yang paling penting
bersedia dari segi iman
(mat kata dia nak kumpul ilmu rumahtangga yang cukup, dari segi agama)

sekarang, aku berjaya untuk kekang diri dari terus mendesak mat untuk kahwin awal.
aku tidak mahu letak tekanan di hatinya, di mindanya.
aku sudah sedar.

aku ingin korang tahu bahawa
perkara yang orang lain mungkin mudah untuk melakukannya
tak semestinya mudah untuk kita juga.

orang tua aku bukan kaya.
orang tua mat pun sama sahaja.

jadi, kami ingin terus berpijak di bumi nyata.
ini realiti.
dan kami tidak mahu bermain dengan fantasi yang mungkin memakan diri.
jadi,
awal-awal aku cakap ya?

perkahwinan kami mungkin yang akhir-akhir antara kalian semua.
jadi, waktu itu,
kamu sudah punya wang banyak kan?
beli hadiah yang mahal-mahal untuk kami, okei?
hahahaha. 
:P

selamat pengantin baru untuk rakan-rakan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Nurul, bai, ijott dan ramai lagi lah!
yang sudah pun, aku ucapkan selamat.
semoga berbahagia hendaknya,
doakan kami berdua juga ya?

satu hari nanti,
kami akan turut serta :)


picture taken from

14 comments:

mimi mimi. said...

insyaAllah..
tak lame lagi la tu..ngihihi =)

Hannanika Chan said...

@ mimi : doakan ya =P

Md Zaini Zulkufli said...

love you! :D

Hannanika Chan said...

@ encik mat : love u 2!

nurul said...

hehe
jgn risau nani.
bukan awak sorang ja berada dlm situasi mcm ni

kamilah ahmad @ ahmaddiah said...

awww nani, sedey campur hepi ms bace mende nih.. hehe..

releks la dl, cr duit byk2, beli kete, beli umah dl, nk kawen nnt xde la pening sgt kn2? :p hehe..

yg penting, tempoh ms nih utk kite mantapkan lg diri jd Muslimah yg baik, InsyaAllah, Allah akn tolong yg selebihnye tuh :D

wanderfulmadnificent said...

asyek cakap pasal kawin jek :p

maybe there is pressure in terms of everyone our age is actually on board getting hitched and if it weren't the case, you and others won't really feel the pressure to jump in the bandwagon, maybe that's just it.

and even if there is limited money, then both of you can still do a walimah with only 1 cow like a Hadith say but then again, you're a KL-ian and its not that practical presently.

so perhaps waiting patiently would just have to be the answer!

no wait!

both of you have to SAVE! a lot too starting from now! :D

k3i said...

semakin beritma je hg punya entry..
bagus bagus!
ni br truly otak kanan..hahaha

*off topic.. wakaka

nurul said...

otak kanan?hehe
aku otak apa kema?
ang otak senget itu sudah pasti

Koe said...

hehehe..
well said~
ya, bsbr je..
org kate kalo da jodoh x lari mane pnye..
hehhehe...

Mr Daha said...

Pape pun kak nani kawin dulu dari sy kot.. he3.. nk adiah mahal2 gak taw.. time tu mesti akak da kayo da.. yea2.. :P

Hannanika Chan said...

@ kawan-kawan : bak kata pepatah melayu

"the mountain will not run even if we chase it"

=D

PoetryGirl said...

Nani girl, you have my prayers! They may not seem like much, they may even sound messy, and they may not be anything like the fancy ones in Arabic but they are sincere and hopefully God will listen to them too :-)

Hannanika Chan said...

@ eva : thanks girl :)

mi amor

Daisypath Anniversary tickers