Friday 15 May 2009

aku mahu lompat


guru pelatih IPKB,
di jitra, kedah
(aku suruh mereka lompat setinggi langit, lalu aku tekan kamera)


aku mahu lompat setinggi awan
dengan kaki tempang
tinggal sebatang
jiwaku tetap ingin juang

aku mahu lompat seluas angkasa
dengan badan sasa
peluh di dada
naluriku tetap berwibawa

aku mahu lompat segagah matahari
dengan lengan kanan dan kiri
lalu terus beridiri
hatiku tetap berdikari

aku mahu lompat seindah bulan
dengan senget kaki dan tangan
bersama pesan
emosiku tetap berlawan

aku mahu hidup seindah duri
secantik pisau
secomel bara
seayu parang
seikhlas jarum

tiada hidup yang sempurna
tiada cinta yang sempurna

tapi pasti dalam hidup ada satu saat yang sempurna
tapi pasti dalam cinta ada satu saat yang sempurna

aku mahu lompat ke saat sempurna
aku pasti lompat dengan segala yang ada
sugguhpun yang ada tidak sempurna

2 comments:

Md Zaini Zulkufli said...

well..
im not really into this 'poetry' thing..but i think this one is really nice :) cayalah!

nani said...

@md zaini: thanks b :)

mi amor

Daisypath Anniversary tickers