Wednesday 27 May 2009

entri tentang kawin lagi...


Salam.

dah alang-alang aku banyak entri tentang perkahwinan.
elok juga aku teruskan berkongsi tentang isu rumah tangga ni :)

aku cuma mahu beri pesan kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin
terutamanya kepada kawan-kawan perempuan ku yang aku sangat sanjungi dan sayangi.

berkahwin bukan bererti hidup jadi senang.
kerja jadi mudah.
suami tangung.
kalau susah boleh cari dan mengadu pada suami.
kalau tidak berdikari pun tidak apa, mungkin suami boleh bantu.
atau lebih riang, ada bibik tolong buatkan kerja-kerja.

perkahwinan ialah pengorbanan.
kalau suami minta tolong gosokkan baju,
pada bibikkah dia meminta?
didahulukan permintaan tersebut kepada isterinya yang tercinta.
yang menjaga makan dan pakainya.
bukan penderaan.
bukan penyiksaan.
permintaan itu untuk menjadi bukti cinta kepada suami.
kerana seorang isteri sanggup bersusah, berpayah supaya suaminya nampak elok dan rapi di khayalak.
kalau dilihat orang,
pasti mereka setuju isterinya pandai jaga dia, cintakan dia sesungguhnya.

kalau disuruh masak.
pada bibikkah suami itu meminta?
tidak.
pasti disuarakan permintaan itu yang pertamanya kepada isterinya yang tercinta.
mahu dirasakan lauk pauk yang usahanya dari isterinya, hasil cinta isteri terhadap suaminya.
kalau bibik yang masak, pasti sedih akhirnya.
jangan main-main.
kalau dah dijadikan suami itu untuk kita, pasti dia tahu siapa yang memasaknya.
biarlah masin atau tawar pada awal perkhawinannya.
suami tetap tahu, suami tetap menghargai.
yakin dan pasti, satu hari nanti akan sedap juga.
kerana seorang isteri yang cintakan suaminya pasti tidak akan berputus asa
untuk menggembirakan perut orang tersayang

kalaupun suami itu jenis yang diam sahaja.
yang tidak tahu meminta
atau yang selalu berkata "tak kisahla sapa yang buat pun"
percayalah,
jauh di sudut hati lelaki itu.
dia mahu isterinya yang berusaha dan berpayah.

kalau pula kerja rumah bibik yang buat
kalaupun semua kerja bibik yang larat
bak kata ramai lelaki di luar sana
"baik kawin dengan bibik aja"

oklah.
mungkin ada yang betul-betul perlukan bibik.
tapi.
ntahlah.

aku bukan pakar perkahwinan.
aku tak berkahwin.
aku tak rasa sibuknya.

ceh.
sibuk bukan alasan, okey?
lihat ibu ayah kita.
sibuknya mengalahkan perdana menteri.
tapi berjaya juga didik kita.
berjaya jadikan kita insan berguna.
berjaya suap nasi satu persatu sambil betulkan lampin dan masak kari kepala ikan kegemaran suami dalam satu masa.

berjaya kan mereka?
siapa kata tak boleh hidup tanpa bibik?
manja.
jangan jadi manja.
kita dicipta olehNya untuk lakukan tugas yang diamanahkan.
dan salah satunya untuk jadi isteri yang terbaik.

atau secara kasarnya
"tak mati pun ibu-ibu kita lakukan segalanya".

dan sekarang kita yang muda dan semakin kaya pula semakin tidak boleh.
manja.

"tak matilah kalau tak ada bibik"

hmm..
peringatan untuk aku juga.
dan kawan-kawan ku!
sayang kalian 
semoga menjadi isteri-isteri solehah yang dirahmati Allah 
amin :)

3 comments:

Md Zaini Zulkufli said...

ni mesti penangan baca majalah kawen yg beli td tu..huhu

nani said...

@ mat : no lah. just a thought of many stories i heard from ppl lah :P and i hope it could be a reminder to all :) and me especially!

amirul hensome said...

laki tak kisah kawin lambat atau awal, tapi seelok eloknya biarkan laki tu capai cita2 dia sebelum dia kawin....contohnya nak beli kereta atau rumah, nak kerjaya steady, nakpergi oversea, nak pergi mana2 dan sebagainya..

duit kurang kami boleh cari....tapi cita2 jangan dihalang, takut nanti tua2 jadi issue...

mi amor

Daisypath Anniversary tickers